Now Reading
Soalan Lazim: Diet Eat Clean

Soalan Lazim: Diet Eat Clean

soalan lazim diet eat clean

Soalan-soalan lazim tentang diet ‘Eat Clean’ sering bermain dalam fikiran orang ramai yang ingin mencuba amalan ‘Eat Clean’.

‘Eat Clean’ atau makan secara bersih adalah frasa yang muncul di mana-mana secara tiba-tiba. Tetapi apakah ia sebenarnya?

Sekiranya idea makan secara bersih kedengaran agak samar-samar, itu kerana tiada definisi tunggal bagi amalan tersebut.

Sebagai tambahan, bukan semua yang anda dengar atau baca tentang ‘Eat clean’ disokong oleh bukti saintifik.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir prinsip asas tentang membersihkan diet anda yang dipersetujui oleh kebanyakan individu.

Soalan lazim 1 – Apakah maksud ‘Eat Clean’?

Maksud ‘Eat clean’ ialah makan makanan yang paling hampir dengan alam semulajadi iaitu, makanan seperti sayur, buah-buahan, bijirin penuh dan protein sihat. Anda perlu menjauhi makanan yang diproses atau makanan ringan.

Badan anda tahu untuk memproses makanan sebenar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi tidak dicipta untuk menguruskan bahan-bahan tiruan.

Bahan-bahan tiduran boleh terkumpul dalam bahan anda justeru itu meningkatkan berat badan anda.

Soalan lazim 2 – Perlukah saya makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik sahaja?

Tidak perlu. Kadangkala, makanan organik berharga tinggi. Walaupun organik adalah makanan yang terbaik, terdapat beberapa makanan yang mungkin kurang disyorkan untuk dibeli jenis organik.

Sebagai contoh, pisang mempunyai kulit luaran yang tebal dan tidak dimakan, jadi anda tidak perlulah membeli pisang yang organik.

Manakala, anggur pula seeloknya dimakan bersama kulitnya sekali jadi pilihan organik adalah yang terbaik untuk mengelakkan sisa racun serangga pada permukaan luarannya.

Soalan lazim 3 – Perlukah saya mengelak daging dan menjadi seorang vegetarian?

Tidak! Terdapat banyak protein sihat selain daging namun, anda masih boleh memasukkan daging dalam diet ‘Eat Clean’ ini.

Adalah penting untuk membeli daging yang semulajadi, seperti daging lembu makan rumput, ayam bergerak bebas, dan sebagainya.

Kata kuncinya adalah untuk mencari perkataan seperti ‘antibiotik’ atau ‘bebas hormon’ pada labelnya.

Soalan lazim 4 – Bagaimana untuk memulakan diet ‘Eat Clean’?

Mulakan dengan melakukan perubahan kecil dan mudah. Gantikan sejenis makanan tidak sihat dengan makanan yang sihat.

Luangkan banyak masa di bahagian sayur-sayuran sewaktu membeli barang dapur dan cuba buah-buahan serta sayur-sayuran baru.

Cari resipi yang menarik untuk diri anda dan cuba memasak makanan kegemaran anda dalam kaedah yang berlainan (contoh, daripada menggoreng ayam, anda membakarnya pula).

Baca label pada makanan untuk mengetahui kandungan dalam makanan anda. Ini kerana segelintir kandungan mungkin akan mengejutkan anda.

Soalan lazim 5 – Adakah berat badan saya akan turun jika mengamalkan diet ‘Eat Clean’?

Ya. Menggantikan semua makanan anda dengan makanan yang ‘bersih’ boleh menurunkan berat badan anda. Ini kerana makanan yang diproses kebanyakannya mengandungi lemak dan kalori dalam kuantiti yang tinggi.

Sebaliknya, makanan bersih serperti sayur-sayuran padat dengan kalori jadi anda boleh memakannya dalam jumlah yang banyak.

Soalan lazim 6 – Adakah diet ‘Eat Clean’ lebih mahal?

Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Sesetengah makanan bersih adalah lebih mahal bagi bajet barangan dapur anda berbanding makanan yang diproses.

Namun, makanan-makanan tersebut boleh dianggap sebagai perbelanjaan untuk kesihatan anda.

Soalan lazim 7 – Adakah terdapat peraturan-peraturan ‘Eat Clean’ tertentu yang perlu diikuti?

Tiada. ‘Eat clean’ adalah sejenis gaya hidup. Ia bukanlah penyelesaian cepat bagi penurunan berat badan tetapi ia boleh membantu anda menurunkan berat badan atau mengekalkan berat yang sihat.

Anda akan menemui pelbagai variasi ‘eat clean’ seperti Diet Paleo, Diet Vegan, Diet Vegetarian dan sebagainya. Kesemuanya adalah berdasarkan prinsip memilih makanan sebenar yang boleh memberi nutrien kepada badan anda.

Sumber:

error: Content is protected !!