Pengenalan
Tamsulosin (Flomax) adalah penyekat alfa yang menenangkan otot-otot di saluran prostat dan pundi kencing bagi memudahkan anda untuk membuang air kecil.
Kegunaan Tamsulosin
Tamsulosin digunakan oleh individu lelaki untuk merawat gejala prostat yang membesar (hiperplasia prostat permulaan-BPH). Ia tidak mengecilkan prostat, tetapi berfungsi dengan merehatkan otot-otot di prostat dan pundi kencing.
Ini membantu melegakan simptom BPH seperti kesukaran memulakan aliran air kencing, aliran kencing yang lemah, dan keperluan untuk membuang air kecil dengan kerap atau segera (termasuklah pada waktu tengah malam).
Cara menggunakan Tamsulosin HCL
Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari iaitu 30 minit selepas makan setiap hari.
Telan ubat ini. Jangan hancurkan, kunyah, atau buka kapsulnya.
Langkah Berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Tamsulosin
Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda alah kepada tamsulosin. Malah, jangan ambilnya bersama ubatan lain yang serupa seperti alfuzosin (Uroxatral), doxazosin (Cardura), prazosin (Minipress), silodosin (Rapaflo), atau terazosin (Hytrin).
Tamsulosin boleh menyebabkan pening atau pengsan, terutamanya ketika anda mula mengambilnya atau apabila anda mula mengambilnya lagi.
Berhati-hati jika anda memandu atau melakukan apa-apa yang memerlukan kewaspadaan yang baik. Serta, elakkan daripada berdiri dalam jangka masa yang lama atau menjadi terlalu panas ketika bersenam dan dalam cuaca panas.
Elakkan bangun terlalu cepat daripada posisi duduk atau berbaring, atau anda mungkin berasa pening.
Ikuti semua arahan pada label dan bungkusan ubat anda. Seperkara lagi, maklumkan pada pegawai perubatan anda tentang semua keadaan perubatan, alahan dan semua ubat yang anda gunakan.
Kesan Sampingan Tamsulosin
Kesan sampingan biasa yang boleh berlaku termasuklah:
- sakit kepala
- pening
- hidung berair
- cirit-birit
- batuk
- pengeluaran air mani menurun
- kehilangan tenaga atau kekuatan otot
- sakit tekak atau masalah untuk menelan
- sakit belakang atau dada
- penat
- loya
Sekiranya kesan sampingan ini adalah ringan, ia mungkin hilang dalam beberapa hari atau beberapa minggu. Namun, jika ia menjadi lebih teruk atau tidak hilang, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.
– Kesan sampingan yang serius
Hubungi doktor sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius. Serta, hubungi 911 atau dapatkan bantuan kecemasan jika gejala anda boleh mengancam nyawa atau jika anda berfikir bahawa anda mengalami kecemasan perubatan.
Kesan sampingan yang serius dan simptomnya boleh merangkumi perkara berikut:
- ejakulasi yang tidak normal
- priapism (ereksi yang menyakitkan dan tahan lama)
- gejala seperti selesema
- penglihatan kabur
- tekanan darah rendah yang menyebabkan anda pening lalat, pengsan, atau berasa pening ketika mengubah posisi
- reaksi alahan, dengan masalah pernafasan, demam, bengkak pada tekak atau lidah anda, ruam, gatal-gatal, atau gegata
Kontraindikasi Tamsulosin
Hipersensitiviti (misalnya, angioedema, ruam, gegata, pruritus, gejala pernafasan) terhadap tamsulosin atau mana-mana komponen formulasi ubat.
Interaksi Tamsulosin
Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang boleh berlaku.
Simpan semua senarai produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.
Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuk ubat penyekat alfa lain (seperti prazosin, terazosin).
Dos Tamsulosin
- Generik: Tamsulosin
- Bentuk: kapsul oral
- Kekuatan dos: 0.4 mg
Dos dewasa (berumur 18–64 tahun)
- Dos biasa: 0.4 mg kapsul setiap hari
- Peningkatan dos: Sekiranya badan anda tidak bertindak balas terhadap dos 0.4 mg setelah dua hingga empat minggu, dos anda boleh meningkat menjadi 0.8 mg setiap hari.
Dos untuk warga emas (berumur 65 tahun ke atas)
Tubuh anda mungkin memproses ubat ini dengan lebih perlahan. Doktor mungkin akan bermula dengan dos yang lebih rendah buat anda agar tahap ubat tidak terlalu tinggi dalam badan anda.
Tahap yang tinggi dalam badan anda boleh jadi membahayakan.
Semua dos dan bentuk yang ada mungkin tidak disertakan di sini. Doktor akan memberitahu anda apakah dos yang sesuai mengikut keadaan anda.
Seterusnya, ketahuilah bahawa dos, bentuk dan kekerapan anda mengambil ubat bergantung kepada:
- umur
- keadaan yang sedang dirawat
- tahap serius keadaan anda
- keadaan perubatan lain yang anda alami
- bagaimana anda bertindak balas terhadap dos pertama
SUMBER
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-1592/tamsulosin-oral/details
https://www.drugs.com/dosage/tamsulosin.html
https://www.medicalnewstoday.com/articles/tamsulosin-oral-capsule