Pernahkah anda menjejak kaki ke Pantai Balok? Jika anda peminat sukan layar, pantai ini pasti tidak lagi asing kerana ini adalah salah satu pantai yang terkenal dengan aktiviti luncur angin dan luncur layar.
Hanya mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit pemanduan dari bandar Kuantan, Pantai Balok merupakan antara destinasi yang menarik selain Telur Cempedak dan Pantai Cherating. Kenapa? Ini kerana, Pantai Balok juga tidak kurang hebatnya dengan pantai-pantai yang lain.
Bukan sahaja mempamerkan keindahan alam semulajadinya yang menakjubkan, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bebas dijalankan disini.
Tarikan dan Aktiviti Menarik di Pantai Balok
1. Aktiviti Memancing
Bagi anda yang menggemari aktiviti memancing, ini adalah salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan di Pantai Balok. Apa yang paling penting, anda kena pilih lokasi yang strategik dan berhampiran dengan pantai. Sudah tentunya ada banyak ikan yang berenang disitu.
Mana tahu kan rezeki anda kali ini, joran terkena! Jika anda ingin mencari ketenangan dan keseronokan dalam memancing, Pantai Balok adalah tempat yang sesuai.
2. Berenang di laut
Apalah ertinya jika anda sudah sampai ke pantai tetapi tidak membasahkan badan dengan berenang di laut. Aktiviti ini merupaka aktiviti biasa dilakukan oleh pengunjung yang datang ke Pantai Balok. Namun, awas kerana kebersihan di Pantai Balok tidaklah berada di tahap yang memuaskan kerana pelbagai aktiviti besar yang dijalankan disini.
3. Aktiviti berlayar

Pertandingan berlayar yang membabitkan penyertaan antarabangsa sering diadakan di pantai ini disebabkan faktor angin dan arus pantai yang sangat sesuai untuk sukan air tersebut.
4. Aktiviti berkhemah
Di pantai Balok ini turut terdapat pusat rekreasi yang menyediakan kemudahan berkhemah. Aktiviti perkhemahan ini dibuka kepada orang ramai dan kegiatan luar atau aktiviti kem bina semangat sama ada untuk pelajar, badan beruniform, agensi kerajaan atau badan swasta.
Antara pilihan destinasi perkhemahan santai yang dipilih adalah Kem Nemo. Kem ini memberikan peluang kepada pengunjung memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga dengan menikmati pemandangan sekitar pantai.
Anda tidak perlu risau kerana semua tapak perkhemahan yang diuruskan De Rhu Beach Resort itu bukan sahaja luas dan selesa, malah dilengkapi kemudahan asas yang memuaskan.
5. Aktiviti main layang-layang
Kitesurfing (atau kiteboarding) adalah gabungan beberapa sukan dalam satu. Ada sedikit surfing, sedikit papan wakeber, sedikit pelayaran, dan tentu saja, layang-layang. Sukan aksi ini adalah sukan air permukaan yang memanfaatkan kekuatan angin untuk bergerak melintasi air di papan luncur yang menggunakan layang-layang kelihatan seperti parasut.
Di Malaysia, tempat untuk belajar dan berlatih kitesurfing terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. Kawasan yang popular adalah Pantai Balok dan Cherating Kuantan; dan Tanjung Resang, Teluk Gorek dan Pulau Tioman di Johor.
Waktu terbaik untuk kitesurf di Malaysia adalah pada musim Monsun dari November hingga Mac. Oleh sebab itu, Pantai Balok menjadi destinasi yang tepat untuk belajar bermain layang-layang pada petang hari minggu yang panas dan berangin pada bulan Ogos.
Pantai dan padang adalah tempat yang paling sesuai untuk bermain layang-layang kerana faktor anginnya yang kuat. Dengan melihat layang-layang siapa yang paling tinggi, dialah yang akan jadi pemenang.
6. Aktiviti Berkelah
Bagi penduduk di sekitar Pantai Balok, Pantai Balok adalah lokasi yang strategik untuk berkelah dan bersantai pada hujung minggu bersama keluarga tersayang. Dengan keadaan pantainya yang nyaman, redup dan diteduhi dengan pepohon ru membuatkan ramai orang memilih untuk berjoging pada waktu petang. Juga kerana keadaan pantainya yang luas memanjang.
7. Tarikan Natural Batik Village
Adakah anda seorang jurugambar professional? Jika ya, singgah di Natural Batik Village pasti akan memberikan anda kenangan yang tidak ternilai. Bukan sahaja anda dapat merasai kali pertama mencanting batik, malah anda juga boleh membeli cenderahati berkonsepkan corak batik yang boleh dijadikan ole-ole.
Selain itu, sikap penjualnya yang mesra pelanggan dan produk yang dihasilkan berkualiti juga membuatkan ramai pengunjung suka ke sini. Sambil-sambil itu anda bolehn menangkap gambar penghasilan batik dari awal hingga akhir.
Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu, suasana matahari terbenam dengan kanak-kanak yang bermain di tepi pantai dan bot nelayan yang sudah bersidai di pesisir pantai juga adalah antara detik yang tidak boleh dilepaskan.
8. Aktiviti jual beli hasil makanan laut
Alang-alang beradai di Pantai Balok, jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil tangkapan laut para nelayan disini. Antara lokasi yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan adalah di Pasar Nelayan Balok. Ia juga merupakan jeti pendaratan ikan dan nelayan tradisional dan nelayan pantai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dipantau dengan rapi.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba di Pantai Balok. Selain itu, kemudahan asas di kaasan ini juga lengkap disediakan seperti bilik air, bilik persalinanm surau dan tandas awam. Dalam pada itu, sekiranya anda melawat ke Pantai Balok, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dan menjaga alam sekitar.
Selepas anda membaca perkongsian ini, kami harap jika anda pertama kali pergi ke Kuantan, inilah tempat yang anda perlu singgah untuk lari dari kesibukan kota dan meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang.
Sumber:
https://www.pahangtourism.org.my/index.php/kuantan/balok-beach
https://nordiyana.com/pantai-balok-kuantan-balok-beach-activities-resort/