Now Reading
Sista Epididimis: Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Sista Epididimis: Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

sista epididimis

Sista epididimis adalah sista berisi cecair yang terdapat di epididimis, tiub bergelung di bahagian belakang testis yang menyimpan dan membawa sperma.

Hal ini menyebabkan benjolan di testis dan boleh berlaku apabila usia lelaki meningkat berbeza dengan sista epididimis atau dikenali sebagai spermatoceles, jenis sista yang berbeza yang menahan cecair termasuk sperma di dalam sista.

Seterusnya, keadaan ini adalah berbeza dengan epididimitis – keradangan pada saluran epididimis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.

Simptom Sista Epididimis

Sista epididimis biasanya tidak mempunyai simptom sebelum terbentuk pada epididimis. Apabila terbentuk, anda mungkin melihat benjolan berukuran kacang di salah satu buah zakar anda di mana sperma dihasilkan. Untuk spermatoceles, sista biasanya terdapat di bahagian atas testis.

Simptom lain seperti:

  • Sakit pada skrotum (kantung yang menahan testis)
  • Rasa berat pada skrotum
  • Kemerahan di bahagian skrotum
  • Peningkatan tekanan di bahagian bawah zakar
  • Epididimis yang lembut atau bengkak
  • Testis yang lembut, bengkak, atau mengeras
  • Sakit di pangkal paha atau punggung bawah dan perut

Keadaan ini biasanya tidak mempunyai simptom sakit yang tajam, pedih dan biasanya tidak menyakitkan.

Punca Sista Epididimis

Puncanya tidak diketahui. Sekiranya terdapat sista yang didiagnosis sebagai spermatocele, ia mungkin disebabkan oleh penyumbatan pada epididimis yang mengakibatkan cecair dan sperma tidak dapat dikeluarkan.

Faktor Risiko Sista Epididimis

Faktor risiko keadaan ini tidak banyak diketahui. Ini sering berlaku pada individu lelaki pada usia 20-50 tahun dan 3 daripada 10 mungkin akan menghidapnya dalam usia hidup mereka.

Diagnosis Sista Epididimis

Keadaan ini adalah keadaan biasa dan tidak berbahaya.Walau bagaimanapun, jika anda menemui benjolan di testis anda, adalah sangat penting untuk membuat temu janji dengan doktor anda untuk menghalang masalah skrotum menjadi lebih serius, seperti tumor atau hernia.

Sista epididimis biasanya didapati semasa pemeriksaan diri testis atau semasa pemeriksaan fizikal dengan doktor.

Selain ujian, untuk mendiagnosis , doktor anda mungkin akan menyuluh di belakang setiap testis untuk melihat dan menentukan sama ada terdapat sesuatu yang menghalang cahaya.Ini akan mengesahkan jika benjolan itu adalah sista epididimis atau spermatosel kerana cahaya akan dapat sampai ke sisi lain. Jisim yang padat, seperti tumor, akan menyekat cahaya daripada menyinari.

Doktor anda boleh juga melakukan ultrasound, yang merupakan kaedah yang cepat dan tepat untuk menentukan sama ada jisim itu adalah sista atau sesuatu yang lebih serius.Setelah menentukan jenis jisim, doktor anda mungkin akan merujuk kes anda kepada pakar urologi untuk memantau pertumbuhan sista dan sebarang simptom yang mungkin berkaitan dengannya.

Tidak ada cara untuk mengetahui jenis sista di testis hanya dengan ujian fizikal atau ultrasound, itulah sebabnya istilah sista epididimis dan spermatokel digunakan secara bergantian.

Rawatan Sista Epididimis

Sebilangan besar keadaan ini hanya dirawat jika terdapat simptom yang menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan.Jika tidak, setelah didiagnosis mereka dipantau dengan pemeriksaan diri secara berkala dan pemeriksaan doktor.

Secara amnya, keadaan ini dan spermatosel akan surut kerana badan menyerap cecair daripada sista atau ukurannya tetap sama.

Dalam beberapa kes, ia boleh terus bertambah besar atau menyebabkan rasa sakit, bengkak, atau memalukan pesakit. Bagi keadaan seperti ini, terdapat beberapa pilihan untuk rawatan.

– Pembedahan

Dalam beberapa kes, mengeluarkan sista atau spermatosel dapat mempengaruhi kesuburan lelaki kerana boleh mengganggu kemampuan sperma untuk bergerak daripada testis ke zakar atau menyebabkan penyumbatan pada epididimis, menghalang kemampuan sperma untuk keluar.

Pembedahan adalah rawatan yang paling biasa jika anda dan pakar urologi anda memutuskan bahawa sista epididimis anda perlu dikeluarkan.

Anda akan diberikan anestetik am sehingga tertidur sepanjang prosedur, atau anda akan diberi anestetik tulang belakang yang akan membuatkan anda sedar tetapi tidak boleh bergerak sepenuhnya daripada pinggang ke bawah.

Pakar bedah kemudian akan membuat insisi di skrotum, memisahkan sista dari epididimis dan testis. Skrotum kemudian dijahit.

Antibiotik boleh diberikan sebelum prosedur bermula untuk melindungi anda daripada jangkitan.

Pesakit mungkin mengalami bengkak dan lebam selama beberapa hari selepas prosedur.

Ada kemungkinan sista epididimis tumbuh semula tetapi, risikonya adalah kecil berbanding dengan beberapa rawatan yang lain.

Penting untuk membincangkan semua kemungkinan kesan sampingan dengan pakar urologi anda sebelum prosedur sehingga anda menyedari risiko peribadi anda sendiri dan membuat pilihan terbaik berdasarkan umur anda dan mempertimbangkan kesan keputusan yang mungkin anda dan pasangan akan alami.

– Aspirasi

Kaedah pembuangan ini mengeringkan sista dengan memasukkan jarum ke dalam testis, terus ke sista, untuk menghilangkan pengumpulan cecair. Perkara ini tidak selalu disarankan oleh doktor kerana ada kemungkinan cecair akan terkumpul semula dengan cepat.

SUMBER

https://www.webmd.com/men/what-is-epididymitis#1

https://www.healthline.com/human-body-maps/epididymis#1

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4313299/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318146

error: Content is protected !!