Now Reading
Sukan SEA Filipina 2019: Atlet Malaysia turut terkena kesan dengan wabak polio

Sukan SEA Filipina 2019: Atlet Malaysia turut terkena kesan dengan wabak polio

wabak polio

Pada 19 September 2019 yang lalu, wabak polio telah diisytiharkan melanda negara Filipina. Kanak-kanak di Filipina yang dijangkiti penyakit ini berisiko untuk lumpuh sepanjang hayat. Setakat ini, dua kes kematian telah dilaporkan yang berpunca daripada vaksin poliovirus jenis 2 (vaccine-derived poliovirus type 2 – VDPV2).

Wabak polio atau poliomyelitis adalah jangkitan virus polio yang boleh merosakkan sistem saraf pusat. Ia selalunya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun namun boleh juga berlaku pada golongan dewasa.

Isu ini membimbangkan kerana ianya menjejaskan Sukan SEA Filipina yang telah berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember ini. Sukan yang diadakan secara besar-besaran ini menerima kehadiran kira-kira lebih 8 ribu atlet dari 11 negara yang ikut bertanding.

Jadi, kebanyakan negara ini sudah mengambil langkah tambahan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan atlet mereka terjaga. Ini termasuklah juga negara kita yang mewajibkan semua atlet dan pegawai yang menghadiri Sukan SEA Filipina untuk mengambil suntikan bagi wabak polio sebelum berlepas ke sana. Arahan itu diterima daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab dengan Sukan SEA Filipina sebagai langkah berjaga-jaga.

Atlet juga telah mengambil suntikan demam campak, beguk dan rubela memandangkan penularan wabak demam campak juga dilihat serius di Filipina.

JADI,

Jika anda ingin melawati negara Filipina dalam masa terdekat, pastikan anda berjumpa dengan doktor dan meminta nasihatnya tentang wabak polio ini terlebih dahulu. Dapatkan suntikan yang bersesuaian agar anda dilindungi daripada dijangkiti penyakit ini. Jangan pandang remeh tentang hal ini kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat atau dicegah lebih awal.

SUMBER

https://www.thestar.com.my/sport/others/2019/11/21/sea-games-bound-contingent-will-get-vaccinated-for-polio-today

https://www.who.int/westernpacific/emergencies/polio-outbreak-in-the-philippines

https://www.healthline.com/health/poliomyelitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/155580

error: Content is protected !!