Tempat Menarik Di Genting Yang Wajib Dikunjungi ~ Suasana tempat peranginan sememangnya akan mendamaikan perasaan sesiapa sahaja yang datang untuk menikmatinya. Tanah Tinggi Genting di Malaysia ini adalah salah satu tempat peranginan yang memiliki banyak tempat menarik untuk dikunjungi sebagai lokasi percutian yang sempurna untuk para pengunjung.
Tempat peranginan ini telah dibangunkan dengan projek pembangunan resort yang luar biasa demi mewujudkan suatu lokasi pelancongan yang berkonsepkan peranginan. Selain itu, Genting juga menjadi tempat kegemaran bagi para pencinta alam kerana persekitarannya yang diliputi oleh hutan hujan yang menghijau.
Tempat-tempat seperti taman tema, pusat membeli belah, tempat makan, dan tempat pesta boleh didapati di tanah tinggi ini menjadikan percutian orang ramai lebih menarik. Tarikan di Genting Highlands seperti Ripley’s Adventure dan Genting Highlands Theme Park menjadikannya pilihan yang popular untuk percutian keluarga.
Tempat-tempat menarik di Genting:
Genting Skyway
Genting Skyway adalah kemudahan menaiki kereta gantung yang dapat digunakan untuk melintasi perjalanan antara Awana Station yang terletak di pertengahan bukit ke SkyAvenue Station yang terletak di puncak. Pengalaman yang sangat disyorkan ini membolehkan anda menikmati pemandangan 360 darjah di kawasan berbukit.
Dengan perjalanan kereta kabel sepanjang 2.8 km ini, anda dapat mengalami kenaikan ketinggian 620 meter dalam masa 10 minit. Bukan hanya pelancong malah penduduk tempatan juga menyukai perjalanan ini harganya yang murah dan pantas untuk sampai ke puncak.
Sekiranya anda mahu, anda juga boleh turun di Stesen Chin Swee di mana anda boleh menjelajahi Kuil Gua Chin Swee yang terkenal dan menikmati keindahan pemandangan melalui pemandangan bukit yang indah. Sememangnya Genting Skyway adalah salah satu tempat paling menarik untuk dikunjungi di Genting Highlands.
Ripley’s Adventure
Sekiranya anda mencari tempat pelancongan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga ataupun kawan-kawan, Ripley’s Adventure disyorkan sebagai salah satu tempat pelancongan terbaik untuk anda di genting Highlands.
Ripley’s Adventure adalah muzium luar biasa yang penuh dengan barang-barang aneh, artifak, pengalaman interaktif, dan pameran yang pastinya akan mengejutkan anda dan keluarga. Para pengunjung akan memerlukan beberapa jam untuk meneroka keseluruhan koleksi di muzium ini kerana tempat ini mempunyai lebih daripada 400 pameran.
Sangat banyak bukan? Pasti anda tidak akan jemu apabila berada di tempat ini. Oleh kerana semua pameran dan tarikan di tempat ini agak aneh dan mengejutkan, ia telah dinamakan ‘Odditorium’.
Taman Tema Skytropolis
Skytropolis Theme Park manjadi salah satu tarikan yang paling menarik di Tanah Tinggi Genting. Skytropolis Theme Park adalah taman hiburan dalaman yang tersebar di kawasan seluas 400,000 kaki persegi dan menampilkan pelbagai jenis perjalanan yang menyeronokkan.
Dengan hiasan dalaman yang berwarna-warni dan pelbagai pengalaman mnearik untuk semua peringkat umur, ia boleh dikunjugi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira had umur. Tarikan utama untuk kanak-kanak di taman ini adalah perjalanan seperti Boo Boo Bump dan Whirley Bugs.
Jadi, jika anda datang ke Genting ini bersama anak-anak anda, jangan lupa membawa mereka bersama ke tempat tersebut. Selain itu, taman tema ini juga memiliki tempat lain bagi pengunjung yang ingin mencari perjalanan yang lebih mencabar iaitu Sky Towers dan Spin Crazy. Sangat menarik bukan? Pastikan anda mengunjugi taman tema ini apabila berada di Genting.
Resorts World Genting
Resorts World Genting adalah salah satu tarikan paling terkenal di Genting yang dilengkapi dengan pusat membeli-belah, pusat hiburan, pusat penginapan, dan banyak lagi untuk kemudahan para pengunjung.
Resort ini pada dasarnya adalah pembangunan resort yang terletak pada ketinggian 1800 meter di puncak Gunung Ulu Kali. Resort World Genting adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan penginapan mewah, tempat hiburan malam yang meriah, restoran mewah, taman tema yang menarik, dan sekali gus dapat melepaskan diri dari kekacauan bandar.
Selain itu, kerana kedudukan resort ini berada di puncak gunung, pengunjung berpeluang menikmati pemandangan bukit yang diselimuti awan putih dari jarak yang dekat.
First World Hotel
First World Hotel yang terletak di Resorts World Genting ini diakui sebagai hotel terbesar di dunia. Hotel ini boleh dilihat dari jarak jauh lagi kerana ia berada di puncak Genting Highlands.
Hotel ini menyediakan perkhidmatan penginapan dalam pelbagai pilihan iaitu dari bilik standard yang cukup berpatutan sehingga ke bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia.
Hotel ini merangkumi dua menara gergasi berwarna-warni yang menampilkan sejumlah 6,118 bilik yang menawarkan pemandangan dari puncak gunung.
Dengan akses ke First world Plaza, SkyAvenue, Skytropolis Indoor Theme Park, dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, First World Hotel adalah pilihan yang paling popular dalam kalangan para pelancong.
Penutup
Demikianlah beberapa tempat yang menyeronokkan di Genting yang patut anda tahu. Anda pasti tidak akan menyesal jika berkunjung ke salah satu tempat menarik yang disenaraikan.
Malah anda pasti akan merindui tempat-tempat menarik di Genting ini pada bila-bila masa. Hari percutian anda bersama keluarga pasti tidak akan mengecewakan sama sekali kerana di samping keseronakan yang dirasai, anda juga boleh menikmati kedamaian di suasana peranginan yang cukup menenangkan fikiran.
Sumber:
https://www.thrillophilia.com/places-to-visit-in-genting-highlands