Now Reading
Taman Permainan Mesra Keluarga di KL dan Selangor

Taman Permainan Mesra Keluarga di KL dan Selangor

taman permainan

Taman permainan praktikal di Malaysia berteknologi maju dan unik. Ia dibina untuk beradaptasi dengan tingkah laku pemain.

Keseronokan bermain di taman permainan dapat merangsang rasa ingin tahu untuk meneroka dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Di samping itu, ia dapat menguatkan tubuh badan secara fizikal sambil memupuk hubungan sosial yang positif

Sebab utama mengapa ada di antara kita banyak menghabiskan masa di taman permainan adalah untuk berseronok mengeluarkan peluh. Ada juga yang ingin hilangkan stress. Kemeriahan ketika berada di sana membuat anda lupa akan masalah kehidupan.

TAMAN PERMAINAN TERBUKA

  • ESCAPE PETALING JAYA

ESCAPE merupakan destinasi yang menarik yang dibina dalam suasana semula jadi. Konsep yang diterap oleh ESCAPE adalah imbauan dari masa lalu dengan sedikit suntingan moden.

taman permainan

ESCAPE diinspirasikan daripada suasana kampung hutan hujan Mr. Sim (CEO ESCAPE) sewaktu zaman kanak-kanaknya yang nakal. Zaman yang penuh dengan memori bila belajar mengenai kemahiran hidup, semuanya berkait dengan keseronokan dan mengembara.

Lari dari gaya hidup metropolitan yang membosankan, ESCAPE PJ menyerap gaya retro-eko yang menyeronokkan seperti banana flip dan gecko tower.

Waktu beroperasi: Selasa – Ahad (10pagi – 8 malam)

Lokasi: Paradigm Mall, Malaysia

Hubungi: info@escape.my / +60 3 3310 0229

  • Skytrex Sg Congkak

Skytrex Adventure merupakan taman permainan yang pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman sky-trekking­ yang mana anda boleh berayun, berjuntai dan meluncur di kawasan Hutan Hujan Malaysia tropika yang cantik.

Skytrex menawarkan keseronokan berganda selain dari mencabar fizikal dan semangat berpasukan pengunjung yang datang bermain. Dengan suasana hutan yang menyeronokkan, pengunjung yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor digalakkan datang, lihat dan rasa sendiri pengalaman menjelajah hutan di Skytrex

Nikmati perjalanan yang indah melalui Hulu Langat, sebuah bandar kecil yang menyenangkan dengan gerai makanan dan kiosk buah yang boleh didapati sepanjang perjalanan.  

Bertemakan latar belakang desa yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan yang subur.

Perkhidmatan di Skytrex Sg. Congkak:

  • Map & Challenges
  • Skytrex Team Building
  • Skytrex Games
  • Skytrex Birthday
  • Screamzz Merchandise
  • Facilities-Langkawi

Kebiasaannya, pelawat akan lebih memilih untuk bermain di Map & Challenges kerana ia adalah tumpuan utama di sana. Ada dua tahap dan anda boleh pilih yang mana lebih sesuai. Kalau anda ingin mencuba buat pertama kali, cubalah tahap River & Thrill!

Screamzz Merchandise menyediakan beberapa barangan yang seperto T-shirt, butang berwarna-warni, gelang tangab, magnet peti sejuk, keychain, penyedut mini, botol aluminum, dan banyak lagi.

Skytrex juga menyumbang kepada perlindungan alam sekitar seperti memulihara hutan. Anda boleh turut serta dalam memastikan pokok-pokok dan taman di kawasan sekitar dijaga dengan baik.

Waktu beroperasi: Setiap hari (9pagi – 330petang)

Lokasi: Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Hubungi: sgcongkak@skytrex-adventure.com / +6013 276 9841

KAWASAN TERTUTUP

  • SUPERPARK MALAYSIA

SUPERPARK pertama kali dibuka pada tahun 2012. Semua pengunjung yang datang terpegun dengan konsepnya dan ia mula menjadi topik hangat. Konsep yang dikenakan di SUPERPARK diambil daripada sebuah bandar kecil di Finland.

SUPERPARK ni macam khayalan menjadi nyata tau. Orang dewasa pun ada khayalan juga okay! Warga SUPERPARK sangat gembira kerana pengunjung dapat berkongsi pengalaman mereka kepada seluruh dunia.

Taman permainan bertemakan Finland di SUPERPARK ini penuh dengan aktiviti mesra keluarga untuk semua peringkat umur dan citarasa.

Pengembaraan SUPERPARK adalah hiburan tanpa henti. Buang segala toksin di badan bersama keluarga di 3 bahagian yang disediakan oleh SUPERPARK:

  • Adventure Area
  • Game Arena
  • Freestyle Hall

Sekarang SUPERPARK ada promosi SUPERFUN Early Promotional Tickets untuk bulan Jun. RM280 untuk 4 orang, anda dah jimat sehingga RM60, sangat berbaloi! Jangan lupa tempah slot anda harini.

Waktu beroperasi: Setiap hari (10pagi – 9malam)

Lokasi: Avenue K Shopping Mall, KL.

Hubungi: info@superpark.com.my / +601 301 1040

Kebanyakan taman permainan indoor dibayangi oleh taman hiburan yang lebih besar, tapi itu tidak lagi berlaku.

District 21, salah satu tarikan utama di IOI City Mall, menyediakan kursus menunggang kuda putih, salid, trampolin, dan kursus halangan udara semuanya di dalam ruang seluas 70,000 kaki persegi.

Anggaplah ini sebagai bootcamp untuk mereka yang baru mencuba. District 21 akan memberi anda suasana seperti Zombie Apocalypse dengan adanya Sports and Recreation Park yang unik bertemakan pasca-apokaliptik. Terdapat sekitar 10 permainan yang boleh dipilih, sesuai untuk semua peringkat usia dan kemampuan.

taman permainan

Tarikan yang tersedia bermula dari tahap yang senang sehingga susah dengan pakej-pakej yang boleh dipilih. School Package berharga hanya RM54 dan ianya merupakan tiket termurah yang anda boleh dapati. Pakej tersebut boleh dinikmati oleh 10 orang pelajar beserta seorang cikgu.

Kepada pengunjung yang tidak ingin bermain tapi nak akses masuk ke dalam taman permainan, anda boleh membeli non-active pass. Pemilik pas tersebut boleh kembali ke taman permainan pada hari yang sama.

Semua pengunjung District 21 boleh mengambil bahagian dalam aktiviti mendaki, melompat, menunggang dan meluncur. Boleh tengok Facebook rasmi mereka untuk dapatkan informasi terkini.

Waktu beroperasi: Setiap hari (12tengahari – 8malam)

Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya.

Hubungi: district21@ioigroup.com / +60 3 8328 8888

Kunjungan ke taman permainan mungkin agak mahal, tetapi ibubapa sanggup berbelanja untuk melihat anak-anak mereka gembira. Wang bukan sekadar medium untuk masuk ke taman permainan dan membeli barang, malah untuk menjalin kebahagiaan juga.

Selain menjaga kesihatan badan dengan mengeluarkan sewaktu bermain, taman permainan juga alternatif untuk keluar bersama keluarga selain daripada membeli-belah dan menonton wayang.

Sumber:

chapter-Interactiveplaygroundsforchildren.pdffile:///D:/Program%20Files/Documents/Afrina/Ceria%20Sihat/01%20taman%20permainan/chapter-Interactiveplaygroundsforchildren.pdf

https://www.escape.my/

http://Home | skytrex-adventure

http://SuperPark Malaysia | Unstoppable fun for everyone

http://(10) District 21 | Facebook

http://liu.diva-portal.org/smash/get/diva2:856417/FULLTEXT01

error: Content is protected !!