Now Reading
Sista Berminyak (Sebaceous cysts) – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

Sista Berminyak (Sebaceous cysts) – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

sista berminyak

Sista berminyak, atau sista kulit adalah benjolan yang sedikit keras dan dipenuhi cecair di dalam kulit. Ia terdiri daripada saiz seperti kacang, kira-kira 1 sentimeter sehingga sekitar 5 sentimeter. Kebanyakan orang memanggil sista ini sebagai sista berminyak, tetapi ini bukanlah istilah perubatan yang betul. Istilah yang betul adalah sista kulit. 

Selain itu, keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan, tetapi ia sering dijumpai di muka, leher dan tubuh.

Ia bukanlah sejenis kanser dan tidak mengancam nyawa, tetapi masih boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.

Seterusnya, sista kulit biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah, selain penampilan yang tidak menyenangkan. Biasanya ia tidak lembut, tetapi kewujudannya adalah jelas kepada sentuhan.

Jika sista pada kulit kepala terkena berus atau sikat, ia boleh menyebabkan kesakitan, tetapi sista biasanya hanya jadi menyakitkan jika ia meradang atau dijangkiti. Jangkitan juga kadangkala boleh berlaku apabila sista telah pecah.

Kebanyakan masalah sista kulit tidak perlu dirawat. Cara terbaik untuk menguruskannya adalah dengan memastikan bahawa ia kekal bersih dan tidak diganggu.

Simptom Sista Berminyak

Sista kecil biasanya tidak menyakitkan. Sebaliknya, sista yang bersaiz besar boleh menyebabkan ketidakselesaan sehingga kesakitan yang serius. Selain itu, sista yang besar di bahagian muka dan leher boleh menyebabkan tekanan dan kesakitan.

Jenis sista ini kebiasaanya terdiri daripada kepingan keratin putih, juga merupakan elemen utama yang membentuk kulit dan kuku anda. Kebanyakan sista terasa lembut apabila disentuh.

Bahagian-bahagian di badan yang biasanya mempunyai sista termasuk:

  • Kulit kepala.
  • Muka.
  • Leher.
  • Bahagian belakang.

Sista berminyak dianggap keadaan luar biasa dan mungkin merupakan kanser jika ia mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Diameter yang lebih besar daripada 5 sentimeter.
  • Kadar pengulangannya yang cepat selepas dibuang.
  • Tanda-tanda jangkitan, seperti kemerahan, sakit atau pengeluaran nanah.

Punca Sista Berminyak

Sista berminyak boleh berlaku disebabkan kelenjar tersumbat atau folikel rambut yang bengkak di dalam kulit. Selain itu, kecederaan kepada kulit juga boleh menyebabkan pertumbuhannya dan boleh diwarisi.

Diagnosis Sista Berminyak

Doktor biasanya mendiagnosis masalah sista berminyak selepas melakukan pemeriksaan fizikal yang mudah. Jika sista anda dilihak agak luar biasa, doktor akan mengarahkan anda menjalani ujian tambahan untuk mengetepikan kemungkinan kanser. Anda juga mungkin memerlukan ujian sebegini jika anda ingin mengeluarkan sista melalui prosedur pembedahan.

Ujian yang biasa digunakan untuk masalah sista berminyak termasuk:

  • Imbasan CT, yang membantu doktor mencari laluan terbaik untuk melakukan pembedahan dan mengesan keabnormalan.
  • Ultrabunyi, yang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan sista.
  • Biopsi tebukan, yang melibatkan penyingkiran sejumlah kecil tisu dari sista untuk diperiksa di makmal bagi melihat sebarang tanda-tanda kanser.

Rawatan Sista berminyak

Walaupun sista kulit kelihatan sesuatu yang buruk, melakukan apa-apa terhadapnya boleh menyebabkan ia kelihatan lebih buruk.

Mengutil, menggosok atau memicit sista mungkin menyebabkan luka dan menjadikan jangkitan bertambah serius. Ia juga akan meningkatkan tahap kesakitan dan memburukkan penampilannya.

Justeru itu, berjumpa dengan doktor agar anda boleh dibantu untuk menguruskan sista kulit yang menyebabkan kebimbangan atau menghasilkan simptom.

Ini adalah penting kerana doktor boleh membantu memastikan anda mendapat diagnosis yang betul serta boleh juga menangani sebarang kebimbangan yang lain. Di samping itu, golongan doktor juga boleh merawat masalah sista yang menyusahkan tanpa menjadi lebih serius.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://medium.com/@londondermatologyclinic/how-to-get-rid-of-sebaceous-cyst-with-fast-and-effective-surgical-treatments-24688dcbd830

SUMBER

https://www.healthline.com/health/sebaceous-cyst

https://www.medicalnewstoday.com/articles/312361

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14165-sebaceous-cysts

error: Content is protected !!