Now Reading
12 Status Poslaju Parcel Hub Yang Harus Diketahui

12 Status Poslaju Parcel Hub Yang Harus Diketahui

poslaju parcel hub

Pada zaman sekarang ini,pasti ramai yang menggunakan khidmat poslaju untuk membeli barang secara online. Tetapi, tahukah anda maksud disebalik status poslaju setelah anda membeli barang ? Disini kami terangkan tentang status Poslaju Parcel Hub yang perlu anda tahu.

Pos Malaysia Stops Delivery For International Mail And Parcel Starting From  30th March 2020 - Penang Foodie

Maksud status Poslaju Parcel Hub yang harus diketahui bila shopping online

  • Status 1 – Item posted over the counter

Bungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru sahaja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem supaya anda dapat menyemak status barang yang dibeli ketika shopping online.

  • Status 2 – Consignment received and processed from posting at Post Offices

Bungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima.

  • Status 3 – Item dispatched out

Bungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.

  • Status 4 – Item processed

Bungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.

  • Status 5 – Consignment dispatch out from Transit Office

Bungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

  • Status 6 – Arrive at delivery facility

Bungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.

  • Status 7 – Item out for delivery

Bungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima.

  • Status 8 – Item can be collected at

Bungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.

  • Status 9 – Item delivered to

Bungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.

  • Status 10 – Item posted after cut off time

Bungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

  • Status 11 – Item delivered to mail drop

Bungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.

  • Status 12 – Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available

Bungkusan tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh ambil terus dari pejabat pos yang terlibat.

Akhir sekali, jangan lupa untuk menyemak bungkusan anda apabila anda menerimanya. Diharapkan pihak pembeli dapat bersabar ketika musim pembelian online yang tinggi kerana Poslaju terpaksa mengendalikan bungkusan yang banyak di Poslaju Parcel Hub.

Jangan cepat melatah dan boleh terus ke Pejabat Pos sekiranya barangan anda hilang atau untuk mendapatkan status Poslaju Parcel Hub. Semoga bermanfaat!

SUMBER

wanista.com/2018/156135/jangan-keliru-ini-10-maksud-status-tracking-poslaju/

https://blog.maukerja.my/ms/13887/maksud-disebalik-status-tracking-poslaju-no-10-tu-mesti-ramai-tak-tahu

error: Content is protected !!