Bila tiba waktu minum petang, mak anda mesti hidangkan pisang goreng, keropok lekor bersama teh o panas. Apa kata anda cuba buat tauhu sumbat?
Menu minum petang sepatutnya sesuatu yang mudah tetapi sedap. Ahli sejarah Cina bersetuju yang tauhu mula mendapat nama pada abad ke-10 Masihi. Apa lagi, jom buat tauhu sumbat.
RESEPI TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan A – inti:
- Minyak masak
- 200g daging ayam / daging lembu (dicincang)
- 2 biji kentang (dibuang kulit, dipotong nipis)
- 1 batang daun bawang
- 4 sudu besar bawang goreng
- 1/2 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
Bahan-bahan B:
- 18 biji tauhu
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
- 8 cili padi, dipotong
Bahan-bahan C:
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap manis
- 1 sudu teh jus limau
Cara-cara:
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis daging yang telah dicincang.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan tumis sehingga masak. Letak ditepi.
- Sediakan minyak yang baru, panaskan dan goreng kentang sehingga lembut pada api perlahan.
- Masukkan daging cincang, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Kacau rata.
- Potong bahagian tepi tauhu dan masukkan initi yang telah dimasak.
- Pukul telur bersama dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Salut tauhu sumbat dengan telur dan goreng sehingga keperangan.
- Untuk sediakan sambal pula, kisar semua bahan-bahan C sehingga halus. Letakkan cili padi di atas tauhu sebagai hiasan. Sedia untuk dihidang,
RESEPI TAUHU SUMBAT KUAH KACANG

Bahan-bahan A – kuah kacang:
- Sos tomato
- Sos cili
- Cili giling
- Kacang yang digoreng dan ditumbuk kasar
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B – tauhu sumbat:
- Tauhu
- Timun (dipotong nipis memanjang)
- 1/2 lobak (dipotong nipis memanjang)
- 1 lobak merah (dipotong nipis memanjang)
- Minyak sayuran
Cara-cara membuat kuah kacang:
- Tambah minyak dan tumiskan cili giling di dalam kuali yang panas.
- Tambah air, sos cili dan sos tomato.
- Tumis sehingga naik bau.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
- Tumbuk kasar kacang yang digoreng tanpa minyak dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau rata.
Cara-cara membuat tauhu sumbat:
- Potong tauhu kepada bentuk segi empat sama.
- Goreng tauhu yang telah dipotong dengan minyak sayuran.
- Campurkan lobak merah, timun, dan lobak yang dipotong nipis memanjang.
- Potong tauhu yang telah digoreng secara menyerong kepada 2 segi tiga.
- Hidang tauhu sumbat bersama kuah kacang.
RESEPI TAUHU SUMBAT SAMBAL MERAH

Bahan-bahan A – tauhu:
- Beberapa biji tauhu separa keras
- 1/2 timun (dipotong nipis memanjang)
- 1/2 lobak merah (dipotong nipis memanjang)
- 1 cawan taugeh (dicelur air panas sebentar)
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan B – sambal:
- 1/2 cawan air asam jawa (1 sudu besar asam & sedikit air, perah keluar jusnya)
- 2 sudu besar minyak
Campur bahan-bahan berikut:
- 300g kacang tanah (dipanggang dan ditumbuk kasar)
- 2 hingga 4 cili merah besar (dibuang biji dan ditumbuk)
- 2 hingga 3 biji cili padi (pilihan)
- 3 bawang merah (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 sudu teh belacan
Bahan- bahan perasa:
- 1 sudu teh gula
- Secubit garam
- 1 sudu teh gula Melaka
Cara-cara:
- Potong tauhu secara menyerong kepada dua bahagian. Tabur sedikit garam di atasnya. Lap kering dengan tisu dapur, kemudian goreng sehingga garing di bahagian luar.
- Selar sedikit tauhu untuk sumbat kesemua sayur.
- Untuk sambal: panaskan 2 sudu besar minyak ke dalam kuali dan tumis kesemua bahan sambal sehingga naik bau. Tambah air asam jawa dan perasa. Renehkan sebentar sehingga sambal menjadi pekat. Senduk keluar daripada kuali dan hidang bersama tauhu sumbat.
TIPS:
- Kalau anda bukan peminat sambal kicap, anda boleh cuba variasi sos yang lain. Bahan-bahannya termasuklah kacang goreng, bawang merah dan sedikit belacan. Sos ini perlu direbus sehingga sos jadi pekat sebelum anda boleh hidang tauhu sumbat ni.
- Penggunaan sayur-sayuran adalah bergantung kepada citarasa, anda sentiasa boleh mengubah pilihan sayur untuk resipi ni. Taugeh antara sayuran yang sesuai. Untuk lebihan inti, simpan di dalam bekas kedap udara.
- Simpan ini di dalam peti sejuk untuk tiga hingga empat hari atau sejukbeku untuk penyimpanan jangka masa yang lama.
- Jenis tauhu yang sesuai untuk digunakan di dalam resipi ini adalah tauhu poket. Secara tradisionalnya, ia padat dengan beras Jepun dan Korea dan boleh dihidang dengan furikake. Bagus untuk tauhu sumbat bersama dengan bahan kegemaran anda.
- Kalau tak jumpa tauhu poket, anda juga boleh gunakan tauhu goreng. Ia juga dikenali sebagai Aburage dengan poket halus yang lebih kecil untuk resipi sebegini.
Tauhu sumbat sememangnya resepi yang telah diturunkan sejak berzaman lamanya. Kerana ia mempunyai pelbagai rasa seperti pedas, manis dan ada resepi yang menggunakan kuah kacang. Anda boleh mengubah inti tauhu samada ingin menggunakan sayur ataupun daging.
Banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk membuat resipi ini tapi senang je nak buat. Rasa seronok dapat berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan di dapur menyiapkan hidangan ini.
Enak dimakan dengan Nescafe panas. Kami ada banyak resipi lain yang anda boleh rujuk kalau tiada idea nak masak apa. Selamat mencuba semua!
Sumber:
http://www.tofupedia.com/en/feiten-over-tofu/tofu-oorsprong-en-authentiek-keukens/index.html
https://www.ajinomoto.com.my/recipes/stuffed-tofu
Tauhu Sumbat with Peanut Sauce
Tauhu Sumbat
https://www.eatright.org/homefoodsafety/safety-tips/holidays/top-tips-for-safe-stuffing
https://www.thrillist.com.au/eat/nation/different-types-of-tofu-explained/
https://misotasty.com/what-are-the-different-types-of-tofu/