Panadol Soluble adalah pelega kesakitan yang merawat kesakitan seperti sakit kepala, demam, selsema, sakit gigi, sakit otot dan senggugut.
Untuk melegakan kesakitan, ubat ini bekerja dengan merendahkan aktiviti molekul-molekul khas di dalam badan. Panadol Soluble juga boleh mengurangkan demam dengan meningkatkan kehilangan haba dari badan.
Dos Lazim Panadol Soluble
Sementara simptom masih lagi berlingkaran di dalam badan, dos Panadol Soluble bagi orang dewasa ialah 1000 mg setiap 4 – 6 jam (tidak lebih dari 4000 mg sehari).
Ia mempunyai jumlah dos maksimum dalam sehari iaitu sebanyak 4000 mg untuk orang dewasa. Biasanya ubat ini digunakan selama 3 hari untuk merawat demam dan 10 hari untuk merawat ketidakselesaan. Tambahan lagi, ia mengambil masa hanya 30 minit untuk mula bekerja.
Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk mengambil jenis extended-release bagi ubat ini untuk mengurangkan risiko kesan sampingan.
Ubatan extended-release mengekalkania pada kadar yang tetap di dalam badan anda untuk jangka masa yang lebih lama. Kecuali dinyatakan pada label atau nasihat dari doktor, jangan hancurkan atau kunyah ubat tersebut.
Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.
Dos Panadol Soluble untuk Kanak-kanak
Jika anda memberikan Panadol Soluble kepada anak anda, sila pastikan ubat tersebut khas untuk kanak-kanak. Jadikan berat badan anak atau umur sebagai penentu untuk dos yang sesuai daripada label produk sebelum memberikan ubat ini.
Umur | Tablet | Kekerapan |
12 tahun & ke atas | 1 -2 tablet (500 mg – 1000 mg) (dilarutkan ke dalam setengah cawan gelas) | Setiap 4 – 6 jam jika perlu (maksimum 8 tablet yang mengandungi 4000 mg paracetamol, dalam masa 24 jam) |
9 – 11 tahun | 1 tablet (500 mg) (dilarutkan ke dalam setengah cawan gelas) | Setiap 4 – 6 jam jika perlu (maksimum 4 tablet yang mengandungi 2000 mg paracetamol, dalam masa 24 jam) |
6 – 8 tahun | 1/2 tablet (250 mg) (dilarutkan ke dalam setengah cawan gelas) | Setiap 4 – 6 jam jika perlu (maksimum 2 tablet yang mengandungi 1000 mg paracetamol, dalam masa 24 jam) |
Ubat ini perlu di ambil secara oral sahaja dan pastikan anda tidak ambil melepasi kekerapan daripada setiap 4 jam. Perhatian khusus untuk kanak-kanak berumur 6 – 11 tahun, kalau kesakitan berlarutan lebih dari 3 hari, sila berjumpa dengan doktor.
Dos harian maksimum ikut berat badan adalah 60 mg/kg untuk sepanjang tempoh 24 jam dan dibahagikan kepada 10 – 15 mg/kg setiap dos. Juga, ubat ini tidak disyorkan kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun.
Kebaikan ubat yang dilarutkan
Lebih baik dan menyerap dengan lebih cepat
Pil mudah larut menghasilkan larutan yang lebih sedap di dalam air, soda dan jus buah. Ini adalah kerana tablet tersebut mempunyai asid buah yang organik.
Bahan-bahan di dalam tablet pepejal tradisional terurai dengan sangat perlahan di dalam badan, melambatkan atau mengurangkan penyerapan. Berbeza dengan ubat mudah larut apabila diletakkan di dalam air, bahannya diserap dengan cepat, teliti dan sama rata.
Ketekalan yang optimum
Kapsul atau pil pepejal tradisional akan ditelan dan dihantar ke dalam perut, di mana ia akan terurai secara beperingkat. Jangka masa pula bergaantung kepada aspek anatomi dan psikologi setiap oraang.
Bentuk dos pepejal akan terlarut sebahagiannya jika masa terlalu berlarutan dan ini boleh merengsakan membran mukus.
Kimia yang terkandung di dalam tablet mudah larut ini akan disebarkan sama rata dalam larutan, mencegah kepekatan local yang tinggi. Nisbah asid dan karbonat ubat mudah larut juga seimbang dan kestabilan tersebut dipanggil sebagai penyangga.
Peningkatan penggunaan cecair
Seorang dewasa sepatitnya minum 1.5 – 2 liter air setiap hari. Tablet mudah larut ini menyediakan pengambilan cairan tambahan yang juga penuh dengan nilai nutrisi.
Tambahan lagi, kehilangan cecair secara berlenihan akan berlaku melalui beberapa perkara macam aktiviti fizikal yang berat, cirit-birit atau suhu di musim panas. Tablet mudah larut ini boleh bantu mengekalkan bekalan cecair harian.
Kelebihan kalau susah nak telan ubat
Tablet atau kapsul pepejal sangat susah untuk ditelan oleh banyak orang. Untuk kategori ini, pil ini adalah pilihan yang sangat baik.
Kendali dan ukur jumlah yang tepat adalah mudah
Pil ini kena dilarutkan di dalam segelas air, soda atau jus buah. Macamtu je dah siap ubat yang sedap. Daripada kena larutkan serbuk atau biji-bijian, ini adalah faedah yang besar untuk anda.
Untuk dapatkan campuran yang seragam, kena ukur dulu serbuk, kemudian kacau untuk beberapa kali sebelum boleh minum. Tapi dengan ubat mudah larut ini, dosnya dah tetap. Kuantiti cecair berubah, ikut penyesuaian rasa berdasarkan pilihan anda sendiri.
Fungsi Panadol Soluble
Paracetamol ialah komponen aktif di dalam ubat ini. Ia digunakan untuk merawat kesakitan dan ketidakselesaan yang berpunca dari:
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Senggugut
- Sakit gigi
- Sakit migrain
- Demam dan selsema
- Sakit kepala ketegangan
- Demam juga berkurangan oleh kerana paracetamol
- Paracetamol bekerja dengan menghalangi tanda-tanda daripada sampai ke bahagian otak. Juga dapat kurangkan demam dengan bertindak pada otak.
Ramai saja orang yang tidak boleh nak telan ubat pil bila dah tiba masa untuk makan ubat. Walau pil yang paling kecil sekalipun, asyik-asyok tersangkut dekat tekak je. Oleh dari itu, Panadol Soluble mungkin penyelesaian yang terbaik untuk masalah sebegini.
Dengan perisa lemon yang sedap di dalam setiap tablet, makan ubat dah tak susah lepasni. Boleh kurangkan demam, sakit tekak dan sakit otot secepat mungkin.