Skrub badan merupakan salah satu produk kecantikan yang sering diremehkan, yang boleh ditambah dalam rutin kecantikan anda. Mandikan kulit anda dengan kasih sayang dengan menggunakan skrub badan yang mewah dan melembapkan badan ada ketika mandi!
YOKO Whitening Spa Salt for Armpit & Bikini Area
RM18.50
Skrub badan YOKO ini menggunakan garam, ekstrak herba semula jadi dan vitamin E untuk mengelupas dan mencerahkan kulit anda. Siapa yang tidak mahu kulit yang lebih cerah bukan?
Walaupun ini dibuat khas untuk kawasan ketiak dan bikini, tetapi anda masih boleh menggunakannya untuk bahagian badan anda yang memerlukan magik pencerah!
Tiny Tree Lavender Bath Salt
RM37.00
Anda kecewa dengan kulit kering dan gatal akibat ekzema? Cubalah skrub garam lavender ini Tiny Tree!
Skrub ini mengandungi minyak pati lavender yang mempunyai sifat antiradang, minyak badam manis untuk menghidrat kulit, serta garam Himalaya, garam batu dan garam Epsom yang dapat membantu menghilangkan rasa gatal dan kemerahan.
YOKO Spa Salt Lemon
RM6.00
Kita semua tahu kesan pencerahan diperolehi daripada vitamin C lemon digabungkan dengan skrub garam, membantu merawat kulit anda.
YOKO Spa Salt Lemon mengelupaskan kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati sambil mencerahkan kulit anda. Sapu dan urut sedikit ke siku dan lutut anda untuk penampilan yang lebih cerah!
Claire Organics Lemongrass Ginger Scrub With Organic Raw Cane Sugar
RM33.00
Kulit berbongol? Rambut pada kulit tumbuh? Jerawat badan? Lemongrass Ginger Scrub ini akan membantu anda! Skrub badan ini mengandungi serai dan halia yang dapat menghilangkan rambut degil.
Serai yang bersifat antibakteria, dapat mencegah jangkitan bakteria dan rambut kulit daripada tumbuh, manakala halia yang bertindak sebagai antioksidan dan antiradang yang mengurangkan keradangan dan kemerahan.
Apabila semua bahan ini digabungkan bersama minyak badam manis dan tebu mentah organik, skrub badan ini mampu menyelesaikan masalah anda dengan berkesan!
Nature’s by Watsons Blood Orange Body Scrub
RM30.00
Hidupkan semula kulit kering anda dengan skrub badan berwarna merah jingga Itali ini! Berkhasiat dan menghidratkan, Blood Orange Body Scrub membantu memperbaiki dan melembapkan kulit kering di samping menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Marula yang kaya nutrien akan menjadikan kulit anda terasa seperti baru!
Body Breakfast Coffee Scrub
RM79.00
Ia normal jika mempunyai selulit dan stretch mark, tetapi jika anda ingin memperbaiki penampilan, cubalah skrub badan yang mengandungi kafein seperti ini!
Body Breakfast Coffee Scrub diperbuat daripada 100% bahan semula jadi dan organik seperti kafein, garam laut mati, gula, koko dan bahan berkhasiat lain membantu memperbaiki tekstur kulit anda, merawat jerawat badan dan memberikan anda kulit lembut.
Tanamera Himalayan Rock Salt Scrub
RM93.00
Tanamera Himalayan Rock Salt Scrub diperbuat daripada garam Himalaya, yang mampu menyahtoksinkan kulit, memperbaiki peredaran darah dan melegakan sakit otot.
Skrub badan ini juga mengandungi minyak anggur, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak lain yang akan melembapkan dan menyihatkan kulit anda.
The Body Shop Almond Milk & Honey Gently Exfoliating Cream Scrub
RM113.00
Penghidap kulit sensitif, anda tidak perlu takut untuk menggosok badan lagi dengan skrub badan krim jenama The Body Shop! Ia diperkaya dengan susu badam organik dan madu yang dapat menenangkan dan menghidratkan kulit sensitif.
Ia juga hipoalergik, diuji secara dermatologi dan organik, skrub badan ini akan mengelupaskan dan melembapkan kulit anda tanpa menyebabkan iritas
Wild Products Virgin Coconut Sugar Body Scrub
RM62.00
Skrub badan ini diperbuat daripada minyak kelapa dara ekstra organik untuk melembabkan dan memperbaiki kulit. Manakala vitamin E untuk mencerahkan kulit dan ekstrak daun rosemary yang mempunyai sifat antibakteria untuk merawat jerawat.engandungi tanah liat Bentonit untuk menyeimbangkan kulit PH dan bebas daripada wangian.
Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub
RM79.00
Manjakan badan anda dengan mandian yang menyegarkan dengan Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub! Ia diformulasikan dengan Gingko Biloba untuk memperbaiki kulit dari kerosakan akibat sinar matahari dan meningkatkan penghasilan kolagen,
Manakala bunga kamomile membantu menenangkan dan menghidratkan kulit.