Now Reading
Syafakallah: Maksud Dan Penggunaannya Dalam Kehidupan Seharian

Syafakallah: Maksud Dan Penggunaannya Dalam Kehidupan Seharian

syafakallah

Sebagai masyarakat muslim, kita tidak lari daripada menggunakan beberapa perkataan bahasa Arab dalam kehidupan seharian kita ketika berbual-bual, menegur orang dan sebagainya. 

Antara  perkataan bahasa arab yang lazim kita sebut dan dengar adalah, Assalamualaikum, Amin, InshaAllah, La tahzan, Zauj & Zaujah, Jazakumullah, Akhi, Ukhti, Ikhwan, Akhwat dan termasuklah perkataan Syafakallah ini.

Syafakallah ini termasuklah dalam bahasa arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang indah dan puitis serta mempunyai banyak makna samada secara tersirat atau tersurat. Satu perkataan bahasa Arab boleh membawa banyak erti yang berbeza bergantung pada penggunaan. Sedikit perbezaan dalam pengejaan perkataan mampu membawa erti yang lain dan jauh bezanya. 

Kemahiran berbahasa Arab adalah kemahiran yang amat digalakkan untuk dikuasai agar kita dapat memahami bacaan Al Quran dengan lebih jitu di samping meningkatkan nilai kemahiran komunikasi. Tidak dilupakan juga, ianya adalah bahasa syurga bagi umat Islam. Bahkan, terdapat banyak sekolah pada era ini yang memberikan pilihan kepada pelajarnya untuk mempelajari bahasa Arab sebagai subjek tambahan. Selain itu juga, terdapat beberapa sekolah yang membuat satu atau dua kelas khas, khusus bagi mempelajari bahasa Arab ini.

Adakah anda tahu maksud Syafakallah? Sebelum kita menggunakan sesuatu perkataan, sangat wajarlah untuk kita mengetahui maksud dan penggunaannya untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dalam penggunaan bahasa asing yang kita jarang gunakan dan bukan bahasa ibunda kita. Oleh itu, kita bolehlah menambah ilmu kita serba sedikit dengan mempelajari bahasa asing ini. Jadi, untuk artikel kali ini, kita akan fokus mempelajari perkataan “Syafakallah” dan perkataan – perkataan lain yang sama makna dengannya.

Teruskan membaca ya!

Contoh penggunaan Syafakallah: Sekiranya anda mendapat khabar dukacita tentang seseorang yang ditimpa musibah dari segi kesihatan atau sedang menghadapi kesakitan, maka ucapkanlah, syafakallah. Dalam erti kata yang lain, ia sebenarnya membawa maksud, “semoga cepat sembuh” ataupun “get well soon”.

Berikut ialah maksud perkataan Syafakallah dan penggunaanya:

Syafakallah membawa maksud; Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepadamu. Perkataan ini diucapkan untuk memberi doa kepada pesakit LELAKI. Apabila anda melawat seorang lelaki yang sedang sakit, anda boleh mendoakannya dengan ucapan yang ringkas ini. Penggunaan bagi lelaki dan wanita adalah berbeza dan itulah keistimewaan bahasa arab.

Anda juga boleh menyebut Syafahullah, yang bermaksud “semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya”, iaitu merujuk kepada orang yang ketiga. Untuk bilangan yang ramai pula, anda boleh menyebut Syafahumullah yang bermaksud “semoga Allah swt memberi kesembuhan pada kalian.”

Manakala untuk wanita, ucapan yang mempunyai maksud yang sama dengan Syafakallah adalah Syafakillah. Syafahallah pula membawa maksud, semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya (merujuk kepada orang ketiga, iaitu orang yang tiada ditempat kejadian), dan syafahunnallah pula bermaksud, semoga Allah swt memberi kesembuhan pada mereka. 

Secara ringkasnya; 

LELAKI

  1. Syafakallah – Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan kepadamu dan diucapkan untuk pesakit.
  1. Syafakumullah – Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan pada kalian dan diucapkan untuk pesakit.
  1. Syafahullah –  Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit.

PEREMPUAN

  1. Syafakillah –  Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padamu dan diucapkan untuk pesakit.
  1. Syafahunnallah –  Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan pada mereka dan diucapkan untuk pesakit. 
  1. Syafahallah –  Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit. 

Sila pastikan perbezaan maksud dan perkataan, seperti dia, kamu, mereka dan lain-lain sebelum anda menggunakannya. Sila ambil tahu bahawa penggunaan perkataan bahasa arab ini selalunya akan berbeza mengikut jantina lelaki dan wanita. Kadang kala perkataannya sama, tetapi cara sebutannya lain.

Akhir Kata

Anda boleh cuba menggunakan perkataan “Syafakallah” untuk mendoakan sesama rakan ataupun ahli keluarga yang ditimpa sakit. Dengan akhir kata ini, semoga perkongsian di atas kali ini dapat memberi anda ilmu baru serta menambah pengetahuan anda serba sedikit dan dapat mengetahui penggunaan perkataan Syafakallah dengan lebih jelas. 

Jangan lupa ya,

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!

Sumber: 

https://www.mywilayah.com/2019/11/maksud-perkataan-syafakallah-syafahallah.html

https://www.lamanfo.com/2020/07/maksud-perkataan-doa-syafakallah-dan.html

Maksud Sanah Helwah & Syafakallah

error: Content is protected !!