Apa ya tempat menarik di Mersing? Mersing adalah salah satu daerah di Johor Bahru yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan pelancong asing. Ia dikenali sebagai titik pertukaran ke pulau-pulau indah seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa dan banyak lagi melalui perkhidmatan feri di Jeti Mersing.
Ibu kota Daerah Mersing di Johor terletak di bahagian timur negeri ini dan bersambung dengan negeri Pahang. Dari skala itu, orang ramai mungkin beranggapan bahawa tidak banyak yang dapat dilakukan di bandar Mersing ini, namun anda pasti akan terkejut jika mengetahui tentang apa yang menarik di Mersing ini.
Kembara Hijau di Taman Negara Endau-Rompin
Bagi seorang yang minat pengembaraan di dalam hutan, di Mersing ini anda bolehlah melakukan perjalanan ke Taman Negara Endau-Rompin iaitu kawasan hutan hujan yang dilindungi dan terletak di bahagian timur laut Johor. Dengan keluasan hutan liar seluas 870 meter persegi, ia dipenuhi dengan kehijauan yang subur dan kaya dengan hidupan liar eksotik. Walau bagaimana pun, hanya beberapa kawasan tertentu di taman ini yang boleh diakses oleh pengunjung kerana ia adalah sebuah taman negara yang diwartakan dan tidak boleh diceroboh sesuka hati oleh orang awam.
Aktiviti Jungle Tracking
Di hutan ini, anda boleh melihat keindahan flora dan fauna di habitat semula jadi mereka. Selain aktiviti jungle tracking, anda juga boleh melakukan aktiviti luar yang lain seperti berkhemah di hutan dan mendaki bukit.
Ketika berjalan melintasi hutan hujan tropika, anda mungkin berpeluang melihat haiwan liar yang jarang anda temui seperti rusa tikus, tapir, dan harimau Malaya.
Aktiviti berkhemah di hutan ini sangat menyeronokkkan kerana anda dapat menghirup udara yang segar setiap masa, mendengar bunyi air terjun, suara alam, dan melihat hidupan liar yang jarang ditemui seperti tapir dan babi liar.
Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah salah satu pantai yang paling terkenal di luar pantai Mersing. Ia adalah syurga tropika indah yang terletak sangat dekat dengan negeri Johor walaupun secara teknikalnya ia merupakan sebahagian dari wilayah Pahang.
Pantai ini luas terbentang seluas 136 kilometer persegi dan dikelilingi oleh Laut China Selatan. Pulau ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar, dari burung, primata, katak sehinggalah hidupan laut. Kepelbagian hidupan di kawasan ini menjadi tempat kegemarana bagi seorang pencinta alam untuk menikmati keajaiban alam yang menkajubkan.
Terumbu karang di pulau ini juga masih kekal hidup dan berwarna-warni keran dilindungi daripada segala aktiviti manusia yang meroskkan alam. Para pengunjung yang datang ke pulau ini boleh melakukan pelbagai aktivit menarik seperti aktiviti snorkeling sambil melihat keindahan di bawah laut.
Pulau ini juga mengadakan usaha pemuliharaan menyelamatkan kura-kura, dan anda juga boleh menyertai kempen ini di mana aktiviti seperti membersihkan pantai dan program perlindungan telur penyu dilakukan untuk menyelamatkan ekosistem tempatan.
Pulau Tengah
Pulau Tengah atau lebih dikenali sebagai Pulau Babi Tengah terletak sekitar 30 minit dari jeti Mersing dengan menaiki kapal. Ia juga merupakan sebuah pulau milik persendirian yang menempatkan sebuah tempat peranginan terkenal Batu Batu serta kemudahan pemuliharaan penyu laut.
Tempat peranginan Batu Batu adalah kawasan yang menjadi keutamaan pulau ini kerana reputasinya sering mendahului pulau itu sendiri sehingga orang ramai menyebut pulau itu sebagai Batu Batu di atas Pulau Tengah.
Di pulau ini memiliki sebuah resort yang menampilkan pertukangan dan reka bentuk gaya tradisional Melayu. Selain itu, kawasan resortnya dihiasi dengan sentuhan tropika yang lengkap dengan kelapa sawit, gazebo, tempat tidur gantung, dan kolam renang.
Resort ini juga menawarkan pilihan menginap di vila-vila mereka yang diatur dengan berkelas dan anggun. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung di sini seperti berehat dan memanjakan diri di spa, menikmati hidangan yang enak di The Restaurant, minum-minum pada waktu malam di The Bar dan The Beach Bar, dan belajar menyelam sehingga mendapatkan sijil menyelam yang sah.
Pulau Rawa
Pulau Rawa adalah singkapan berbatu kecil yang dikelilingi oleh perairan pirus dan pasir pucat. Pulau ini juga dinamakan sebagai merpati putih kerana terdapat banyak burung merpati di sekitar pulau ini terbang bebas.
Kehidupan liar di sini juga beragam dan eksotik, bermula dari hidupan laut dan batu karang yang berwarna-warni sehinggalah burung-burung merak yang berwarna-warni.
Walaupun pulau ini jauh lebih kecil daripada dua entri sebelumnya, pulau ini tetap menarik kerana ia menempatkan beberapa tarikan seperti taman air di mana pengunjung dapat bermain luncur air dan bersantai-santai melihat pemandangan perairan Laut China Selatan yang sejuk dan bersih.
Selain taman air dan pemandangan yang indah, di pulau ini juga terdapat restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan, serta penginapan sekiranya pengunjung ingin tinggal lebih lama di pulau ini.
Restoran Mersing Seafood
Mersing Seafood Restaurant menyajikan hidangan makanan laut dengan gaya tempatan yang lazat. Hidangan makanan laut yang disajikan semuanya segar-segar belaka kerana sumber laut yang diambil adalah daripada nelayan tempatan.
Di sini anda boleh mendapatkan makanan laut seperti kerang yang berjus, udang yang manis dan kenyal serta banyak lagi. Restoran ini juga menyediakan hidangan makanan seperti daging babi khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam. Jadi, setiap pengunjung yang datang ke restoran ini boleh memilih hidangan yang diingini mengikut selera masing-masing.
Demikianlah beberapa aktiviti menarik dan tempat yang menyeronkkan di Mersing yang patut anda tahu. Walaupun Mersing bukan sebuah bandar yang besar, namun ia memiliki banyak tempat-tampat yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong dan penduduk tempatan. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk meluangkan masa anda bercuti di Mersing.
Sumber: