Now Reading
Skim Pengeluaran i-Citra

Skim Pengeluaran i-Citra

i-citra

Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan memperkenalkan skim pengeluaran baru yang disebut sebagai i-Citra.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut mengatakan bahawa di bawah i-Citra, 12.6 juta anggota KWSP akan dapat mengeluarkan wang mereka sehingga RM5,000 dari dana persaraan mereka.

Pembayaran akan dibahagikan kepada lima bulan dengan jumlah sebanyak RM1,000 sebulan, bergantung kepada jumlah yang ada dalam akaun ahli.

Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP Sehingga RM5000

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI SKIM PENGELUARAN i-Citra

Tidak seperti skim pengeluaran sebelumnya iaitu i-Lestari dan juga i-Sinar, skim pengeluaran i-Citra ini membenarkan pengeluaran dari kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2.

Baki minimum sebanyak RM100 diperlukan dalam akaun anda setelah anda membuat pengeluaran, dan nilai minimumnya pula adalah sebanyak RM50 untuk setiap pembayaran.

Bagi anda yang tidak memohon ataupun terlepas untuk memohon skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini, jangan risau kerana anda masih boleh memohon untuk skim pengeluaran i-Citra.

KWSP i-Citra: Permohonan Baru & Semak Status Pengeluaran RM5,000

ADAKAH ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON i-Citra?

Setiap ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah boleh dan layak untuk memohon i-Citra, jika anda mempunyai sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP anda semasa anda memohon untuk skim pengeluaran ini.

Walau bagaimanapun, sebagai ahli KWSP, anda perlu menyimpan minimum sebanyak RM100 dalam Akaun 1 anda selepas pengeluaran untuk mengekalkan status anda sebagai ahli KWSP. Ini juga adalah untuk melayakkan anda mendapat faedah kematian dan kecacatan.

BILAKAH ANDA AKAN MENERIMA PEMBAYARAN i-Citra?

Untuk pembayaran pula, ia akan dibahagikan kepada pembayaran untuk tempoh selama lima bulan, iaitu bermula dari bulan Ogos 2021 hingga bulan Februari 2022.

BILA DAN DI MANA ANDA BOLEH MEMOHON UNTUK PENGELUARAN i-Citra?

Anda boleh membuat permohonan untuk skim pengeluaran ini mulai 15 Julai 2021. Permohonan untuk skim pengeluaran ini pula boleh dibuat di laman web rasmi skim pengeluaran ini iaitu dengan melayari laman web icitra.kwsp.gov.my.

TERKINI] Permohonan i-Citra KWSP RM5000 (RM1000 sebulan)

CARA MENYEMAK JUMLAH SIMPANAN KWSP

Untuk membolehkan anda melakukan pengeluaran i-Citra, perkara yang paling penting adalah anda mestilah mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun KWSP anda. Oleh itu, pastikan anda semak dahulu baki akaun KWSP anda.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk anda semak baki akaun KWSP anda ini? Mudah saja, semakan baki akaun KWSP anda boleh dilakukan melalui beberapa medium atau saluran seperti yang kami senaraikan di bawah ini:

  • Portal dalam talian i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun
  • Kiosk KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran KWSP i-Citra pula, anda boleh rujuk dan ajukan pertanyaan anda di saluran-saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP
  • Tanya ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Syarat mohon i-Citra lebih mudah, yang hilang pekerjaan dan sedang bekerja  boleh memohon - Sinar Plus

Bagi anda yang layak untuk memohon skim pengeluaran ini, anda diharapkan agar dapat membelanjakan wang anda untuk perkara-perkara yang penting. Sentiasa beringat untuk mendahulukan keperluan berbanding kehendak dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Kami berharap, perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Sumber:

https://www.nst.com.my/business/2021/07/704368/no-big-liquidity-issue-i-citra-two-other-withdrawal-schemes-epf-ceo

https://www.iproperty.com.my/guides/epf-i-citra-withdrawals-and-requirements/

https://www.imoney.my/articles/apply-epf-i-citra-withdrawal

https://www.theedgemarkets.com/article/epf-applications-icitra-withdrawals-can-be-sent-starting-july-15

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/06/703087/epf-introduce-new-withdrawal-scheme-i-citra

error: Content is protected !!