Now Reading
Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Jika anda yang sukakan aktiviti luar atau lasak seperti berkhemah, jungle tracking dan sebagainya, Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang merupakan pilihan destinasi yang tepat.

Sedikit Info Mengenai Taman Negara Pulau Pinang

  • Taman Negara Penang terletak dipinggir Timur Laut Pulau Pinang, berdepankan Selat Melaka. Jarak dari Kuala Lumpur hanya sejauh lebih kurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari Bandar Georgetown. Penang. 
  • Taman Negara Pulau Pinang bersempadankan dengan kawasan metropolitan dengan keluasan 1200 ribu hektar meliputi hutan pantai dan bukit malahan  taman ini kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya diperlindungi dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh, hutan ini dibezakan dengan 5 habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik meromiktik, pantai penyu bertelur, tanah lembap, pelantar lumpur dan batu karang. 
  • Terletak bersebelahan di pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1266 ribu hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, pantai, paya bakau dan juga pesisiran pantai berbatu.  Luas taman adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. 
  • Banyak spesies flora dan fauna termasuk spesies yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus ada di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar pulau pinang.
  • Terdapat banyak tempat untuk berswafoto disini, jika anda suka memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi di sini adalah tempatnya. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, hutan dan kolam meromiktik.

Disini ada pejabat jabatan perhilitan, di mana sekiranya anda ingin ke Hutan Taman Negara, pengunjung haruslah mendaftarkan diri terlebih dahulu. Terdapat dua cara untuk jalan-jalan atau menerokai hutan di sini, iaitu melalui jalan darat dan jalan air. Pintu masuk ke Taman Negara adalah melalui Telok Bahang, iaitu di penghujung jalan Batu Feringgi. Tibanya di pintu masuk, pengunjung boleh berjalan di rentis ataupun boleh menaiki bot di jeti kampung nelayan Telok Bahang untuk sampai di kawasan kemudahan taman negara. 

Di dalam Bangunan Perhilitan ini ada juga ditempatkan geleri mengenai Taman Negara Teluk Bahang, para pengunjung bolehlah melawat ke galeri itu disini, untuk melawat tiada bayaran dikenakan.

Gambar diatas adalah antara peraturan yang harus diikuti sepanjang berada di taman negara, ini penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang perkara di luar jangkaan berlaku dan untuk memastikan keselamatan para pengunjung, yang paling penting adalah tidak mengganggu dan merosakkan ekosistem di taman ini.

Note paling penting: 

TOLONG JAGA KEBERSIHAN DAN JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA 

Ok, kita semua pun sudah tahu serba sedikit mengenai taman negara, cara dan pengangkutan untuk ke sini, seterusnya kami bawakan anda ke dalam taman negara untuk menerokai keindahan dan kecantikan hutan ini. Bagi anda yang suka jungle tracking, ini bukan satu masalah yang besar bagi anda kerana laluan trex perjalanan adalah disediakan. Pastikan anda mengikut arah tanda jalan yang betul, jika anda pertama kali ke sini bolehlah menggunakan perkhidmatan pemandu arah. 

Pelbagai kemudahan telah disediakan kepada pengunjung sepanjang  perajalanan, jadi anda tidak perlu khuatir dengan kemudahan asas. Di sini juga banyak disediakan tempat-tempat rehat di setiap perhentian. Antara kemudahan lain tapak perkhemahan, tandas dan trek laluan. 

Sepanjang  perjalanan ke dalam hutan ini, anda akan menemui pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok yang mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik di sekitar taman ini, seperti Rumah Api, Sungai Tukun, Teluk Aling dan banyak lagi. Di sini juga ada pusat pembiakan penyu. Kamj mencadangkan anda bermalam di sini ataupun datang pada awal pagi supaya anda tidak terlepas untuk berkunjung ke semua tempat berikut, rancanglah masa perjalanan anda dengan bijak, untuk memudahkan anda semua melawat tempat-tempat disini.

Ada banyak Info menarik mengenai Kawasan disini antaranya ialah:

Keluasannya hanyalah 2,500 ribu hektar dan diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 2003. Ia turut mempunyai lebih 40 spesies burung seperti burung raja udang, helang dan banyak lagi. 

Disini juga terdapat sebuah tasik yang mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut masin di lapisan bawah. Tasik Meromiktik terletak di pantai Kerachut dan fenomena dua lapisan air itu hanya berlaku sekitar April dan Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya. 

Ketika fenomena berkenaan berlaku, air di tasik seluas 2.7 kilometer persegi itu dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam. Tasik itu akan kering semula apabila perubahan musim monsun barat daya kepada monsun timur laut sekitar Oktober setiap tahun. Kesempatan itu digunakan pengunjung untuk mandi-manda kerana dipercayai air tasik itu mengandungi khasiat yang tersendiri. 

Tambahan pula, keunikan tasik itu hanya terdapat di pulau ini dan Australia. Selain keunikannya, taman negara itu yang turut dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’ menawarkan pemandangan alam semula jadi menarik pada waktu senja menjadi tumpuan penyu untuk mendarat. Antara spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi itu termasuk penyu agar (chelonia) dan penyu lipas (mydas). 

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di taman ini sama ada secara individu atau berkumpulan membabitkan aktiviti mendaki bukit, merentas hutan berenang, memancing, memerhati hidupan liar dan berkhemah. Kemudahan yang disediakan juga lengkap termasuk tandas, dewan, surau, bilik mandi, tapak perkhemahan, dapur memasak dan pondok wakaf. 

Cara untuk anda datang ke sini. 

Kereta dan bot. Terdapat dua pintu masuk ke taman negara ini, satu di Kuala Sungai Pinang menggunakan bot. Satu lagi di Teluk Bahang, menggunakan kereta. Kawasan ini hanyalah 45 minit menggunakan jalan raya dari bandaraya George Town. Pintu masuk pertama ialah dari Teluk Bahang. Anda juga boleh menggunakan bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Ataupun boleh menaiki bas Rapid Penang 101 terus ke sini. 

Pengunjung dinasihatkan tinggal di hotel berdekatan seperti di sekitar Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Selain itu, pengunjung yang ingin berkhemah di sini perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan. Program hujung minggu serta perkemahan turut dianjurkan oleh Taman Negara untuk para pelajar 

SUMBER:

http://diarisiketambatu.blogspot.com/2016/12/taman-negara-pulau-pinang-penang_1.html?m=1

https://www.sobriyaacob.com/2011/10/jom-ronda-ronda-di-pulau-pinang-part-3.html?m=1

error: Content is protected !!