Dahulunya penulis antara individu yang kerap bersesak-sesak di kaunter tiket bas untuk membeli tiket pulang ke kampung tiap kali cuti semester. Kalini TBS online menyediakan kemudahan pembelian tiket bas secara atas talian melalui aman BusOnlineTicket.com atau Easybook.com
Pastinya bukan kami sahaja tetapi ramai individu menggunakan tempahan dalam talian untuk memudahkan urusan balik kampung atau tujuan pelancongan . Dengan TBS online, daripada pergi ke agensi pelancongan atau menunggu lama di kaunter tiket, kita boleh sahaja menempah atau meminta kawan anda pergi dalam talian dan membelinya .
Tidak perlu pening-pening lagi, cukup dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer riba kerana ianya boleh akses dimana-mana anda berada asalkan mempunyai internet. Disini penulis menyediakan kebaikan membeli tiket bas melalui TBS online kepada pelanggan serta pengusaha :
1.Perniagaan anda dibuka sepanjang masa
Pelanggan yang membuat keputusan untuk membuat tempahan seat yang mengikut citarasa tidak perlu risau tentang masa kerana menggunakan dengan sistem TBS online atau tempahan dalam talian bermaksud urusan anda dibuka 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
2. Boleh reserve terlebih dahulu
Pelanggan yang membuat tempahan sendiri lebih cenderung untuk reserve dahulu, menjadikan perkara tersebut mudah . Sekiranya pelanggan perlu membatalkannya, tempat tersebut secara automatik akan dibuka dalam talian, memberi peluang kepada pelanggan lain untuk memesannya. Dengan reserve tempahan anda, anda tidak akan meninggalkan aktiviti mingguan anda atau risau sesuatu akan berlaku.
3. Boleh bayar secara online
Selain boleh menempah, jika pelanggan mahu bayar secara online terus pun digalakkan kerana tak perlu pening untuk memikirkan bagaimana untuk membayar tiket tersebut di kaunter. Selepas pembayaran dibuat anda boleh menikmati kopi di meja anda dengan selesa kerana tak perlu memikirkan bagaimana hendak membuat pembayaran, cukup sekadar ada online banking sahaja.
4. Memudahkan pengusaha syarikat bas
Sebagai pengusaha syarikat bas, anda sudah pasti ingin menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan anda. Jadi dengan sistem TBS online ni, pengusaha tak perlu risau pelanggan bersesak-sesak dan bas penuh serta ulat tiket berleluasa. Dengan sistem ini, seat bas boleh dilihat dan admin yang menguruskan bahagian tiket boleh memaklumkan terus dalam website tentang bas yang dah penuh. Jadi pengusaha tak perlu pening bukan?
5. Memudahkan pengusaha bas untuk penghebahan promosi
Anda boleh menghebahkan prmosi dengan mudah kerana anda boleh mendapatkan lebih banyak panduan, menawarkan lebih banyak aktiviti, atau memperluaskan waktu anda untuk mengembangkan perniagaan anda dengan jayanya. Dengan mengenakan faedah tambahan kepada pelanggan, anda dapat menambahkan pendapatan tambahan dengan mudah untuk perniagaan anda. Tambah menyeronokkan apabila review pelanggan boleh dilihat dan boleh membantu anda memperbaiki prestasi perkhidmatan syarikat anda. Menarik bukan?
6. Mudah menguruskan masa perjalanan
Sistem tempahan melalui TBS online membolehkan anda memeriksa tempahan dan ketersediaan di mana sahaja anda dengan menggunakan mana-mana peranti mudah alih. Anda selalu mengetahui status perjalanan anda, dan jadual anda dapat diuruskan dengan mudah dari lokasi anda sekarang.
Walaupun terdapat beberapa keburukkan TBS online, namun kebanyakkan pengguna telah mengakui bahawa penggunaan TBS online lebih baik berbanding secara manual kerana ia memudahkan malah tak perlu membuang masa beratur panjang semata-mata untuk membuat membeli tiket sahaja kerana waktu itu boleh digunakan untuk minum kopi atau menikamti aktiviti harian.
Tidak perlu dikatakan, ada cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu.Tentu saja sistem TBS online memudahkan, untuk menerima pembayaran dan melaksanakan tempahan dalam talian. Sistem tempahan dalam talian seperti TBS online berfungsi dengan menyediakan platform tempahan yang selamat dan dapat disesuaikan di mana pelanggan anda dapat melihat ketersediaan acara, menempah dan membayar terus melalui kad kredit semua di laman web anda.
Sebagai penulis , bagi saya pembelian dalam TBS online amat efisyen, penulis telah melihat kesan yang boleh dimiliki oleh platform tempahan dalam talian terhadap perniagaan, meningkatkan penjualan dan mempermudah prosedur tempahan untuk pelanggan dan kakitangan. Terbayang pula tiket bas ke Genting Highland. Bilalah PKPD nak tamat ?
Sumber