Now Reading
Sri Damai Resort Pilihan Terbaik.

Sri Damai Resort Pilihan Terbaik.

Sri Damai Resort

Sri Damai Resort pilihan terbaik dan merupakan resort pertama yang menyediakan pakej cuti berasaskan flora dan fauna yang terletak di sepanjang Banjaran Titiwangsa dan Sungai Inki.

Resort ini terletak di Pasir Putih, Selangor dan telah beroperasi sejak tahun 2016  .

Dato’ Hj.Ruslee Bin Hj.Hashim  merupakan pengasas dan pemilik resort ini. Beliau yang telah banyak memberi sumbangan daripada mula awal pembinaan sehingga reka bentuk dalaman resort .

Selain itu, resort ini menyediakan 4 jenis penginapan iaitu  8 chalet, 7 asrama, 2 rumah rehat dan 2 rumah pokok. Ia juga merupakan tempat yang  sesuai dan menarik untuk mengadakan majlis-majlis luar seperti barbeku, perkahwinan dan ulang tahun.

Cara untuk sampai ke destinasi.

Anda perlu menaiki kenderaan untuk sampai ke resort sri damai.  Jarak hanya 5 KM dari Lebuhraya PLUS  jika anda masuk melalui Tol Tanjung Malim.

Masa operasi Sri Damai Resort.

Setiap hari kecuali hari Sabtu (cuti) bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 malam.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Sri Damai Resort

Anak sungai Sri Damai

Anak sungai ini cetek dan amat selamat untuk anak bermandi-mandian.

ATV

Anda boleh meronda-ronda untuk menikmati pemandangan di kawasan ini dengan menaiki ATV.

Pakej perkhidmatan ATV yang ditawarkan :

Pakej A – Ronda-Ronda Kampung (RRK)

Tempoh: 45 minit

Auto ATV : RM 80

Manual ATV : RM 50

Pakej B – Jauh Perjalanan Luas Pengalaman (JPLP)

Jarak : 5 Km

Auto ATV : 150

Manual ATV : RM 100

Bayaran dikenakan setelah anda tamat menggunakan ATV.

Memancing

Resort ini menyediakan kolam ikan untuk anda yang suka memancing. Anda diberi pilihan sama ada untuk memasak atau melepaskan ikan yang anda tangkap tapi dengan syarat anda perlu membayar harga ikan mengikut harga pasaran. Pancing juga ada disediakan untuk disewa.

Kolam renang

Anda boleh bermandi-mandian di kolam renang ini. Suhu yang sejuk menjadikan ia unik. Sumber air kolam renang ini adalah daripada air bukit. Kolam ini percuma bagi yang tinggal di resort.

Berbeku

Anda juga boleh berbeku pada malam hari. Anda boleh pilih sama ada menggunakan resepi anda atau menggunakan pakej yang ditawarkan.

Resort ini menyediakan dua pakej berbeku iaitu pakej BBQ dan pakej kambing bakar.

Harga yang ditawar sangat berbaloi dan memuaskan.

‘jungle tracking’ dan menyeberang sungai

Anda juga boleh menyertai aktiviti lasak dan mencabar seperti ‘jungle tracking’ dan menyeberang sungai. Pelbagai cabaran akan anda hadapi.

Perkara penting, anda perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti, bayaran yang dikenakan sebanyak rm20 untuk seorang.

Bukan setakat merasai nikmat bunyi kekicauan burung malahan anda dapat menghidup udara segar, anda juga akan dihidangkan dengan ilmu alam flora dan fauna.

Aktiviti berbasikal

Jika anda ingin mengeluarkan peluh dengan aktiviti fizikal ,anda boleh menaiki basikal. Jika anda tidak membawa basikal anda boleh menggunakan Perkhidmatan sewa basikal . Bayaran rm5 untuk sejam untuk penggunaan basikal.

Antara kemudahan yang disediakan.

Resort ini menyediakan surau solat berjemaah  dan makanan juga ada disediakan di kafe dengan harga yang berpatutan.

Antara kemudahan yang disediakan:

  1. Dewan solat al-hidayah
  2. Tapak perkhemahan
  3. Dewan terbuka
  4. Tempat letak kereta
  5. Katil tambahan

Antara acara dan majlis yang pernah diadakan

  1. Majlis perkahwinan
  2. Hari sukaneka
sri damai resort

Tempat penginapan yang disediakan di Sri Damai Resort

Resort ini menyediakan kelengkapan wajib terutama untuk yang beragama islam. Seterika dan sejadah solat disediakan.

Antara tempat penginapan yang disediakan adalah:

Chalet:

Chalet Eksekutif Sri Damai

  • Kemudahan yang disediakan oleh chalet adalah katil bersaiz ‘queen’ ,penghawa dingin, televisyen, pemanas air, almari dan kipas.
  • Boleh memuatkan 2 hingga 5 orang.
  • Mempunyai beranda dan bilik air di dalam bilik.
  • RM 300 untuk semalaman

Chalet Sri Kempas

  • Kemudahan yang disediakan di chalet ini adalah sebuah katil bersaiz ‘king’, sebuah katil bujang, kipas dan balkoni.
  • Sesuai bagi keluarga kecil kerana boleh memuatkan 3 hingga 5 orang
  • Suhu bilik ini sentiasa sejuk. Dindingnya diperbuat daripada tanah liat.
  • Bilik air ada ‘shower’.
  • Harga yang ditawarkan adalah RM300.

Chalet Sri Balau

  • Terletak di tepi kolam ikan dan sangat sesuai bagi kaki pancing.
  •  Boleh memuatkan 2 hingga 3 orang.
  • Terletak berhampiran kolam renang.
  • Kemudahan seperti sebuah katil bersaiz ‘queen’ ,kipas dan balkoni.
  • Harga yang ditawarkan adalah RM150.

Chalet Sri Cengal

  • Sesuai untuk pengunjung yang datang berkumpulan
  •  Boleh memuatkan 4 hingga 6 orang.
  • Harga yang ditawarkan adalah RM320.
  •  Bilik air juga disediakan.

Chalet Inap Nibong

  • Chalet ini menyediakan 2 buah tilam bujang, kipas  dan balkoni.
  • Boleh memuatkan 2 hingga 3 orang.
  • Bilik air tidak disediakan kerana lokasi terletak berhampiran anak sungai Damai.
  • Harga yang ditawarkan adalah RM180.

Asrama:

Asrama Eksekutif Sri Damai

  • Sesuai untuk yang datang berkumpulan
  • Boleh memuatkan 8 orang.
  • Bilik air, almari, televisyen, dan penghawa dingin disediakan.
  • Sebuah  katil bersaiz ‘queen’ dan 3 katil bertingkat .
  • Bayaran yang dikenakan adalah RM 400 semalaman.

Asrama Sri Nyatoh

  • Boleh memuatkan 4 hingga 5 orang.
  • Bilik air ada disediakan.
  • Bayaran yang perlu di bayar adalah RM180 untuk semalaman.
  • Kipas ada di sediakan.

Asrama Bunga Raya

  • Asrama ini sesuai untuk pengunjung yang datang dalam kumpulan besar.
  • Memuatkan 40 orang
  • Bilik air juga disediakan.
  • TV dan ASTRO juga ada
  • Kipas ada disediakan.
  • Bayaran yang dikenakan adalah RM 1600 untuk semalaman.

Rumah rehat:

Rumah Rehat Eksekutif Sri Damai

  • Boleh memuatkan 6 hingga 12 orang.
  • Mempunyai sebuah ruang tamu dengan set TV dan 3 buah bilik.
  •  Dapur yang disertai peti ais dan meja makan juga disediakan.
  • Bayaran yang dikenakan adalah RM 400.

Rumah Rehat Sri Anggerik

  • Terletak berdekatan kawasan rusa.
  • Memuatkan 4 hingga 6 orang.
  • Bayaran yang dikenakan adalah rm450.

Rumah Rehat Inap Sri Alam

  • Terletak berdekatan dengan anak sungai Sri Damai.
  •  Mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu dan 1 dapur.
  • Boleh memuatkan 12 hingga 15 orang untuk sebuah unit.
  • Bayaran untuk semalaman adalah RM 1000.

Informasi tambahan

Jika anda ingin membuat sebarang tempahan, anda boleh hubungi secara langsung di bawah:

Alamat:

Sri Damai Resort, 640 Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor.

No. Telefon: +6013-3592260 (Mrs. Najihah)

Facebook : Sri Damai Resort

Kesimpulannya, anda harus menghabiskan percutian bersama keluarga anda di Sri Damai Resort, Selangor. Pelbagai aktiviti disediakan dan sesuai untuk peringkat umur. Bayaran yang dikenakan berpatutan.

Bagi yang beragama Islam, resort ini adalah pilihan tepat sebagai destinasi mesra muslim. Oleh itu, anda harus memilih destinasi ini untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga dan teman sepasukan.

Sumber:

https://sites.google.com/view/sridamairesort/home

https://portcuti.com/resort/sri-damai-resort.html

https://dapnyatv.com/listings/sri-damai-resort/

error: Content is protected !!