Pengenalan
Symbicort mengandungi gabungan ‘budesonide’ dan ‘formoterol’. ‘Budesonide’ adalah kortikosteroid yang mengurangkan keradangan di dalam badan manakala ‘formoterol’ pula adalah bronkodilator bertindak lama yang menenangkan otot saluran udara untuk memperbaiki pernafasan.
Kegunaan Symbicort
Symbicort digunakan untuk mengawal dan mencegah simptom (berdehit dan sesak nafas) yang terjadi disebabkan asma atau penyakit paru-paru (penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), yang melibatkan bronkitis kronik dan emfisema.
Ia mengandungi 2 ubat iaitu budesonide dan formoterol. Budesonide berfungsi untuk mengurangkan iritasi dan pembengkakan pada saluran pernafasan manakala formoterol berfungsi untuk menenangkan otot pada saluran pernafasan untuk memudahkan anda bernafas.
Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Symbicort
Ini bukanlah sejenis ubat untuk menyelamatkan pesakit. Ia tidak akan berfungsi dengan pantas untuk merawat asma atau serangan bronkospasme.
Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami masalah pernafasan yang semakin teruk, atau jika anda beranggapan bahawa ubat anda tidak berfungsi dengan baik.
Produk ini juga mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Kesan Sampingan Symbicort
Kesan sampingan biasa termasuklah:
- sakit kepala
- rasa tidak selesa pada tekak
- loya
- muntah
- perut tidak selesa
- cirit-birit
- sakit belakang
- hidung tersumbat
- sakit otot atau sendi
- perubahan suara
Beritahu doktor jika anda mengalami kesan sampingan Symbicort yang jarang berlaku tetapi serius seperti:
- tompok-tompok putih pada lidah atau mulut
- tanda-tanda jangkitan (seperti demam, sakit tekak yang berterusan)
- perubahan menta/ emosi(seperti kegelisahan)
- masalah tidur
- masalah penglihatan (seperti penglihatan kabur)
- peningkatan rasa dahaga atau rasa ingin kencing
- kekejangan otot
- terketar-ketar (tremor)
Ubat ini mungkin menaikkan tekanan darah anda. Periksa tekanan darah anda dengan kerap dan beritahu doktor jika tekanan darah anda adalah tinggi.
Seterusnya, ini bukanlah senarai lengkap semua kesan sampingan Symbicort yang boleh berlaku, jadi bertanyalah pada doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan yang tidak tersenarai di sini.
Kontraindikasi Symbicort
Penggunaan Symbicort dikontraindikasikan dalam keadaan berikut:
- Rawatan primer status ‘asthmaticus’ atau episod asma teruk ataupun COPD serius lain di mana rawatan intensif diperlukan.
- Hipersensitiviti terhadap salah satu bahan dalam Symbicort.
Interaksi Symbicort
Symbicort boleh berinteraksi dengan antibiotik, ubat anti kulat, perencat MAO, ubat anti-murung, beta-blocker, atau diuretik (pil air). Beritahu doktor tentang semua ubat yang anda ambil.
Interaksi ubat mungkin akan mengubah bagaimana ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius.
Artikel ini tidak mempunyai senarai lengkap interaksi ubat yang boleh berlaku, jadi berkongsilah senarai semua ubat yang anda ambil (termasuklah ubat preskripsi, bukan preskripsi dan produk herba) dengan doktor anda.
Jangan mula, henti atau ubah dos ubat anda tanpa mendapatkan kebenaran doktor anda.
Dos Symbicort
Dos Dewasa Biasa untuk Asma – Dikekalkan
Budesonide-formoterol 80 / 4.5 mcg dan 160 / 4.5 mcg:
- Dos yang disarankan: 2 sedutan secara oral dua kali sehari
- Dos maksimum: 2 sedutan dua kali sehari
Budesonide-formoterol 100/6 mcg dan 200/6 mcg:
- Pengunaan untuk asma dalam jangka masa yang lama: 1 hingga 2 sedutan secara oral sekali atau dua kali sehari. Dos dapat ditingkatkan buat sementara waktu sehingga 4 kali sedutan dua kali sehari.
- Penyelarasan asma dan terapi melegakan: 1 hingga 2 sedutan secara oral dua kali sehari, atau 2 sedutan sekali sehari.
Sumber: