Tanda demam denggi? Demam denggi atau juga dikenali sebagai break-bone fever, adalah jangkitan yang disebabkan oleh nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit seperti selesema yang teruk. Ia disebabkan oleh empat virus yang berlainan dan disebarkan oleh nyamuk Aedes. Kita perlulah mengetahui tanda demam denggi agar langkah awal pencegahan dapat dilakukan.
Sebaik sahaja anda dijangkiti salah satu virus denggi, badan anda akan menghasilkan imuninasi untuk ketahanan terhadap virus tersebut. Walau bagaimanapun, anda masih boleh dijangkiti dengan tiga virus lain. Adalah mungkin untuk mendapatkan keempat-empat virus denggi sepanjang hayat anda.
Tidak ada vaksin pada masa ini. Kaedah pencegahan terbaik adalah dengan mengelakkan gigitan nyamuk. Kanak-kanak yang lebih muda dan orang yang tidak pernah mengalami jangkitan sebelum ini cenderung mempunyai kes yang lebih ringan daripada kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua. Walau bagaimanapun, sebarang mutasi boleh timbul dari semasa ke semasa. Nyamuk Aedes dapat terbang sejauh 400 meter untuk mencari bekas berisi air untuk bertelur tetapi biasanya akan tetap dekat dengan tempat tinggal manusia.
Cara Mencegah Demam Denggi
Disebabkan tidak ada vaksin untuk mencegah demam denggi, cara utama mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan populasi nyamuk, jadi kita perlulah menghapuskan tempat pembiakkan nyamuk ini. Semasa berada di kawasan berisiko tinggi, anda harus:
- Menggelakkan kawasan perumahan yang padat
- Menggunakan penghalau nyamuk di dalam dan di luar rumah
- Pakai baju lengan panjang dan seluar beserta stoking
- Gunakan penghawa dingin dan bukannya membuka tingkap
- Pastikan pintu bebas dari sebarang lubang bagi mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah
- Gunakan kelambu jika kawasan tidur tidak ditapis
Mengurangkan populasi nyamuk melibatkan penyingkiran kawasan pembiakan nyamuk. Kawasan-kawasan ini merangkumi tempat yang boleh mengumpul air, seperti:
- Tempat mandi burung
- Tempat minum haiwan peliharaan
- Alatan berkebun
- Piring pasu bunga
- Tin
- Sebarang bekas kosong
Kawasan-kawasan ini harus diperiksa, dikosongkan, atau diubah secara berkala.
Simptom Demam Denggi
Gejala atau tanda demam denggi yang biasanya bermula empat hingga enam hari selepas jangkitan dan berlangsung sehingga 10 hari, termasuk
- Demam panas mengejut (40C)
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit di belakang mata
- Sakit sendi dan otot yang teruk
- Keletihan
- Loya
- Muntah
- Ruam kulit, muncul dua hingga lima hari selepas permulaan demam
- Pendarahan ringan (seperti hidung berdarah, gusi berdarah, atau lebam mudah)
Kadang kala, simptomnya ringan dan boleh disalah anggap sebagai selesema
Rawatan Demam Denggi
Tidak ada ubat khusus untuk merawat jangkitan denggi. Sekiranya anda menghidap demam denggi, anda harus menggunakan ubat tahan sakit dengan acetaminophen dan mengelakkan ubat-ubatan dengan aspirin, yang boleh memperburuk pendarahan. Anda juga harus berehat, minum banyak air, dan berjumpa doktor. Sekiranya anda mula merasa lebih teruk dalam 24 jam pertama setelah demam anda turun, anda harus segera ke hospital untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan.
Malang tidak berbau jadi marilah kita lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Mulakan dengan menjaga kebersihan persekitaran. Namun sekiranya anda berasa tidak sihat, janganlah tangguh untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan awal sebelum bertambah parah. Jangan abaikan tanda-tanda awal. Kita jaga kita.
SUMBER:
1) https://www.webmd.com/a-to-z-guides/dengue-fever-reference