Sosodikon Hill ala-ala luar negara kerana mempunyai pemandangan yang sangat cantik dari puncak .Ia terletak di Kundasang, Sabah dan ia merupakan tempat pendakian paling terbaik jika anda ingin bercuti bersama keluarga.
Selain itu, anda perlu membawa set kelengkapan baju ketika musim sejuk kerana cuaca di bukit ini mengalami cuaca sejuk dan berangin sepanjang tahun.
Kelebihan mendaki puncak bukit ini adalah anda akan dapat melihat Gunung Kinabalu jika cuaca cantik dan kabus tidak tebal.
Jalan untuk sampai ke puncak sangat mudah dan ia sangat disyorkan untuk berkunjung ke sana jika anda seorang pencinta alam dan pendaki tahap biasa.
Cara untuk sampai ke destinasi.
Jalan Sosodikon merupakan laluan untuk sampai ke puncak Sosodikon Hill. Anda boleh masuk melalui jalan pintu utara dan selatan sama ada menggunakan kenderaan atau tidak.
Ada dua pilihan:
- Tanpa kenderaan
Ramai yang memilih untuk tidak menggunakan kenderaan kerana ingin menikmati kecantikan alam flora fauna dan udara segar .ada juga yang jenis suka berjalan. Mudah dan tidak membebankan.
Jika anda memilih untuk berjalan kaki, jika anda berjalan menuju ke arah selatan, maka utara anda adalah gunung Kinabalu. Menarik bukan?
Anda perlu masuk melalui pintu selatan iaitu melalui Jalan Kundasang Kauluan. Keadaan laluan yang kecil dan tidak sesuai untuk kenderaan menggunakannya. Tempat letak kereta tidak disediakan di laluan ini .
Anda juga digalakkan untuk memakai kasut yang baik untuk menaiki puncak kerana jalan agak curam dan berbatu sedikit.
- Berkenderaan
Jika anda memilih untuk berkenderaan ke sosodikon hill , anda perlu memandu masuk melalui pintu utara iaitu melalui Jalan Cinta Mata Mesilou.
Anda perlu masuk melalui jalan Dream World iaitu bersebelahan dengan jalan ke Desa Dairy Farm. Di penghujung jalan ,anda boleh menemui jalan terus ke pintu utara jalan sosodikon.
Secara logiknya, anda sebenarnya boleh berkenderaan untuk melalui jalan ini, tetapi jika anda perlu berkeyakinan tinggi untuk menghadapi pelbagai rintangan untuk sampai ke pintu masuk utara.
Jika anda sebaliknya , maka anda perlu tinggalkan kereta anda di tepi jalan berhadapan dengan Dream World Resort. Anda perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.
Bayaran masuk Sosodikon Hill
Anda dikenakan sedikit bayaran sebanyak rm3 ketika berada di pintu masuk sosodikon hill. Bayaran tetap dikenakan ke atas individu sama ada anda pelancong daripada luar dan dalam negara. Murah sangat tau?
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Sosodikon Hill
Masa terbaik untuk berfotografi adalah bermula pukul 5 pagi (1 jam sebelum matahari terbit) dan 5.30 petang( 1 jam sebelum matahari terbenam). Kualiti cahaya pada waktu itu sangat cantik dan realistik.
- Pendakian
Pendakian yang cepat dan mudah. Semua peringkat umur boleh mendaki puncak sosodikon hill terutama bagi warga emas. Pelbagai kemudahan di sediakan sepanjang laluan ke puncak seperti tandas, tempat duduk dan pemegang tangga.
Anda hanya perlu mengambil masa dalam masa 10 – 15 minit berjalan kaki untuk sampai ke puncak bukit. Anda boleh menikmati keindahan puncak dengan bebas. Anda juga boleh dapat melihat Gunung Kinabalu dari dekat.
Seperti yang kita ketahui bahawa Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ia juga menjadi lambang kemegahan bagi masyarakat di Sabah. Sangat bertuah jika anda dapat melihatnya.
Pendakian bermula dengan laluan santai, anda akan melalui puncak pertama dahulu . Anda perlu berhati-hati kerana laluan agak sedikit curam . Seterusnya, anda akan menemui puncak sosodikon hill. Anda boleh beristirahat dan mulakan sesi fotografi anda.
- Bersantai
Anda boleh bersantai dan tenangkan jiwa anda dengan mengamati dan menghidu pelbagai haruman jenis tanaman bunga dan sayuran segar di sepanjang jalan menuju ke puncak.
Salah satu daya tarikan di sini adalah pelbagai jenis bunga musim sejuk di tanam di sini. Antara jenis tanaman bunga yang terdapat di bukit itu adalah spesies bunga matahari ,hydrangea, ros dan pelbagai bunga musim sejuk.
Tanaman yang sangat subur dan berwarna-warni menceriakan pemandangan. Sangat cantik untuk diabadikan dalam gambar dan kenangan. Anda tidak dibenarkan untuk memetik bunga di sini. Bunga-bunga di situ adalah hak semua pengunjung yang datang. Jika anda petik maka hilanglah seri di laluan tersebut.
Tandas juga ada disediakan maka ia tidak menjadi masalah jika anda berhajat untuk melakukan hajat kecil dan besar. Jikalau anda lapar, makanan dan minuman ada jual di pintu masuk bukit.
Tempat lain yang menarik dan wajib dikunjungi di Sosodikon Hill
Bukit ini terletak berhampiran dengan destinasi paling popular di Sabah iaitu Desa Dairy Farm .
- ATV Borneo Adventure Sport.
Sekiranya anda berasa penat setelah mendaki Bukit Sosodikon, anda boleh singgah di ATV Borneo Adventure Sport.
Di sini pelbagai jenis pakej ATV trek dengan harga mampu milik disediakan. Anda hanya perlu datang dan pilih pakej yang anda mahu.
Bagi mereka yang gemar penerokaan, anda boleh menghabiskan masa dengan aktiviti menaiki ATV untuk . Anda boleh mengunjungi dataran tinggi dengan cepat dan seluruh kawasan Kundasang yang anda tidak pernah anda kunjungi.
- Kundasang War Memorial
Jika anda ingin melawat kesan tinggalan daripada peristiwa perang dunia II, anda perlu datang ke Kundasang War Memorial .
Tempat memorial ini juga dipenuhi taman-taman bunga yang terletak di kawasan Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo ,Taman Renungan dan Kolam . Setiap taman mewakili jenis bangsa yang berbeza
Di sini adalah tempat peringatan terhadap rakyat Borneo utara yang berani mempertaruhkan nyawa untuk membantu tawanan perang dan juga tempat memperingati keberanian banduan penjara British dan Australia dan mereka telah dikebumikan di sini.
Selain itu, kawasan ini dihiasi pelbagai jenis bunga ros dan bau harumannya memberikan ketenangan kepada pengunjung.
Anda juga akan dihidangkan video sejarah berkaitan Sandakan Death Mac.
Info panduan pelawat
Berikut maklumat penting berkenaan lokasi menarik ini:
Lokasi tempat: Sosodikon Hill dalam map.
Waktu operasi: 6:00AM – 6:00PM (setiap hari).
Bayaran Masuk :
RM3 Dewasa,
RM1 Bawah 12 tahun,
Percuma bawah 6 tahun.
Tahap Kesukaran: Mudah / Santai.
Panjang trail: 600 Meter (15 – 30 minit dengan santai).
Nombor telefon: 0142836047 / 0198096264
Page Facebook: https://www.facebook.com/sosodikonhill
Kesimpulannya, anda harus membawa keluarga anda untuk bercuti ke sosodikon hill. Tempat yang cantik setaraf antarabangsa. Sesuai untuk anda yang suka mengambil gambar tempat-tempat cantik. Oleh itu, bab makanan anda tidak perlu risau, restoran makanan halal banyak disediakan.
Sumber:
Https://meowtainpeople.com/sosodikon-hill/
Https://www.sabahtravel.com/articles/post/5-best-hiking-trails-and-nearby-attractions-in-kundasang