Now Reading
Simptom Sopak (Vitiligo), Punca Dan Rawatannya

Simptom Sopak (Vitiligo), Punca Dan Rawatannya

sopak

Sopak atau juga dikenali sebagai Vitiligo adalah penyakit yang mengakibatkan kehilangan warna kulit. Tahap dan kadar kehilangan warna kulit tidak dapat diramalkan. Jadi, ia boleh menjejaskan mana-mana bahagian kulit di badan anda. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan rambut dan bahagian dalam mulut.

Biasanya, warna rambut dan kulit telah ditentukan oleh melanin. Sopak berlaku apabila sel-sel yang menghasilkan melanin mati atau berhenti berfungsi. Ia memberi kesan kepada individu daripada semua jenis kulit, namun ia mungkin lebih ketara pada individu dengan kulit yang lebih gelap. Keadaan ini tidak mengancam nyawa dan ia bukanlah penyakit yang menular. Namun begitu, ia boleh menyebabkan anda tertekan atau tidak berpuas hati dengan penampilan anda.

Simptom Sopak

Simptom utama Sopak adalah tompokan putih pada kulit dan ia boleh menjejaskan mana-mana kawasan badan, termasuklah pada kawasan di sekitar mata anda. Tompokan mungkin menjadi besar atau kecil dan muncul sebagai salah satu pola berikut:

  • Bersegmen atau bertumpu: Tompokan putih yang muncul adalah cenderung lebih kecil dan muncul dalam satu atau beberapa kawasan badan. Apabila Sopak muncul dalam corak tertumpu atau segmen, ia cenderung untuk terjadi pada satu kawasan di satu sisi badan. Selalunya ia akan berterusan selama setahun atau lebih, kemudiannya hilang. Ia juga berkembang dengan perlahan berbanding Sopak berbentuk umum.
  • Bukan segmen atau umum: Tompokan putih yang luas muncul secara simetrik pada kedua-dua belah badan. Ini merupakan corak yang paling biasa berlaku kepada pesakit dan boleh menjejaskan sel-sel pigmen di kawasan badan. Selalunya ia akan berkembang dan berhenti dalam beberapa kali dalam sepanjang hayat seseorang. Tidak ada cara untuk menentukan tempohnya, atau bagaimana tompokan ini berkembang.

Satu sumber kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa 75 peratus pesakit yang mempunyai Sopak mengalami kehilangan pigmen di tangan dan muka mereka. Kawasan umum Sopak yang lain adalah di pelipat badan seperti kulit di bawah lengan anda dan di sekitar pangkal paha anda.

Punca Sopak

Penyebabnya adalah tidak diketahui. Tetapi Sopak boleh dikategorikan sebagai penyakit autoimun. Maksudnya, penyakit ini berlaku apabila sistem imun anda tersilap menyerang sebahagian sel sihat dalam tubuh anda sendiri.  Sopak boleh mengakibatkan sistem imun memusnahkan melanosit dalam kulit. Selain itu, satu gen atau lebih boleh membuat seseorang lebih cenderung untuk mendapatkan gangguan ini.

Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa melanosit boleh memusnahkan dirinya sendiri. Manakala penyelidik lain pula berfikir bahawa satu keadaan seperti selaran matahari atau tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak. Tetapi keadaan-keadaan tersebut ini belum terbukti boleh menyebabkan Sopak.

Diagnosis Sopak

Semasa pemeriksaan, doktor anda akan melakukan ujian fizikal serta bertanya tentang sejarah perubatan anda dan menjalankan ujian makmal. Pastikan anda melaporkan apa-apa peristiwa yang boleh menyumbang kepada faktor-faktor, seperti kebakaran kulit akibat cahaya matahari baru-baru ini, rambut anda berubah ke warna kelabu atau sebarang penyakit autoimun yang mungkin anda alami. Izinkan doktor anda tahu jika terdapat individu lain dalam keluarga anda yang mempunyai Sopak atau penyakit kulit yang lain.

Soalan yang akan ditanya oleh doktor ialah:

• Di manakah Sopak di badan anda bermula?

• Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai Sopak?

• Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai gangguan autoimun?

• Pernahkah anda mencuba sebarang rawatan?

• Adakah terdapat mana-mana kawasan yang ditumbuhi Sopak yang bertambah atau semakin teruk?

Selain itu, doktor juga boleh menggunakan lampu ultraungu untuk mengesan tompokan Sopak. Lampu tersebut yang juga dikenali sebagai lampu Wood (Wood’s lamp), membantu doktor mengenalpasti perbezaan antara Sopak dan keadaan kulit yang lain.

Rawatan Sopak

Banyak rawatan yang tersedia boleh membantu memulihkan warna kulit atau menyamaratakan tona kulit. Namun begitu, hasilnya adalah berbeza dan sukar diramal. Sesetengah rawatan mempunyai kesan sampingan yang serius. Oleh itu, doktor mungkin mencadangkan anda mencuba untuk memperbaiki penampilan kulit anda terlebih dahulu dengan menggunakan produk penyamaran atau solekan.

Jika anda dan doktor memutuskan untuk merawat keadaan anda melalui ubat, pembedahan atau terapi, prosedur ini mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan keberkesanannya. Dan anda mungkin perlu mencuba lebih daripada satu pendekatan atau gabungan pendekatan lain sebelum anda mencari rawatan yang paling sesuai untuk keadaan anda.

Walaupun rawatan berjaya, hasilnya mungkin tidak bertahan lama atau tompok baru mungkin akan muncul.

Ubat-ubatan

Tiada ubat yang boleh menghentikan proses pembentukan Sopak atau menghilangkan sel pigmen (melanosit). Tetapi beberapa ubat, yang digunakan secara bersendirian atau dengan terapi cahaya, boleh membantu mengembalikan warna kulit bagi sesetengah pesakit.

Krim mengawal keradangan. Menggunakan krim kortikosteroid terhadap kulit yang terjejas boleh membantu mengembalikan warna kulit, terutamanya jika anda mula menggunakannya pada awal penyakit muncul. Namun begitu, anda mungkin tidak akan melihat perubahan dalam warna kulit anda selama beberapa bulan.

Krim jenis ini berkesan dan mudah digunakan. Tetapi ia boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti penipisan kulit atau penipisan kulit atau kemunculan garis halus pada kulit anda.

Bentuk ubat-ubatan ringan boleh dipreskepsikan kepada kanak-kanak dan individu yang mempunyai kawasan kulit berubah-ubah warna.

Ubat-ubatan yang menjejaskan sistem imun. Krim pelembap yang mengandungi tacrolimus atau pimecrolimus mungkin berkesan untuk individu dengan mempunyai Sopak dalam kawasan yang, terutamanya pada muka dan leher.

Rawatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding kortikosteroid dan boleh digunakan bersama cahaya ultraungu B (UVB). Walau bagaimanapun, Pengurusan Makanan dan Dadah telah memberi amaran tentang kemungkinan hubungkait antara ubat-ubatan ini dengan Limfoma dan Kanser Kulit.

Terapi

Menggabungkan psoralen dan terapi cahaya. Rawatan ini menggabungkan bahan yang ditemui pada tumbuhan yang dipanggil psoralen dengan terapi cahaya (photochemotherapy) untuk mengembalikan warna asal pada kulit yang terjejas. Selepas anda mengambil psoralen secara oral atau menggunakannya pada kulit yang terjejas, anda akan didedahkan kepada ultraviolet A (UVA), cahaya UVB atau cahaya excimer. Pendekatan ini cenderung mempunyai hasil yang lebih baik daripada ubat atau melalui cahaya sahaja. Anda mungkin perlu mengulangi rawatan sebanyak tiga kali seminggu selama enam hingga 12 bulan.

Mengeluarkan baki warna (depigmentasi). Terapi ini mungkin menjadi pilihan jika Sopak anda meluas dan rawatan lain tidak berfungsi. Ejen depigmentasi digunakan di kawasan kulit yang tidak terjejas. Ia memancarkannya secara beransur-ansur supaya bercampur dengan kawasan yang mengalami perubahan warna kulit. Terapi ini dilakukan sebanyak sekali atau dua kali sehari selama sembilan bulan atau lebih lama.

Kesan sampingan penyakit kulit ini termasuklah kemerahan, pembengkakan, gatal-gatal dan kulit kering. Depigmentasi adalah kekal dan anda akan sentiasa sensitif terhadap cahaya matahari.

Pembedahan

Pembedahan mungkin menjadi pilihan untuk anda jika terapi cahaya tidak berfungsi. Untuk mendapatkan kesan optimum, pembedahan juga boleh digunakan bersama terapi cahaya tersebut. Matlamat teknik berikut adalah untuk menyamaratakan tona kulit anda dengan memulihkan warnanya:

Cantuman kulit. Dalam prosedur ini, doktor akan membuang bahagian yang sangat kecil daripada kulit biasa anda dan menampal serta melekatkannya ke kawasan yang mengalami kehilangan pigmen. Prosedur ini kadangkala digunakan jika anda mempunyai tompokan kecil Sopak.

Risiko yang mungkin dialami termasuklah jangkitan, luka parut, penampilan ‘cobblestone’, warna berbintik-bintik dan kegagalan kawasan tersebut untuk diwarnakan semula.

Cantuman lepuhan. Dalam prosedur ini, doktor akan menghasilkan lepuh pada kulit yang berpigmen, biasanya melalui proses sedutan. Kemudian, beliau akan menghilangkan bahagian atas lepuhan dan menampalnya ke kawasan kulit yang berwarna.

Risiko yang mungkin berlaku termasuklah parut, penampilan ‘cobblestone’ dan kegagalan kawasan itu untuk menyerap warna. Selain itu, Kerosakan kulit yang disebabkan oleh penyedutan boleh mencetuskan tompokan Sopak yang lain.

Tatu (micropigmentasi). Dalam teknik ini, doktor akan menggunakan alat pembedahan khas untuk menanam pigmen ke dalam kulit anda. Ia paling berkesan dilakukan di dalam dan di sekitar bibir pada individu yang berkulit gelap.

Kelemahannya termasuklah kesukaran untuk menetapkan warna yang sepadan dengan warna kulit dan risiko untuk tatu mencetuskan satu lagi Sopak lain.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/245081

https://www.medicinenet.com/vitiligo/article.htm

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/vitiligo-common-cause-loss-skin-pigment

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vitiligo/symptoms-causes/syc-20355912

error: Content is protected !!