Apa-apa makanan mesti viral, hidang di pinggan, dicucuk lidi atau hidang dalam mangkuk, dan kalini, kami bawakan tempat makan menarik di Penang.
Tempat kalin kami bagi yang best best untuk anda. Ada 10 gerai dan kafe yang menyediakan pelbagai makanan sesuai buat pencinta makanan yang ingin berjalan-jalan di Penang. Dari makanan ringan sampailah berat. Selamat menjamu mata
Ali Nasi Lemak tempat makan menarik di penang
Ali Nasi Lemak sudah dikira sebagai nasi lemak terbaik di Penang. Sejak dari awal perniagaan lagi ramai pelancong telah berkunjung ke sini. Anda juga boleh tengok cara mereka menyediakan juadah nasi lemak kegemaran anda dari awal.
Ada banyak lauk yang anda boleh pilih, tapi kami cadangkan untuk anda cuba nasi lemak yang biasa dulu. Siapa sangka sebungkus kecil nasi lemak boleh buat kita gembira kan?
Lokasi: Sri Weld Food Court, Beach St, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu beroperasi: Selasa – Jumaat (7am – 4pm)
Hubungi: +6016 407 0717
Bee Hwa Kopitiam tempat makan menarik di penang
Kita faham kadang-kadang rasa kecewa tak dapat nak rasa sesetengah street food. Jangan risau, anda boleh singgah ke Bee Hwa Kopitiam dan nikmati char koay teow dan mee kari yang halal dan setanding rasanya dengan versi yang tidak halal.
Biasanya kopitiam ini akan sesak di waktu puncak, jadi kami sarankan untuk berkunjung di waktu yang lain.
Lokasi: 10, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Isnin – Sabtu (7am – 3pm)
Hubungi: +604 263 6092
Deen Maju Nasi Kandar tempat makan menarik di penang
Deen Maju Nasi Kandar sudah menjadi juadah kegemaran masyarakat setempat dan tempat ni tak pernah tak ramai. Terletak di Jalan Gurdwara, mereka mula beroperasi pada jam 2 petang. Tapi janganlah risau tengok tempat ni ramai orang sebab servis cepat.
Makanan anda pun akan sampai beberapa minit selepas anda pesan makanan. Ayam goreng dengan ayam ros dekat sini benda wajib pesan, rasa semua cukup di samping kulit ayam tu rangup dan isi pula berjus.
Lokasi: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Daily (2pm – 11pm)
Hubungi: +6012 425 2421
Hameed Pata Mee Sotong
Sedap betul kalau dapat sepinggan mee goreng panas-panas. Gerai Hameed Pata Mee Sotong ini terletak di medan selera belakang Fort Cornwallis.
Sepinggan mee goreng yang diisi dengan kuah istimewa dan sotong, mesti deria rasa anda berubah lepasni. Minum pula dengan coconut shake, fuh gabungan yang meletup.
Lokasi: 5, Explanade Park, Lebuh Light, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu beroperasi: Isnin – Sabtu (11:30am – 8:00pm)
Hubungi: +6013 431 9384
Teochew Chendul tempat makan menarik di penang
Teochew Chendul yang terkenal di Jalan Penang ni takyah borak panjang-panjang dah, punya lah sedap, dari kereta tolak kecil je sekarang dah ada beberapa cawangan di Klang.
Anda akan dapat semangkuk cendol beberapa minit lepas membuat pesanan. Rasanya serba serbi cukup, kombinasi rasa pun ada, walaupun saiz mangkuk tak besar. Kalau nak pengalaman penuh, makan lah ais kacang gula Melaka di sini sambil duduk tepi jalan.
Lokasi: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Setiap hari (10:30am -7:00pm)
Hubungi: +604 262 6002
Joie’s Sourdough and Cake
Joie’s Sourdough and Cake ialah sebuah kafe kecil yang mempunyai impian besar, ingin membantu perternak tempatan dengan mengubah hasil mereka kepada makanan yang sihat dan mengenyangkan.
Dekat sinilah anda nak dapatkan carbonara terbaik, mereka ada juga sandwich burger berasaskan tumbuhan. Selain itu, mereka juga sediakan roti sourdough yang dibakar segar setiap hari.
Lokasi: 2nd Floor, 32 Jalan Moulmein, 10350 George Town Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Jumaat – Rabu (8am – 6pm)
Hubungi: +604 224 2479
Lunabar Coffee tempat makan menarik di penang
Lunabar Coffee pula sebuah rumah hijau tenang yang terletak di George Town, menyajkan kopi dan kek di dalam suasana tenang yang dipenuhi dengan tumbuhan untuk buatkan pelanggan berasa selesa dalam cuaca panas di Penang.
Istimewanya di sini ialah mereka menyediakan kopi bertapis di samping kopi berasaskan espresso.
Lokasi: 10D, Jalan Clove Hall, 10050 George Town, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Hubungi: +6010 932 2810
Fuku Eatery and Desserts
Fuku Eatery and Dessert mencipta sebuah suasana yang mesra dan menenangkan di dalam bangunan bersejarah dengan menggunakan elemen Jepun tradisional. Kafe yang cantik ini terletak di George Town, dan terkenal dengan nasi mangkuk Jepun dan shave ice.
Anda boleh jumpa kafe ini di dalam Mano Plus Select Store, sebuah kedai yang menjual perkakas rumah, pakaian, buku reka bentuk dan majalah, dan kebanyakannya datang dari jenama tempatan.
Lokasi: 37 A&B Lebuh Pantai, 10300 George Town, Penang.
Waktu beroperasi: Isnin – Khamis (9am – 6pm) | Jumaat – Ahad (9am – 9pm)
Hubungi: +6016 302 2102
Forest Canteen
Galeri Moonshop pula merupakan sebuah makmal yang mengadaptasikan reka bentuk bentuk kilang dan kelihatan seperti sesuatu dari filem-filem Studio Ghibli.
Forest Canteen adalah sebuah kafe di rumah yang bagi pelanggan mereka pengalaman makan yang menarik di antara terrarium dan tanaman yang sangat cantik. Disebabkan meja di kafe ini terhad, anda kena mesej atau telefon merekaa untuk membuat tempahan.
Lokasi: 38/1 Lebuh Farquhar, 10200 Geroge Town, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Rabu – Ahad (12pm – 7pm)
Hubungi: +6017 432 6221
Norm Micro Roastery
Norm Micro Roastery pula ialah sebuah kafe yang telah dilancarkan pada Disember 2019 di sebuah gudang yang diperbaharui. Batu kerakal kelabu digunakan untuk mencipta reka bentuk minimalisitik industri yang bersahaja.
Pusat buat pencinta kopi, bijinya dipanggang khas dari Johor, sesuai buat mereka yang sukakan kopi dan kafe ini mengambil inspirasi daripada budaya sarapan-makan tengahari Australiaa. Rasa koko dan espresso diseimbangkan dengan keju maskarpon, kek span dan air beralkohol.
Lokasi: 13, Gat Lebuh Gereja, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Setiap hari (9am – 10pm)
Hubungi: +6016 527 6273
Tempat makan menarik di Penang bukan lagi rahsia bukan para pencinta makanan. Kami dan kumpulkan beberapa tempat viral yang boleh puaskan citarasa anda sambil-sambil tambah gambar cantik untuk sosial media. Selamat berseronok di Penang!
Sumber: