Now Reading
9 Soalan Lazim Diet Vegan Yang Menarik

9 Soalan Lazim Diet Vegan Yang Menarik

Soalan lazim diet vegan

BKenapa ya seseorang itu jadi vegan? Ada sebab tertentu atau sekadar suka-suka? Di sini terdapat soalan lazim diet vegan untuk maklumat anda.

1. Soalan lazim diet vegan pertama – apakah itu vegan?

Veganisme bermaksud diet pemakanan atau gaya hidup yang mengelakkan semua produk berasaskan haiwan.

Makanan yang dielakkan dalam diet vegan adalah daging (termasuklah ikan dan ayam), telur, produk tenusu dan madu.

Selain diet ini, golongan vegan juga mengelakkan (sekiranya boleh dilakukan):

  • Produk yang dicuba pada haiwan.
  • Fabrik yang diperoleh daripada haiwan seperti sutera atau bulu.
  • Kulit, suede, bulu haiwan
  • Produk penjagaan peribadi yang mengandungi bahan daripada haiwan (‘beeswax’, keratin, lanolin dan sebagainya).
  • Haiwan yang dijadikan sebagai hiburan (sarkas, rodeo dan lain-lain).

2. Apakah perbezaan diet vegan, vegetarian dan diet berasaskan tumbuhan?

Jawapan kepada soalan lazim diet vegaan kedua = mereka mengamalkan peraturan asas yang mengelakkan produk haiwan atau produk sampingan bersumberkan haiwan. Veganisme merupakan falsafah yang menyokong perlindungan bagi hak-hak haiwan.

Selain itu, mereka juga tidak menyokong penggunaan dan pembuatan barang keperluan seperti pakaian atau beg dan produk penjagaan kulit yang berasaskan haiwan. Sebagai contoh, rata-rata golongan vegan tidak akan memakai atau menggunakan pelembap bibir yang mengandungi ‘beeswax’.

  • Apakah itu diet vegetarian?

Vegetarian secara umumnya bermaksud ‘tanpa daging’. Golongan ini biasanya memilih untuk menolak makanan berasaskan daging seperti ayam, lembu dan sebagainya oleh kerana faktor etika. Namun begitu, mereka masih selesa untuk mengambil produk sampingan daripada sumber haiwan seperti susu dan telur.

  • Apakah itu diet berasaskan tumbuh-tumbuhan?

Individu yang mengamalkan diet makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan menolak semua jenis produk haiwan daripada diet mereka termasuklah daging, ikan, produk tenusu, telur, agar-agar atau produk sampingan yang lain. Mereka juga tidak mengambil makanan yang telah diproses.

Di samping itu, diet pemakanan tumbuh-tumbuhan ini juga merangkumi makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan secara menyeluruh seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan bijian. Walaupun diet ini kelihatan hampir sama dengan diet vegan, terdapat perbezaan berdasarkan aspek lain selain makanan.  

3. Bagaimana untuk mengetahui sekiranya sesuatu makanan adalah vegan?

Selagi makanan itu tidak diproses, mana-mana buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang atau bijian adalah vegan.

Namun, sekiranya ia adalah makanan yang telah diproses atau dipek, bacalah senarai ramuannya terlebih dahulu. Terdapat banyak produk sampingan berasaskan haiwan yang boleh menyebabkan kemusykilan kepada individu. Sebagai contoh, serbuk whey, kasein dan bahan susu yang diubah suai semuanya dikategorikan sebagai produk tenusu.

Jika anda mempertimbangkan untuk mengikuti diet vegan, anda boleh belajar mengenai bahan yang perlu dielakkan dalam masa yang singkat.

4. Bolehkah saya hanya mengambil makanan mentah dalam diet vegan?

Tentulah tidak. Walaupun ada segelintir vegan yang memilih makanan sebegini, veganisme bersumberkan makanan mentah tidak sesuai untuk dilakukan oleh semua individu. Masih ramai vegan yang makan makanan yang dimasak dan tiada asas saintifik yang mengatakan bahawa seorang vegan hanya boleh makan makanan mentah sahaja.

5. Adakah pemakanan berasaskan vegan mahal?

Jawpan kepada soalan lazim diet vegan kelima = Veganisme boleh diamalkan dengan mudah dalam hidup tanpa mengira pendapatan sesorang individu. Kenyataan tentang diet berasaskan vegan adalah mahal merupakan sebuah mitos. Sebaliknya, diet vegan sangat sesuai dengan kehidupan berjimat-cermat. Banyak makanan vegan seperti bijirin, kacang dan bijian dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis makanan berunsurkan vegan yang tidak memerlukan kos yang banyak. Sebagai contoh, kari sayur dengan nasi dan tauhu, sup sayur, sayuran yang digoreng, sandwic, hidangan pasta dan salad adalah antara makanan vegan yang sedap dan murah.

6. Bagaimana jika saya bukan penggemar sayur-sayuran?

Makan makanan berdasarkan resepi biasa dan gantikan bahan masakan dengan alternatif berasaskan tumbuhan. Sekiranya anda tidak boleh makan sayur-sayuran dalam bentuk asalnya, adalah boleh menjadikannya sebagai sos dan campurkan dalam pasta.

Anda pasti akan mengalami tempoh fobia terhadap sayuran pada satu tahap dalam kehidupan anda. Namun, vegan atau tidak, usahalah untuk masukkan sayur-sayuran dalam pemakanan anda kerana ia mengandungi banyak khasiat yang baik buat kesihatan.

7. Siapa yang boleh melakukan diet vegan?

Jawapan kepada soalan lazim diet vegan = Diet vegan yang dirancang dengan betul adalah sesuai bagi individu daripada semua peringkat kehidupan termasuklah wanita mengandung atau wanita yang menyusukan bayi, bayi, kanak-kanak, golongan remaja, dewasa mahupun atlet. Secara teknikalnya, ini bermakna bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi vegan jika dilaksanakan dengan betul.

Cari sokongan dan lakukan sedikit penyelidikan tambahan mengenai keperluan nutrien khusus jika anda mengandung, menyusukan bayi atau menjaga bayi atau kanak-kanak yang vegan kerana kesemua ini merupakan tahap kehidupan yang memerlukan pemakanan dengan nutrien yang mencukupi. Ini adalah penting kerana pemakanan yang betul boleh menyokong pertumbuhan badan yang sihat.

8. Bolehkah saya makan di kedai?

Tentulah boleh. Memilih kedai vegan boleh menyediakan pilihan makanan yang banyak apabila makan di luar. Namun begitu, kebanyakan kedai makan sekarang sudah mempunyai pilihan makanan berasaskan vegan ini. Periksa hidangan vegan pada menu dahulu kerana sesetengah daripadanya mungkin hanya diubah suai dengan meninggalkan satu atau dua bahan seperti keju sahaja.

9. Adakah makan terlalu banyak soya tidak baik untuk saya?

Kacang soya adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik. Mereka mengandungi banyak vitamin, mineral, antioksidan dan kompaun tumbuhan bermanfaat yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan lain.

Walau bagaimanapun, soya mungkin boleh menghalang fungsi tiroid dalam kalangan individu dan boleh menyebabkan simptom seperti cirit birit. Jadi, ianya adalah lebih baik untuk memilih produk makanan soya yang diproses secara minimum seperti tauhu atau edamame.

SUMBER

https://www.vegan.com/faq/

https://www.brownble.com/blog/2017/7/29/frequently-asked-questions-about-veganism

https://www.veganeasy.org/resources/vegan-faqs/

error: Content is protected !!