Now Reading
Spring Roll Dengan Sos Cili Thai

Spring Roll Dengan Sos Cili Thai

Spring roll Dengan Sos Cili Thai

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulitisi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng.

Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap. Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng.

Anda mahukan keenakan spring roll tanpa minyak sewaktu menggoreng? Versi spring roll ini mengandungi 17g protein bagi setiap hidangan dan hanya 10 gram lemak termasuklah sos pencecahnya!

  • Masa penyediaan: 30 minit
  • Masa memasak: 20 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 20 gulung

Peralatan yang diperlukan:

  • Ketuhar
  • Kuali

Bahan- Bahan:

Bahan bagi menyediakan spring roll:

  • 1 sudu besar kicap soya (pilih kurang lemak)
  • 2 sudu besar minyak bijan bakar
  • 1/2 sudu besar halia, diparut
  • 400g tauhu kental, dipotong 3” panjang dan 1” lebar
  • 250g juliet spring roll
  • 250g suhun
  • 2 tangkai bok choy, dicincang
  • 1 helai daun bawang
  • 2 batang lobak merah sederhana, dihiris panjang
  • 1 biji lada, dihiris nipis
  • 150g cendawan, dihiris nipis
  • 1 sudu besar bawang putih cincang

Bahan bagi penyediaan sos thai:

  • 1/2 cawan cuka atau cuka epal
  • 1 sudu besar minyak bijan bakar
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar halia parut
  • 1 tangkai cili merah, dibuang biji dan dicincang halus

Cara penyediaan:

Cara menyediakan inti:

1.Campur kicap bersama halia dan  dan 1 sudu minyak bijan

2. Masukkan tauhu ke dalam campuran kicap dan perlahan-lahan sebatikan semua bahan. Ketepikan dan perap selama 10 minit. Kemudian, tapis cecair dan simpan untuk digunakan dalam masakan.

3. Masak tauhu yang telah diperap dalam kuali tidak melekat atau kuali yang besar di atas api sederhana.

4. Goreng bok choy, bawang besar, lobak merah, cendawan, dan bawang putih sehingga 7 hingga 10 minit. Keluarkan bahan-bahan goreng, tapis minyak dan simpan.

5. Rendam suhun. Tapis suhun dan masukkan ke dalam periuk. Tuangkan minyak goreng sayur yang disimpan ke atas bihun dan sebatikannya.

6. Panaskan ketuhar hingga 200°C. Lapiskan dengan 2 helai ‘baking sheet’ bersama foil aluminium dan sadurkan dengan semburan minyak masak.

Cara menyediakan spring roll:

1.  Bentangkan kulit dan letakkan suhun. Seterusnya, tambah sayur-sayuran goreng serta tauhu. Gulungkannya.

2. Sediakan gulungan-gulungan di atas ‘baking sheet’ dan lapiskan permukaan spring roll dengan minyak masak.

3. Bakar sehingga spring roll berwarna perang keemasan, selama kira-kira 20 minit.

4. Sementara itu, sediakan sos pencecah Thai dengan mencampurkan semua bahan-bahannya dalam sebuah mangkuk.

5. Hidangkan spring roll yang panas dengan lapisan sos Thai di bahagian atasnya.

Selamat mencuba!

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

error: Content is protected !!