Now Reading
Kegunaan Suntikan Typhoid, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan Dan Lain-lain.

Kegunaan Suntikan Typhoid, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan Dan Lain-lain.

suntikan typhoid

Suntikan typhoid boleh mencegah tipoid. Terdapat 2 vaksin untuk mencegah tipoid. Pertama sekali adalah vaksin yang tidak aktif (tidak hidup) diberikan sebagai suntikan.

Manakala satu lagi vaksin adalah vaksin hidup yang dilemahkan yang perlu diambil secara oral (melalui mulut).

Kegunaan

Vaksin digunakan untuk membantu mencegah jangkitan iaitu demam typhoid yang disebabkan oleh sesetengah bakteria iaitu (Salmonella typhi). Seseorang individu boleh dijangkiti melalui makanan yang tercemar atau minum minuman yang tercemar.

Vaksin ini dicadangkan pada individu yang berusia 6 tahun ke atas yang melancong ke negara yang berlakunya demam tipoid (seperti Amerika Selatan dan Amerika Tengah, Afrika dan Asia) yang terdedah pada seseorang yang menghidapi jangkitan typhoid atau berkerja dengan bakteria di dalam makmal.

Cara Penggunaan

Anda perlu mendapatkan vaksin sekurang – kurangnya 1 hingga 2 minggu sebelum lawatan anda dijadualkan atau sebelum anda terdedah kepada tipoid.

Suntikan typhoid adalah disarankan pada kanak – kanak dan individu dewasa yang mengalami keadaan berikut :

  • Individu yang melancong ke negara di mana berlakunya demam tipoid
  • Individu yang akan terdedah pada makanan atau minuman yang tercemar dengan tipoid dalam jangka masa yang panjang
  • Individu yang bekerja dengan seseorang yang menjadi pembawa tipoid
  • Pekerja makmal yang bersentuhan dengan Salmonella typhi di dalam suasana kerja

Vaksin ini diberikan dalam bentuk suntikan pada otot. Anda akan menerima suntikan typhoid ini di bilik doktor atau di klinik.

Suntikan typhoid diberikan sebagai satu suntikan. Dos tambahan digalakkan pada setiap 2 tahun ketika sebarang kemungkinan terdedah pada typhoid. Jadual tambahan individu adalah berbeza daripada panduan yang diberi.

Ikut setiap arahan doktor anda atau jadual yang disyorkan oleh Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Basuh tangan dengan kerap untuk membantu mencegah tipoid apabila anda berada di kawasan di mana pencemaran berlaku.

Langkah Berjaga – Jaga dan Amaran Penggunaan

Sebelum mengambil vaksin typhoid, beritahu pada pakar perubatan anda tentang apa yang anda alergik atau jika anda mempunyai sebarang alergik.

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif di mana boleh menyebabkan reaksi alergik atau masalah lain. Bercakaplah dengan pakar perubatan anda untuk informasi yang lebih lanjut.

Sebelum mengambil vaksin ini, beritahu doktor anda tentang sejarah perubatan anda terutama : demam atau sakit ketika itu, masalah perut ketika itu (seperti cirit birit atau muntah yang tidak hilang), gangguan sistem imun (seperti disebabkan oleh jangkitan HIV, sesetengah kanser seperti leukemia atau lymphoma, rawatan radiasi atau kanser).

Ketika hamil, suntikan ini hanya diambil apabila betul – betul diperlukan. Berbincanglah tentang risiko dan kebaikan suntikan typhoid dengan pakar perubatan anda.

Ia tidak diketahui jika vaksin ini mempengaruhi susu badan. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum menyusu badan.

Kesan Sampingan

  • Sakit selepas disuntik, kemerahan atau bengkak pada tempat disuntik, demam dan sakit kepala dan rasa ketidakselesaan boleh berlaku selepas suntikan typhoid (tidak aktif)
  • Demam, sakit kepala, sakit abdomen, cirit birit, mual dan muntah boleh terjadi selepas vaksin typhoid hidup

Sesetengah individu mungkin pengsan selepas prosedur perubatan termasuklah vaksin. Beritahu pakar perubatan anda jika anda berasa pening atau penglihatan anda berubah atau telinga rasa berdesing.

Seperti mana-mana ubat, ada kemungkinan kesan sampingan yang jarang berlaku di mana vaksin menyebabkan reaksi alergi yang teruk, kecederaan serius, atau kematian.

Selain kesan sampingan yang diperlukan, vaksin boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Meskipun tidak semua kesan sampingan akan berlaku, jika ia berlaku ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Penting untuk memberitahu doktor anda tentang sebarang kesan sampingan yang berlaku selepas suntikan typhoid meskipun kesan sampingan tersebut hilang tanpa rawatan.

Sesetengah jenis kesan sampingan bermaksud anda tidak sepatutnya menerima dos tambahan vaksin typhoid. Periksa dengan doktor anda segera jika sebarang kesan sampingan berikut berlaku selepas mengambil vaksin tidak aktif :

Jarang berlaku

  • Kesukaran untuk bernafas atau menelan
  • Gegata
  • Gatal – gatal, terutama pada kaki dan tangan
  • Kulit kemerahan terutama di sekitar telinga
  • Bengkak pada mata, muka atau di dalam hidung
  • Rasa penat dan lemah yang tidak normal (tiba – tiba dan serius)

Kontrandikasi

– Suntikan typhoid (vaksin tidak aktif)

  • Tidak sepatutnya diberikan pada kanak – kanak berusia bawah 2 tahun
  • Sesiapa yang mengalami reaksi serius disebabkan dos sebelumnya tidak sepatutnya mengambil dos tambahan lagi
  • Sesiapa yang mengalami alergik serius terhadap bahan – bahan di dalam vaksin

Beritahu doktor anda jika anda mengalami alergik yang serius.

– Vaksin typhoid hidup secara oral

  • Tidak sepatutnya diberikan pada kanak – kanak di bawah umur 6 tahun
  • Sesiapa yang mempunyai reaksi serius ketika dos sebelumnya tidak sepatutnya mengambil dos tambahan lagi
  • Sesiapa yang sakit yang serius atau sederhana pada ketika vaksin dijadualkan perlu tunggu sehingga pulih sebelum mengambil vaksin tersebut. Beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit yang melibatkan muntah dan cirit birit.
  • Sesiapa dengan sistem imun yang lemah tidak boleh mendapatkan vaksin ini. Mereka perlu mendapatkan suntikan typhoid. Termasuklah individu yang menghidapi HIV / AIDS atau penyakit lain yang mempengaruhi sistem imun, atau dirawat dengan ubat yang mempengaruhi sistem imun seperti steroid selama 2 minggu atau lebih, mempunyai kanser lain atau mengambil rawatan kanser dengan radiasi atau ubat.

Vaksin typhoid oral tidak sepatutnya diberikan sehingga sekurang – kurangnya 3 hari selepas mengambil sesetengah antibiotik. Bertanyakan pada doktor anda untuk informasi tambahan.

Interaksi

Interaksi ubat boleh mengubah bagaimana ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Artikle ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan termasuklah ubat yang dipreskripsikan atau bukan dipreskripsi dan produk herba. Kongsikan senarai tersebut pada doktor anda. Jangan mulakan, hentikan atau ubah dos mana – mana ubat anda tanpa kebenaran doktor anda.

Sesetengah produk boleh berinteraksi dengan vaksin ini termasuklah : antibiotik (seperti sulfonamides – sulfamethoxazole), ubat yang melemahkan sistem imun (seperti abatacept, tacrolimus, kimoterapi kanser, corticosteroids seperti prednisone), proguanil.

Dos

Dos yang biasa diambil individu dewasa untuk Typhoid Prophylaxis

0.5 ml, IM, sekali

Pengambilan imunisasi boleh diambil lagi pada setiap 2 tahun, dengan satu dos untuk pelawat yang terdedah berulang kali atau berterusan terhadap S.typhi.

Dos yang biasa diambil oleh kanak – kanak untuk Typhoid Prophylaxis

2 tahun ke atas

0.5 ml, IM, sekali

Suntikan typhoid boleh diambil lagi pada setiap 2 tahun, dengan satu dos untuk pelawat yang terdedah secara berulang kali atau berterusan terhadap S.typhi.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-166763/typhoid-vaccine-live-attenuated-oral/details

https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a607028.html

https://www.drugs.com/mtm/typhoid-vaccine-inactivated-injection.html

https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/vis/vis-statements/typhoid.html

error: Content is protected !!