Solat sunat atau nawafil adalah perkara yang memberi pahala kepada muslim yang melakukannya namun, tidaklah berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya.
Terdapat banyak solat nawafil yang boleh dilaksanakan mengikut pada waktu-waktu yang bersesuaian antaranya:
- Asyuura
- Awwabin
- Azan
- Dhuha
- Gerhana
- Hadiah
- Hajat
- Hari Raya Aidil Fitri / Aidil Adha
- Istikharah
- Ihram
- Istisqa
- Solat jenazah
- Jumaat
- Khusuf / Sunat Gerhana
- Musafir
- Mutlak
- Nikah
- Nisfu Sya’ban
- Perhentian Musafir
- Tahajjud
- Syukur
- Tahiyyatul Masjid
- Tasbih
- Taubat
- Tawaf
- Tarawih
- Qudum
- Rawatib
- Wuduk
- Witir
- Isyraq
- lailatul Qadar
- Tolak bala
Berbeza dengan solat fardhu, tidak semua solat ini boleh dilaksanakan secara berjemaah. Berikut adalah solat nawafil yang boleh dilakukan secara berjemaah.
Enam solat sunat berjemaah adalah:
- Tarawih
- Aidilfitri
- Aidiadha
- Mohon hujan (Istisqa’)
- Gerhana matahari dan bulan
- Witir
Manakala terdapat 15 jenis solat sunat yang anda boleh dilakukan sendirian ini termasuklah juga solat Dhuha, Taubat, Tahajjud, dan Musafir
*Rawatib (mengiringi solat fardu)
- Tahiyyatul Masjid
- Tahajjud
- Dhuha
- Istikharah
- Isyraq
- Awwabin
- Wuduk
- Taubat
- Hajat
- Ihram
- Tawaf
- Musafir
- Mutlak
- Tasbih
Solat Nawafil atau Tatawwu’ gelaran lain bagi solat sunat yang solat yang dilakukan secara sukarela. Tujuan utama dilaksanakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.
Muslim yang melaksanakan dengan ikhlas akan lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding dengan muslim yang hanya melaksanakan solat fardu semata-mata.
Para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat Rasulullah SAW banyak melakukan amalan sunat. Pada waktu itu para sahabat turut berlumba-lumba sesama mereka melakukan amalan-amalan sunat.
Sudah pastinya tiada perbuatan baik yang menjadi sia-sia. Begitulah juga solat sunat, ia mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya masih disembunyikan oleh Allah SWT. Golongan yang beriman sememangnya digalakkan untuk melaksanakan amalan sunat.
Jika dinilaikan ibadah solat fardhu kita lima waktu sehari itu belum tentu kita mampu memenuhi lompong-lompong pada sehelai kain yang berlubang. Kita patut merasakan kerisauan jika kita tidak mampu memenuhi tuntutan agama. Oleh itu, dengan amalan melaksanakan solat sunat dapat menyempurnakan ibadat kita.
Dalam petikan Surah Al-Mukminun ayat 1-2 Allah SWT ada berfirman:
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”
InsyaaAllah sekiranya kita berusaha untuk melaksanakan solat dengan khusyuk dan rasa ikhlas kepada Allah SWT dengan mendalam kita pasti menjadi mukmin yang Berjaya di dunia dan di akhirat.
Kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat
Bersandarkan pada hadis-hadis Rasulullah SAW, setiap daripada satu-satu solat sunat itu pastinya mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadilat, hikmah dan faedahnya.
Antaranya bagi seorang muslim yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki. Tidak hanya itu sahaja orang yang mengamalkan amalan ini akan menjadi orang dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
Amalan solat sunat Dhuha jika diamalkan maka rezeki pengamalnya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
Bagi orang-orang yang melaksanakan solat tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Manakala bagi orang-orang yang melaksanakan solat sunat isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Begitulah juga pada solat-solat lain, pasti ada keistimewaan yang tersendiri.
Bilakah waktu yang diharamkan sembahyang sunat?
Solat sunat sememangnya perkara yang baik untuk dilakukan namun terdapat waktu-waktu haram untuk dilaksanakan solat sunat yang juga dikenali sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:
- Sesudah solat subuh
- Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
- Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
- Ketika matahari hampir terbenam.
- Sesudah solat asar.
Solat yang tidak bersebab iaitu sembahyang sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram adalah solat yang diharamkan.
Manakala sekiranya solat yang bersebab adalah tidak diharamkan seperti solat qada, solat wuduk, solat tahiyyatul masjid, solat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.
Untuk makluman anda yang menyukai amalan kebaikan dan mengerjakan ibadah sunat ini bahawa tidak semua solat sunat yang telah disenaraikan dalam penulisan ini diambil ataupun perbuatan daripada sunnah Rasulullah SAW yang mulia, tetapi ianya adalah hasil rujukan daripada amalan ulama dan kekasih Allah SWT.
Mengapakah solat-solat sunat dinamakan dengan nama tertentu adalah tidak pasti, tetapi kebaikan yang dirasakan para ulama, dengan Menyusun semula amalan tersebut dengan cara yang sistematik dapat memudahkan kita dalam usaha untuk menambah amalan sunat kita InsyaaAllah.
Sabda Baginda SAW:
Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu”— Hadis Riwayat Muslim
Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat berkaitan solat-solat sunat. Selepas ini boleh la kita bersama-sama mengerjakan solat sunat untuk meningkatkan iman kita. Semoga artikel ini membantu memberi informasi yang bermanfaat untuk anda. Wallahu ‘alam!
SUMBER:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat