Now Reading
Tanjung Bidara: Aktiviti, Makanan dan Hotel

Tanjung Bidara: Aktiviti, Makanan dan Hotel

tanjung bidara

Tanjung Bidara ialah pantai terkenal. Berada di pantai barat Malaysia dan jaraknya dari PD hanya 70 kilometer, juga sebuah pantai terkenal.

Tanjung Bidara bertapak di Alor Gajah. Ia mengambil masa selama 45 minit dari Melaka untuk ke Masjid Tanah manakala 10 minit perjalanan dari Masjid Tanah ke Melaka. Pantainya pula hanya beberapa kilometer dari jalan besar.

Mengapa pantai ini berada jauh dari jalan utama? Ianya disebabkan oleh perkhemahan tentera, Kem Tentera Terendak yang terletak berhampiran dengan pantai, maka jalan utama dibina jauh dari pesisiran.

Aktiviti Di Tanjung Bidara

Kenapa anda kena datang singgah ke Tanjung Bidara?

Tanjung Bidara ialah pantai yang bercerun dengan pohin menghijau dan angin sepoi bahasa. Berenang di pantai ini sangat menenangkan oleh kerana ia jauh dari jalan utama. Kawasan ini dikelilingi dengan hutan kerana terdapat perkhemahan tentera, yang membataskan pembangunan di Tanjung Bidara.

Anda juga dapat melihat monyet di pantai ini. tanjung Bidara juga mempunyai sejumlah besar batu laut. Tempat yang bagus untuk lari dari kesibukan bandar.

Apa yang menunggu kita di sana?

Anda boleh jadulkan pelbagai aktiviti bila sudah sampai di sini. Boleh berenang di laut, adakan sesi BBQ di pantai, pasang khemah dan berkhemah di sini, bermain bola sepak dan bola tampar pantai, juga boleh adakan sukaneka atau treasure hunt tahu.

Selain daripada itu, Tanjung Bidara Resort ada menyediakan aktiviti seperti gelanggang tenis, menunggang kuda di pantai dan lawatan pulau.

Tak kira samada libatkan diri dengan aktiviti di pantai atau luar pantai, keduanya pun bagus. Tarikan berdekatan ialah Kompleks al-Khawarizmi, sebuah tempat untuk melihat bulan dan bintang.

Kemudahan yang disediakan:

  • Kawasan meletak kenderaan
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Surau
  • Medan selera
  • Tandas awam
  • Bilik mandi
  • Jeti

Makanan

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Kota Laksamana telah menjadi lokasi yang tidak asing lagi dengan juadah Asam Pedas malaah terdapat beverapa buah restoran menyajikan juadah yang sama. Ada beberapa ketika pengunjung mungkin keliru restoran manakah yang menjadi bualan orang ramai.

Asam Pedas Claypot telah bertapak sejak 15 tahun lalu di Kota Laksamana, menyajikan pelbagai pilihan asam pedas untuk anda nikmati seperti ikan pari, ikan tenggiri, ikam kembung, telur ikan, daging tetel dan banyak lagi.

Setiap juadah disediakan di dalam set yang datang dengan telur masin, sambal belacan dan sedikit ulaman, dihidang panas-panas di dalam mangkuk tanah liat juga sepinggan nasi putih.

Lokasi: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Waktu beroperasi: 6:00pm – 4:00am (Tutup setiap Selasa)

Big Bowl Ice

Jika anda sudah datang ke Melaka 100 kali dan sudah bosan dengan coconut shake, apa kata anda singgah ke Big Bowl Ice yang boleh pencuci mulut yang mengeluarkan asap dan sejuk macam berada di peti ais.

Tempat ini menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut seakan Air Batu Campur (ABC) tetapi dengan rupa dan permainannya, ia berada di satu tahap yang berbeza. Agak mustahil untuk jumpa makanan sebegini di dalam Malaysia.

Lokasi: No. 1, Jalan MP 3, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Waktu beroperasi: 11:15am – 11:00pm

The Old Kitchen Melaka

Sebuah destinasi makanan western di Melaka ini tidak kurang hebatnya. Kalau anda ingin rasakan keenakan makanan western, The Old Kitchen Melaka ada banyak pilihan menu dengan konsep dekorasi klasik.

Ada chicken chop, steak, grilled lamb, selada dan minuman dengan hiasan yang menarik, semuanya ada di sini.

Lokasi: No 2C, Jalan Batu Berendam Taman Pertama, Batu Berendam 75350, Melaka.

Waktu beroperasi: 7:00pm – 12:00am

Hotel

Hotel Kobemas Melaka

Terdapat sebuah restoran, bar/beli makanan ringan dan pusat perniagaan tersedia di dalam hotel bebas asap rokok ini. Juga ada Wi-Fi percuma, tempat meletak kenderaan percuma, perkhidmatan pengurus percuma.

Sebuah bilik mesyuarat, perkhidmatan penjaga pintu, botol air percuma dan pengering rambut adalah antara kemudahan buat tetamu. Selain itu, housekeeping juga ada.

Lokasi: 1, Jalan MITC Prima, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

Harga: RM82/semalam

LaCrista Hotel Melaka

Dua buah restoran, kolam mandi outdoor dan sebuah pusat senaman tersedia di LaCrista. Di samping it, Wi-Fi percuma juga ada di kawasan awam, juga tempat meletak kereta percuma. Kemudahan lain yang boleh didapati adalah sebuah bar, kedai kopi atau kafe dan pusat persidangan.

Kesemua 237 bilik mempunyai sebuah peti sejuk dan mesin kopi, juga televisyen LCD dengan siaran digital. Perkhidmatan bilik tersedia 24-jam setiap hari, juga surat khabar dan pengering rambut.

Lokasi: 146, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

Mudzaffar Hotel Melaka

Bandar Melaka adalah rumah kepada Mudzaffar Hotel Melaka. Jika membeli-belah ada dalam senarai anda, singgah sebentar di Pasar Malam Jonker Street dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall, mungkin boleh singgah berjalan-jalan di Pantai Klebang juga?

Lokasi: Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan Melaka International Trade Centre, 75450 Ayeh Keroh, Melaka.

Harga: RM136/semalam

Terdapat banyak perkara yang boleh dilihat dan dilakukan di Tanjung Bidara untuk pengunjung semua. Gereja St. Paul dan Kota A Famosa adalah dua tarikan paling popular di sini. Manakalan Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang terbesar yang berdekatan.

Suhu pada bulan ini dijangkakan berada pada 33°C pada siang hari dan jatuh kepada 24°C menjelang malam. Lawatilah Tanjung Bidara dan selamat berseronok!

Sumber:

https://melakacool.com/tanjung-bidara-famous-beach-melaka/

https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-melaka-jjcm

https://www.expedia.com.my/Kampung-Tanjung-Bidara-Hotels.d3000003648.Travel-Guide-Hotels

error: Content is protected !!