Sukaneka adalah aktiviti yang kebiasannya dilakukan oleh kanak-kanak perempuan mahupun lelaki namun orang dewasa juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukaneka ini jika dianjurkan oleh komuniti tempat tinggal mereka.
Antara objektif sukaneka adalah untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Sukaneka yang sering dikaitkan oleh murid-murid prasekolah mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam Pendidikan Jasmani Fizikal murid-murid ini.
Aktiviti sukan ini mampu menghiburkan di samping mengeluarkan peluh dan memupuk semangat bersatu padu dalam pasukan bagi memenangi pertandingan. Ini secara tidak langsung membantu dalam perkembangan tumbesaran kanak-kanak dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
1. Sumpit pingpong
Cara bermain: Bola pingpong akan digunakan dalam sukaneka ini. Bola pingpong akan diletakkan di atas bekas yang tinggi seperti tin biskut dan peserta perlu menggunakan straw, kacang hijau atau sumpit bola pingpong hingga terjatuh bola tersebut dalam masa 1 minit. Kumpulan yang paling banyak jatuhkan bola pingpong dikira sebagai pemenang.
Peserta: 3-4 orang satu kumpulan
Bahan diperlukan: Kacang hijau, straw, bekas bulat, bola pingpong
2. Terbalikkan sudu masuk ke dalam besen
Cara bermain: Peserta perlu menterbalikkan sudu sehingga masuk ke dalam besen dengan syarat jarak antara sudu kuah dengan besen adalah 30cm. Hanya dua kali percubaan sahaja seorang. Kumpulan yang paling banyak menterbalikkan sudu kuah ke dalam besen dikira sebagai pemenang.
Peserta: 3-4 orang satu kumpulan
Bahan diperlukan: Besen, sudu kuah
3. Cari gula-gula dalam tepung
Cara bermain: Untuk memenangi pertandingan ini peserta perlu mencari gula-gula yang berada di dalam tepung dan dimasukkan dalam mangkuk dalam masa 1 minit. Peserta yang paling banyak gula-gula dalam mangkuk dikira sebagai pemenang.
Peserta: Seramai yang ada
Bahan diperlukan: Tepung, piring kertas/ pinggan plastik, gula-gula, mangkuk plastik kecil
4. Lari dalam karung
Cara bermain: Para peserta akan berdiri di hadapan karung masing-masing pada jarak 2 meter. Apabila isyarat dibunyikan, para peserta akan berlari menuju ke karung masing – masing dan masuk ke dalam karung. Mulut guni ditarik ke paras pinggang sambil kaki melangkah cepat (berlari) di dalam karung dan menuju ke garisan penamat.
Peserta: Semua
Bahan diperlukan: Karung, landasan larian
5. Alih getah pakai straw
Cara bermain: Keluarkan getah dari dalam mangkuk serta passkan kepada ahli kumpulan dengan hanya menggunakan straw di mulut dalam masa 3 minit sahaja. Getah yang paling banyak terdapat pada peserta yang paling hujung dikira sebagai pemenang
Peserta: Semua
Bahan diperlukan: Straw, mangkuk plastik, getah
Aktiviti permainan sukaneka yang di jalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak – kanak tersebut aktif dan tidak hanya menghadap gadjet seperti telefon pintar untuk bermain game.
Sumber:
https://www.raihanjalaludin.com/2017/06/15-aktiviti-sukaneka-yang-awesome.html
http://www.cinqleafclover.com/2019/01/15-idea-sukaneka-untuk-hari-sukan-team.html
https://www.youtube.com/watch?v=pYb1Z4cm0Yc
http://ohpida.blogspot.com/2012/10/majulah-sukan-untuk-negara-sukaneka.html
https://www.nanyfadhly.com/2017/04/meriahnya-hari-sukan-sekolah-integrated.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2014/09/toing-toing-toingpandainya-ayyunie-lari.html