
Spoon Health Chia Seed, Khas Buat Mereka Yang Pentingkan Kesihatan!~ Chia seed diakui sebagai antara bijian yang terkenal di serata dunia. Dikenali dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan, chia seed memang menjadi pilihan ramai.
Di Malaysia, chia seed juga tidak kurang terkenalnya. Ada yang gemar menjadikannya sebagai tambahan kepada minuman pada hari perayaan ataupun untuk menjamu tetamu tetapi tidak kurang juga yang menggunakannya setiap hari untuk dicampurkan bersama makanan dan sebagainya.
Kandungan Spoon Health Chia Seed Yang Cukup Berkhasiat!
Spoon Health Chia Seed adalah antara pilihan yang mudah didapati dipasaran dan dikenali ramai. Dikatakan berasal daripada Amerika Selatan, chia seed ini mengandungi antioksidan, serat makanan, omega-3, pelbagai jenis vitamin dan sebagainya.
Secara umumnya, omega-3 terkenal sebagai sumber tenaga dan ‘inflammatory properties’ serta serat yang dapat membantu meningkatkan kualiti sistem pencernaan badan kita, atau dalam erti kata yang lain mengelakkan sembelit.
Sifat antioksidan dan gabungan pelbagai vitamin seperti magnesium dan vitamin B pada amnya, dapat diperbaiki untuk pertumbuhan dan fungsi rambut, kulit, otot dan kuku.
Apa Kebaikan Spoon Health Chia Seed?

Pada masa kini, chia seed dipasarkan secara meluas dan dikatakan mampu membantu untuk penurunan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung melalui pengambilan yang konsisten.
Spoon Health Chia Seed dapat membantu dalam mengawal berat badan kerana mengandungi sumber serat larut yang banyak dan tidak mengandungi kalori atau lemak tambahan. Menurut satu sumber, satu kajian telah dilakukan dan menunjukkan hasil bahawa chia seed juga mampu mengurangkan tahap tekanan darah, fibrinogen dan protein C – reaktif.
Disebabkan khasiat-khasiat yang ada, ia amatlah digalakkan untuk dimasukkan ke dalam diet harian anda. Namun, sekiranya anda mempunyai apa-apa penyakit, anda perlu terlebih dahulu berunding dengan pakar kesihatan.
Selain itu, Spoon Health Chia Seed juga disahkan organik tanpa bahan pengawet, bukan GMO, bebas gluten dan mesra vegan. Jadi anda tidak perlu risau ya!
Fakta Mengenai Spoon Health Chia Seed

Tahukah anda, chia seed keluaran Spoon Health ini diimport daripada Bolivia, Amerika Selatan?
Produk ini telah memperoleh CERES (Certification of Environmental Standards GmBH) dari Program Organik Nasional AS dan diperakui sebagai USDA organik tanpa proses penapisan atau racun perosak yang terlibat.
Chia seed Spoon Health adalah selamat dan bebas gluten serta sesuai untuk diet vegan. Tidak mengandungi pengawet tambahan atau apa-apa bahan tambahan yang dapat mengurangkan keaslian biji chia ini.
Kandungan nutrisinya ditentukan oleh waktu dan suhu cahaya matahari. Oleh itu, tidak semua biji chia adalah sama. Secara umumnya, biji hitam dan putih adalah lebih baik daripada biji yang belum matang yang berwarna coklat atau merah. Dan, chia seed Spoon Health adalah berwarna hitam.
Lebih daripada separuh lemak dalam Spoon Health Chia Seed ini adalah berasaskan sumber tumbuhan Omega-3 (ALA, alpha linolenic acid) yang memerlukan beberapa langkah penukaran menjadi EPA dan DHA.
Di EU, EFSA meluluskan chia sebagai bahan makanan dalam produk bijirin sarapan pada tahap 10% pada tahun 2013. Manakala, di Malaysia, kerana biji chia dianggap sebagai produk makanan, tidak ada syarat untuk mendaftar di bawah BPFK serta diperakui Halal.
Cara Pengambilan Yang Disyorkan
Tidak ada jumlah yang tepat mengenai berapa biji yang perlu dimakan setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh setiap orang akan berbeza-beza. Mengikut garis panduan pakar, pengambilan 15-20 gram (2-3 sudu besar) biji chia setiap hari akan dapat memenuhi keperluan Omega 3 anda.
Walaupun sedikit kajian telah dilakukan mengenai kesan biji chia pada ibu hamil dan ibu yang menyusui, namun pengambilan biji chia lebih selamat daripada suplemen-suplemen yang berdos tinggi.
Tips Untuk Anda!
- Spoon Health Chia Seed ini mampu menyerap kelembapan dalam badan seperti span. Oleh itu, minum air secukupnya adalah merupakan petua terpenting ketika anda mengambil chia seed ini untuk mengelak kesan sampingan seperti sembelit dan najis yang keras.
- Masa rendaman minimum untuk chia seed adalah sekitar 10-15 minit dan, nisbah chia seed dan air yang disarankan adalah sekitar 1: 9.
- Disebabkan jumlah Omega 3 yang tinggi terdapat dalam chia seed ini; ia berfungsi sebagai pencair darah. Oleh itu, orang yang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin, yang dijadualkan untuk pembedahan harus mengelakkan makan sejumlah besar chia seed kecuali setelah berunding dengan doktor.
Kajian juga mendapati bahawa chia seed memiliki kemampuan untuk menurunkan tekanan darah diastolik (DBP), oleh itu sebelum mengamalkannya anda perlu meminta nasihat pakar terlebih dahulu.
- Taburkan sedikit sahaja chia seed pada makanan anda atau larutkan dalam minuman untuk menikmati hidangan yang berkhasiat.
- Elakkan membeli mana-mana chia seed yang diiklankan mempunyai kekuatan tinggi vitamin atau mineral tertentu. Kemungkinan besar produk tersebut telah diperkaya dengan kandungan tertentu atau merupakan produk GMO.
Kesimpulan
Pengambilan chia seed dalam kehidupan seharian dapat memberi manfaat yang banyak untuk kesihatan anda. Jangan ragu-ragu, mulakan pengambilan chia seed sekarang untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.
Selamat mencuba!