Now Reading
Soalan Lazim Buasir

Soalan Lazim Buasir

Soalan Lazim Mengenai Buasir

Terdapat banyak soalan lazim tentang masalah buasir yang dialami oleh masyarat Malaysia, kami himpunkan di sini untuk membantu anda.

Soalan Lazim 1 : Apakah simptom utama buasir?

Simptom buasir yang paling biasa adalah kegatalan, pendarahan, sakit, bengkak dan prolaps iaitu tisu buasir yang menonjol keluar dari dubur. Sesetengah pesakit dengan buasir yang lebih parah juga mungkin mengalami keadaan yang dipanggil sebagai pembocoran najis.

Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa sesetengah simptom buasir adalah sama dengan simptom penyakit lain, jadi diagnosis yang dilakukan sendiri mungkin tidak tepat. Sebagai contoh, kesakitan yang dialami mungkin berpunca kerana fisur fubur (Anal Fissure) dan bukannya buasir.

Selain itu, pendarahan rektum yang merupakan simptom lazim buasir, juga boleh menjadi salah satu simptom kepada kanser kolorektal. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang berkelayakan jika anda mengalami simptom pendarahan rektum. Ini harus dilakukan agar anda menerima diagnosis yang tepat dan pelan rawatan yang berkesan. Sekiranya anda berusia lebih dari 40 tahun atau mempunyai sejarah keluarga dengan kanser kolorektal, anda mungkin dinasihatkan untuk menjalani prosedur pemeriksaan kanser.

Soalan Lazim 2 : Bagaimana untuk ketahui jika saya mempunyai buasir atau fisur dubur?

Fisur dubur adalah kekoyakan tisu dubur yang biasanya disebabkan atau bertambah buruk apabila anda mengalami tempoh cirit-birit najis keras yang panjang.

Terdapat beberapa persamaan simptom antara buasir dan fisur dubur. Antaranya adalah kesakitan dubur, kegatalan dan pendarahan rektum. Anda berkemungkinan salah mendiagnosis diri sendiri. Selain itu, pendarahan rektum juga boleh jadi petanda kepada kanser kolorektal. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk anda berunding dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang betul. 

Soalan Lazim 3 : Adakah buasir meningkatkan risiko kanser kolorektal?

Tidak, buasir tidak meningkatkan risiko anda mendapat kanser kolorektal. Tetapi, kedua-dua keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan rektum. Oleh itu, anda dinasihatkan melakukan diagnosis untuk menentukan sama ada anda mempunyai kanser atau tidak. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami sebarang simptom pada bahagian rektum. Doktor boleh membantu menjalankan prosedur diagnostik lanjutan seperti sigmoidoskopi atau kolonoskopi yang fleksibel.  Penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan seramai 2.3% pesakit dengan simptom pendarahan seperti buasir mungkin mempunyai kanser kolorektal.

Soalan Lazim 4 : Mengapa penggunaan krim buasir sahaja seperti “penyediaan H” tidak cukup untuk merawat buasir?

Krim buasir dan suppositori boleh menjadi pilihan yang baik untuk mendapatkan bantuan sementara bagi simptom seperti kesakitan dan kegatalan. Malangnya, ia memerlukan aplikasi yang konsisten sepanjang tempoh anda mengalami buasir bagi mendapatkan kelegaan yang berpanjangan.

Di samping itu, ia mungkin dapat mengatasi simptom buat sementara waktu tetapi ia tidak boleh mengecilkan buasir, menghentikannya daripada membesar atau menghapuskannya. Ramai pesakit telah mencuba minyak atau krim buasir tetapi masih mengalami simptom berulang pada hari, minggu atau bahkan bulan berikutnya. Atas sebab itu, pesakit perlu memilih pilihan yang lebih kekal jika minyak dan suppositori tidak dapat memberikan kelegaan yang lama.

Soalan Lazim 5 : Adakah terdapat sebarang rawatan buasir di rumah yang membantu dalam jangka panjang?

Sama seperti krim buasir, rawatan buasir di rumah yang lain termasuklah menggunakan cuka epal dan mandian Sitz. Ini boleh dilakukan untuk melegakan simptom buat sementara dan bukannya menyembuhkan punca simptom tersebut. Malahan, satu-satunya penawar yang kekal untuk simptom berulang adalah dengan membuang atau menghapuskan buasir tersebut.

Soalan Lazim 6 : Apakah itu trombosis?

Trombosis adalah istilah perubatan bagi darah beku. Apabila darah beku terbentuk dalam buasir, ia menjadikan buasir kelihatan seperti benjolan berwarna ungu atau biru yang mungkin berdarah dan menyebabkan rasa sakit serta kegatalan. Setelah darah beku sembuh, mungkin terdapat beberapa tisu yang masih kekal seperti tag kulit yang boleh menjadi masalah.

Soalan Lazim 7 : Adakah darah merah terang pada tisu tandas memiliki kaitan dengan penyakit selain buasir?

Ya, darah di dalam najis harus menjadi perhatian penting terutamanya jika anda berusia melebihi 50 tahun. Anda perlu berunding dengan doktor dan meminta beliau menjalankan ujian kolonoskopi untuk mengesan penyakit sebenar terutamanya jika anda tidak pernah menjalaninya sebelum ini.

Soalan Lazim 8 : Adakah terdapat perkara lain yang boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak di kawasan dubur?

Ya, terdapat pelbagai perkara yang mungkin berkaitan dengan keadaan tersebut. Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pembengkakan yang semakin membesar atau tidak hilang. Buasir mungkin menjadi salah satu puncanya, tetapi ujian rektum diperlukan untuk mengesan punca sebenar. Sebarang kesakitan, pendarahan atau bengkak pada dubur haruslah diperiksa oleh pakar perubatan.

Soalan Lazim 9 : Adakah kegatalan sememangnya merupakan petanda buasir?

Tidak, terdapat keadaan lain yang boleh menyebabkan kegatalan yang teruk dan kadangkala, ruam. Ia boleh berpunca daripada faktor pemakanan seperti minum kopi dan soda yang berlebihan.

Soalan Lazim 10 : Jika saya berasa lemah atau penat, apakah ia berkaitan dengan simptom buasir?

Keadaan yang dialami tersebut boleh dikategorikan sebagai simptom anemia. Anemia ialah penyakit dengan kiraan darah yang rendah. Ia boleh berlaku jika anda mengalami pendarahan yang banyak sama ada disebabkan buasir atau ketumbuhan di kolon. Berunding dengan doktor anda agar anda boleh menjalani beberapa ujian untuk menolak kemungkinan penyakit lain seperti anemia. Salah satu ujian tersebut adalah kolonoskopi.

Soalan Lazim 11 : Adakah perubahan pada najis saya sesuatu yang penting?

Anda harus sentiasa memeriksa najis anda. Perhatikan perubahan pada saiz dan bentuk najis anda. Peningkatan jumlah serta saiz atau bentuk najis anda boleh menjadi maklumat yang penting. Pesakit yang berusia lebih dari 50 tahun haruslah berjumpa dengan doktor, terutamanya ahli gastroenterologi atau pakar bedah usus dan rektum.

Soalan Lazim 12 : Jika saya mempunyai bengkak yang surut tetapi berulang, adakah ia buasir?

Bengkak yang surut dan berulang boleh jadi petanda kepada fisur dubur. Ia adalah jangkitan kronik yang perlu dirawat melalui pembedahan.

Soalan Lazim 13 : Apakah perkara yang boleh saya lakukan untuk melegakan kesakitan buasir?

Mengamalkan pemakanan yang betul dan sihat merupakan langkah pertama bagi melegakan simptom buasir. Terapkan makanan yang kaya dengan serat ke dalam diet anda atau tambah pengambilan serat dengan mengambil suplemen seperti Metamucil. Di samping itu, minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan melembutkan najis.

Sumber:

https://www.drugs.com/article/hemorrhoids-faq.html

https://www.crhsystem.com/hemorrhoid-faqs/

https://www.drugs.com/slideshow/hemorrhoid-faq-1029

https://www.lanermc.org/community/lane-health-blog/common-hemorrhoid-questions-answered

error: Content is protected !!