Now Reading
Tangan Menggeletar – Punca, Diagnosis dan Rawatan

Tangan Menggeletar – Punca, Diagnosis dan Rawatan

tangan mengeletar

Tangan menggeletar boleh mengganggu tugasan seharian terutamanya mereka yang masih bekerja walaupun ia bukan sesuatu yang serius atau mengancam nyawa. Tangan menggeletar adalah tanda awal penyakit degenerative yang melibatkan sistem saraf yang biasa terjadi kepada golongan yang berusia.

Doktor masih belum pasti akan keadaan Essential tremor kerap dialami oleh orang dewasa. Ini disebabkan oleh kerosakan atau gangguan  fungsi normal pada bahagian otak sistem saraf seperti di cerebellum. Ia  juga penyakit waris dalam keluarga.

Sampai masa ini, doktor masih belum pasti punca kejadian dan cara untuk menghentikannya. Penyakit degenerative iaitu essential tremor mungkin dialamai oleh berusian seperti penyakit  Parkinson’s disease dan Alzheimer.

Punca Menyebabkan Tangan Menggeletar

  • Kesan pengambilan ubatan
  • Penyakit
  • Kecederaan
  • Meminum kaffein berlebihan
  • Keletihan otot
  • Stress
  • Penuaan
  • Kadar gula yang rendah Strok
  • Kecederaan kepala
  • Parkinson
  • Sklerosis Berbilang
  • Alkoholisme
  • Masalah kelenjar thyroid. 

Diagnosis untuk Tangan Menggeletar

  • Ujian untuk kelenjar thyroid. Doktor akan mengambil darah pesakit untuk memastikan jumlah hormon thyroid T3 dan memeriksa jika hormon thyroid di tahap normal. Jika perlu, pesakit juga akan menjalani ujian yang lain iaitu ultrasound kelenjar thyroid.
  • Ujian darah untuk memeriksa kadar gula. Doktor akan mencucuk hujung jari pesakit untuk menentukan kdar gula di badan pesakit.
  • Ujian radiologi seperti CT scan dan struktur otak akan dijalankan jika doktor mengesyaki pesaki menghidapi penyakit Parkison’s disease.

Rawatan

  • Propanolol, metoprolol dan atenolol sebagai beta blocker digunakn untuk pesakit darah tinggi dan pesakit jantung.
  • Primidone dan gabapentin iaitu sejenis ubat digunakan untuk penyakit sawan dan dalam masalah psikiatri yang lain.
  • Bagi pesakit anxiety disorder dan panic disorder, ubat yang selalu digunakan adalah Xanax atau aprazolam.
  • Botox iaitu suntikan ubat yang digunakan pada otot di tangan pesakit.

Doktor mengesyorkan pesakit menjalani pembedahan jika terdapat beberapa keadaan tangan terketar yang serius.

  • Deep brain stimulation. Prosedur ini adalah diletakkan di dalam bahagian otak yang mengawal fungsi otak yang menyebabkan tangan terketar ketar. Satu alat lagi akan diletak di bawah kulit di bahagian dada dan mengalirkan signal eletrik kepada electrodes.
  • Thalamotomy ialah prosedur menggunakan gelombang bunyi radiofrekuensi di kawasan thalamus di otak bagi membaiki aliran elektrik di otak dan mengawal tangan terketar.

SUMBER:

https://www.healthline.com/health/tremor#treatment

https://www.webmd.com/parkinsons-disease/ss/slideshow-reasons-your-hands-are-shaking

error: Content is protected !!