Siput buluh atau juga dikenali sebagai siput pepahat merupakan sejenis siput yang mempunyai cengkerang yang panjang dan mudah didapati di Kawasan pantai Malaysia yang berlumpur.
Bentuk siput ini
Bentuknya seperti bahagian buluh dan ditutup dengan cengkerang. Ia masuk de dalam pasir ketika air laut surut dan hanya muncul ketika air pasang. Cukup sukar dan mencabar untuk mencari siput pepahat ini.
Lokasi dan populasi siput ini
Negeri berpantai yang kebiasaannya adalah di Terengganu, Selangor dan Sabah di mana ia akan digunakan oleh nelayan sebagai sumber rezeki mereka. Siput buluh ini juga boleh dijumpai di luar negara seperti California (Amerika Syarikat), Hong Kong dan China.
Kebiasaannya di Malaysia, musim siput buluh dianggarkan bermula dari bulan Ogos hingga Mac tahun hadapannya, tetapi yang paling biasa adalah bulan November dan Disember.
Menurut penyelidikan sesebuah universiti di Malaysia, kajian ini mengesahkan penurunan populasi hidupan ini. Menurut penyelidikan yang dilakukan, penurunan populasi siput buluh ini pada tahun 2005 hingga tahun 2006 dari 6,768 hektar pada tahun 2005 menjadi 4,868 hektar pada tahun 2006.
Siput Buluh sebagai masakan
Siput Buluh memang sangat sedap untuk dimakan, tetapi anda memerlukan kebijaksanaan jika anda ingin mencarinya, kerana kehidupannya tersembunyi di sebalik pasir di kebanyakan pantai negara ini. Lebih mudah untuk sebagai pengguna biasa untuk beli sahaja.
Siput buluh boleh digunakan untuk berbagai jenis resepi antaranya ialah masak sambal, masak bawang putih dan yang paling sedap bagi sesetengah orang adalah siput buluh masak rendang kerana kekenyalannya dan keenakannya dapat dirasa. Meratah sahaja makan bersama roti pun sangat sedap.
Tip memasak
Oleh sebab siput ini berasal dari kawasan yang berpasir dan berlumpur, siput ini hendaklah direndam terlebih dahulu paling cepat 30 minit. Hal ini kerana, dengan rendaman dapat membuang segala lumpur dan pasir yang berada pada siput ini.
Setelah siput ini ditapis dengan membuang segala pasir dan lumpur, kulit siput yang berbentuk dan berupa buluh ini hendaklah dibuka dan dibersihkan dalamnya di bawah air yang mengalir. Hal ini kerana, seringkali terasa sedikit pasir pada bahagian isinya. Bersihkan betul-betul kerana bila termakan pasir, mood makan itu boleh terganggu.
Tips terakhir, jangan masukkan siput ini terlalu awal ketika memasak, umpama jangan letak sayur terlalu awal kerana ia akan mengubah tekstur sedap yang terdapat pada siput ini. Jika memasak dengan meletakkan sayur pada awal masakan, sayur akan jadi lembik atau lunyai, tetapi kalau memasukkan siput ini terlalu awal, siput ini akan menjadi terlalu kenyal dan tidak terlalu sedap untuk dimakan. Lebih kurang macam udang atau sotong juga konsepnya.
Resepi Siput Buluh Masak Sambal
Bahan-bahan untuk memasak:
- Cili Kering 5 batang
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 1 ulas
- Serang 1 batang
- Siput buluh 400 gram, pastikan sudah dibersihkan terlebih dahulu
Cara menyediakan masakan ini:
- Kisar semua cili kering, bawang merah dan bawang putih yang telah disediakan tadi.
- Setelah dikisar hancur, tumis bahan kisarang tadi menggunakan minyak secukupnya sehingga naik bau wangi dan garing.
- Letak garam dan gula secukupnya.
- Tambah sedikit sos tiram untuk dapatkan sedikit rasa masin2 tiram dan warna yang sedikit gelap
- Terakhir sekali, masukkan siput buluh yang telah dibersihkan ke dalam tumisan tadi.
Siput buluh masak sambal sedia untuk dihidangkan!
Resepi Siput Buluh Masak Halia dan Bawang Putih
Resepi yang mudah tetapi sedap! Peringatan untuk memasak siput ini. Siput ini akan kecut dan keluarkan air ketika memasak, tidak perlu untuk penambahan air untuk dijadikan kuah.
Bahan-bahan untuk memasak:
- 500 gram siput buluh, pastikan sudah dibersihkan terlebih dahulu
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Garam
- Minyak masak
- Alat untuk menumbuk seperti lesung batu kalau tiada boleh guna pengisar
Cara menyediakan masakan ini:
- Tumbuk hancur halia dan bawang putih untuk dijadikan pes. Boleh juga menggunakan pengisar.
- Bersihkan siput.
- Letakkan minyak ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang kecil sederhana.
- Tumiskan bawang putih dan halia tadi sehingga garing tapi pastikan jangan sampai hangus.
- Tumis sehingga naik bau yang wangi.
- Setelah tumisan dah sedia, masukkan siput yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
- Air dari siput tersebut akan keluar memenuhi periuk.
- Apabila dah rasa dah cukup masak, tutup api.
- Siput sudah sedia untuk dihidangkan!
Makan siput ini bersama dengan nasi putih memang sangat menyelerakan. Jika diratah juga pun memang sedap cuma risau tidak cukup sahaja bila meratah.
Harap informasi ini memberi banyak kebaikan kepada anda, terima kasih kerana membaca.
Sekian
Sumber:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/03/139007/siput-pepahat-alah-air-garam
https://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_buluh
http://akuman999.blogspot.com/2017/12/resepi-siput-buluh-masak-sambla.html
http://sayachefkecil.blogspot.com/2014/01/siput-pahat-aka-siput-buluh-aka-ambal.html