Bukit Tinggi adalah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Pahang namun memiliki banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga terutama ketika waktu hujung minggu.
Jika anda hendak tahu, kawasan Bukit Tinggi ini merupakan destinasi percutian peranginan yang diliputi oleh hutan tropika seluas 16,000 ekar. Jika anda dari Kuala Lumpur hendak ke tempat ini, ia hanya akan mengambil masa 60 minit sahaja.
Tempat menarik di Bukit Tinggi
Japanese Tea House
Japanese Tea House adalah tempat di mana anda boleh menikmati suasana yang tenang dengan suara air terjun dan aliran anak sungai yang menenangkan minda dan fikiran. Kawasan ini dikelilingi oleh flora dan fauna yang rimbun dan dijaga berinspirasikan Zen.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tempat ini adalah menyewa kimono. Anda boleh memilih lebih daripada 50 jenis kimono dan reka bentuk yang berbeza agar pengunjung dapat merasakan menjadi wanita tradisional Jepun.
Setelah itu, anda berpeluang bersiar-siar dengan memakai kimono di sekitar Japanese Tea House ini sambil mengambil gambar-gambar diri anda berbaju kimono.
Selain itu, anda juga berpeluang melihat bagaimana orang Jepun menyajikan teh di rumah tradisional mereka dan tentunya anda juga akan berpeluang merasai teh yang mereka hidangkan.
Taman Tema Genting Highlands
Taman Tema Genting Highlands juga dikenali sebagai City of Entertainment dan Resort World Genting yang berlatar belakangkan hutan hujan dan gunung-gunung berusia kira-kira 100 juta tahun.
Destinasi di taman tema ini menyeronokkan kerana mempunyai tempat menarik seperti Ripley’s Adventure dan Genting Highlands Theme Park.
Selain itu, beberapa tempat pengembaraan dan aktiviti yang paling terkenal di taman tema ini adalah Busy Bugs, Mini Train, Rio Float, Reindeer Cruiser, Circus Ride dan banyak lagi.
Anda boleh menikmati semua keseronokan ini tanpa perlu berbelanja banyak kerana harga tiket di taman tema ini tidaklah terlalu tinggi.
Japanese Village
Japanese Village di Bukit Tinggi ini terdiri daripada pelbagai tempat menarik dalam satu tempat iaitu Ume Tatami Suite, Rumah Teh Jepun, Tatami Spa, Botanical Garden dan Restoran Ryo Zan Tei.
Di sini, anda boleh menerokai taman bunga, kolam batu, kolam batuan dan rumah teh Jepun bersama ahli keluarga anda ketika pergi bercuti. Kampung ini dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan hutan hujan yang sangat menakjubkan sehingga siapa pun yang melihatnya pasti akan terpukau.
Jika anda seorang peminat burung, tempat ini juga adalah tempat yang sesuai untuk anda kerana burung-burung di sini terbang bebas setiap masa. Apa yang paling menyeronokkan di tempat ini adalah, anda berpeluang menyewa kimono dan mengambil gambar bersama pakaian tersebut. .
Ladang Arnab
Ladang arnab di Bukit Tinggi ini memiliki lebih kurang 200 ekor arnab yang sangat sihat dan comel. Para pencinta binatang pasti suka akan tempat ini kerana di tempat ini bukan sahaja terdapat ladang arnab, malah terdapat juga haiwan lain seperti burung merak, keldai dan babi guinea.
Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di ladang arnab ini adalah memberi makan, membelai, bermain, dan mengambil gambar bersama binatang-binatang yang terdapat di ladang ini.
Sememangnya tempat ini sangat sesuai bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti dan bermain bersama binatang-binatang yang jinak ini.
Walau bagaimana pun, jika anak anda seorang yang takut kepada haiwan-haiwan yang terdapat di ladang ini, jangan risau kerana di sini juga terdapat kelas melukis untuk anak anda berseronok.
Taman Botani
Taman botani adalah tempat di mana anda dapat keluar daripada kesibukan bandar-bandar di Malaysia. Taman botani di Bukit Tinggi ini menawarkan para pengunjung kedamaian dalam persekitaran yang tenang dan sempurna untuk bersantai di pangkuan alam.
Anda boleh bersiar-siar di taman ini sambil melihat kolam ikan dan sungai yang dipenuhi ikan Koi. Selain bersiar-siar, anda juga boleh mengambil gambar selfie anda ataupun bersama keluarga dengan latar belakang yang cantik.
Jika anda seorang yang minat menangkap gambar, taman botani ini sememangnya sangat sesuai untuk anda kunjungi.
Perkampungan Perancis Colmar Tropicale
Colmar Tropicale French Village Malaysia adalah tempat persinggahan yang pertama bagi setiap pengunjung di Bukit Tinggi. Jalan-jalan yang berwarna-warni, rumah kedai kuno, dan menara bata desa kecil ini membuat satu teleport ke sebuah kampung kecil di Perancis, Alsace.
Suasana di tempat ini membuat para pelancong yang berada di Malaysia merasa seperti berada di Perancis. Ketenangan dan kedamaian bukit-bukit di sekitarnya membuat sesiapa sahaja yang mengunjungi kampung ini akan berasa kagum dan terpukau.
Colmar Adventure Park
Colmar Adventure Park adalah salah satu tarikan lain yang terkenal di Bukit Tinggi untuk orang-orang yang sukakan cabaran. Taman ini menawarkan beberapa aktiviti yang mencabar seperti flying fox, panjat tebing dan paintball warefare, dan berkuda.
Sangat menarik bukan? Bayangkan anda berpeluang menaiki kuda di dalam hutan, bermain perang paitball di tengah hutan, dan terjun dari ketinggian 100 meter di hutan hujan melalui aktiviti flying fox. Jadi jika anda mencari aktiviti yang lasak dan mencabar, memang inilah tempat yang sesuai untuk anda.
Sumber:
https://traveltriangle.com/blog/places-to-visit-in-bukit-tinggi-malaysia-bdp/
https://www.tripzilla.com/top-attractions-bukit-tinggi/85496