Setiap tempat mempunyai tarikan tersendiri bergitu juga di Johor Bahru. Terdapat berbagai tempat menarik di Johor Bahru untuk percutian dan lawatan bersama keluarga serta teman-teman untuk berseronok atau untuk menghilangkan rasa terkanan.
Senarai Tempat Menarik di Johor Bahru Untuk Percutian dan Lawatan
Pantai Stulang Laut, Johor Bahru
- Terletak di bandaraya Johor Bahru,
- Lokasinya yang berdekatan dengan Zon Bebas Cukai membuatkan ia menjadi tumpuan penduduk sekitar.
- Makanan laut yang disediakan di Medan Selera Stulang sangat menyelerakan dan lazat.
- ramai pengunjung datang pada waktu malam untuk menikamati hidangan seafood sambil melihat keindahan cahaya lampu yang datang dari Singapura.
Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru
- Taman tema ini Mempunyai lebih 70 daya tarikan dan aktiviti menyeronokkan serta mempunyai pusat penginapan sendiri.
- Antaranya adalah rides yang terdiri daripada Dragon’s Apprentice dan Project X.
- Terdapat juga gelongsor air yang sangat best seperti Lego Slide Racer dan Brick Blaster.
- Terdapat Miniland yang memaparkan mini monumen yang dibina dengan Lego seperti KLIA, Putrajaya, Gerbang Istana Sultan Johor, dan bermacam lagi.
- Legoland Hotel juga disediakan untuk pengujung yang ingin menginap disini.
Puteri Harbour Indoor Park, Johor Bahru
- Terletak di Nusajaya.
- Bangunan 4 tingkat ini mengandungi tarikkannya yang tersendiri terutama buat kanak-kanak.
- Setiap tingkat bangunan di sini mempunyai tema yang berbeza.
- Pelbagai café yang bertemakan superhero dan watak kartun terdapat di sini.
- Ia jugak merupakan tempat menarik di Johor Bahru untuk percutian dan lawatan
Sanrio Hello Kitty Town, Johor Bahru
- Berada di tingkat 1 di Puteri Harbour Indoor Park.
- Kawasan ini sangat disukai oleh kanak-kanak perempuan kerana tarikan utamanya ialah Kitty’s House yang dihias seperti rumah Hello Kitty.
- Studio untuk membuat biskut dan barang kemas bertemakan Hello Kitty juga disediakan di sini.
- Terdapat permainan teka teki yang boleh dimain Bersama ibubapa yang di panggil Black Wonder Game. Permain akan diberi pertunjuk.
Austin Heights Water & Adventure Park
- Austin Heights Water & Adventure Park merupakan taman tema air bagi keluarga untuk bergembira dan bermandi-manda diri selepas kepenatan.
- Adventure Park, Jump Street, Skating Rink dan lain-lain aktiviti ada disediakan disini.
The Little Big Club Johor Bahru
- Taman tema yang bertemakan watak kartun kanak-kanak yang terkenal.
- Di tingkat 2, pengunjung dapat bermain bersama Pingu, Barney, Bob the Builder, dan Angelina.
- Manakala tingkat 3 kanak-kanak boleh bermain mainan bertemakan Thomas and Friends.
- terdapat sebuah restoran di sini yang dinamakan Lat’s Place bersempena dengan artis komik Malaysia yang terkenal iaitu Lat.
Desaru Coast Adventure Park
- Desaru Coast Adventure Waterpark berkeluasan 21 ekar dan mempunyai 5 zon tarikan berbeza dengan permainan air dan permainan kering.
- Anda boleh melihat pemandangan lanskap tropika serta Laut China Selatan yang sangat tenang di padang golf Desaru.
Angry Birds Activity Park, Johor Bahru
- Angry Bird yang terletak di Komtar JBCC, mempunyai pelbagai jenis permainan menarik untuk kanak-kanak iaitu Red’s Jungle Run yang dibina seperti permainan animasi Angry Bird.
- Restoran dan kedai cenderamata disediakan di sini untuk pengunjung membeli sebagai kenangan.
Kuso Trick Art Gallery, Johor Bahru
- Galeri ini menyediakan pelbagai lukisan seni yang seakan benar dan sesuai untuk pengunjung yang suka bergambar.
- Terdapat pelbagai tema lukisan komedi, seram dan romantic di galeri ini.
- taklimat ringkas akan diberikan oleh kakitangan galeri kepada pengunjung sebelum memulakan lawatan mereka.
Dinosaur Alive Water Theme Park, Johor Bahru
- Beroperasi pada 2013 dan dikendalikan oleh KSL Hotel & Resort yang bertemakan dinosaur.
- Para pengunjung akan disambut dengan ngauman Tyrannosaurus Rex.
- Terdapat beberapa gelongsor air yang agak kecil dan bersesuian untuk kanak-kanak.
- Replika Dinosaur juga terdapat disini dan ada yang mencapai ketinggian sehingga 85 kaki.
- Dinosaur animasi yang akan bergerak secara tiba-tiba jugak merupakan tarikan lain yang terdapat disini.
- Pkhidmat penyewaan pelampung juga disediakan bagi bengunjung yang ingin menggunakan dan kadar harga yang berpatutan.
Danga Bay, Johor Bahru
- Merupakan kawasan perairan yang mempunyai pelbagai tarikan seperti tempat rekreasi, aktiviti kebudayaan dan taman permainan untuk kanak-kanak.
- Beraneka pilihan makanan terdapat disini yang dijual di gerai tepi jalan hingga restoran mewah bertaraf lima bintang.
- Tiupan angin dari laut dan nyalaan lampu pada waktu malam membuatkan kawasan ini mepunyai pemandangan yang cantik dan nyaman.
- Danga Bay, Johor Bahru meruakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru untuk percutian dan lawatan
Istana Bukit Serene, Johor Bahru
- Terletak di atas Bukit Serene dan merupakan istana diraja dan kediaman rasmi buat Sultan Johor.
- Sering dijadikan tempat untuk upacaran diraja dan mempunyai landskap taman yang cantik.
- Istana Bukit Serene tidak dibuka untuk orang awam tetapi pengunjung boleh datang ke sini untuk bergambar dan melihat sendiri keindahan istana ini dari kawasan luar.
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
- Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah merasmikan masjid ini yang pada tahun 1900 dan merupakan masjid negeri Johor.
- Dibina mengikut seni bina Islam Barat dan mempunyai 4 buah menara di setiap sisi masjid dan nama diambil sempena Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim.
- 3,000 orang mampu berada di dalam masjid ini pada satu masa dan tidak hairan jika ada pengunjung yang beragama Islam dari luar kawasan datang ke sini untuk bersolat dan berehat.
Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru
- Dulu tempat ini adalah pusat pemerintahan Johor dan sekarang ia dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong yang pergi ke Johor Bahru.
- Dibina pada tahun 1940 yang bertujuan untuk menyelaraskan dan menyatukan sistem pentadbiran negeri.
- Bangunan yang mengabungkan seni bina kesultanan Johor, seni bina kolonial dan seni bina Islam.
- Bangunan Sultan Ibrahim merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua.
Semoga tempat menarik di Johor Bahru untuk percutian dan lawatan yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk memilih tempat menarik yang ingin anda lawati jika pergi ke Johor Bahru.
SUMBER: