Rancang perjalanan cuti cuti Malaysia akan dapat memastikan anda mendapat percutian terbaik pada harga berpatutan. Kalau pergi dengan kawan, lagi seronok.
Ibu bapa pula lain, mereka kalau boleh nak bawa anak-anak ke suatu tempat yang mereka boleh garap perkara baru dan benda tu takkan dapat di kampung halaman sendiri. Di Malaysia, terdapat banyak destinasi untuk dilawati boleh penuhi kemahuan kedua-dua jenis perantau ini.
Ramai yang percaya bahawa Malaysia tidaklah sebesar Eropah dan tidak ada tempat menarik untuk dikunjungi. Tapi sebenarnya anda silap! Malaysia mempunyai pelbagai tarikan, dan ia juga ada tempat tersembunyi yang tidak ramai ketahui.
1. Pulau Rawa Cuti Cuti Malaysia
Pulau Rawa adalah sebuah pantai kecil yang cantik di daerah Mersing, Johor. Dengan hanya dua pilihan tempat penginapan di pulau ini, pantainya sangat terjaga dan tidak tercemar sehingga kini. Jujur cakap, pulau ini sangat memukau dan menakjubkan.
Kepada sesiapa yang datang berkunjung akan disambut dengan pantai pasir memutih, air laut yang kebiruan dan ideal untuk menyelam guna snorkel dan selam scuba. Kalau anda ada lesen selam skuba, bolehlah anda menyelam masuk ke dalam laut Pulau Rawa yang cantik ini.
Lokasi: Mersing, Johor.
2. Sky Mirror di Pantai Sasaran
Pantai Sasaran terletak di Kuala Selangor, tidak jauh dari Kuala Lumpur, bandar tersibuk di Malaysia sejak dari dahulu. Dek kerana pantainya memantul seperti cermin dari langit hanya muncul beberapa hari setiap bulan, orang muda kebanyakannya berseronok di pantai ini.
Berkunjung ke Sky Mirror bersama kawan-kawan lebih seronok lah. Lawatan ke pantai ini boleh diatur melalui agensi pelancongan. Mereka akan uruskan semua benda termasuk menaiki bot menuju ke pantai dan jurugambar profesional yang akan mengambil gambar yang cantik buat anda.
Lokasi: Kuala Selangor, Selangor.
3. The Concubine Lane and Street Art
The Concubine Lane seringkali penuh dengan para pelancong dan warga tempatan. Di setiap lorong, akan ada deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata, makanan ringan jalanan, dan juga pakaian.
Masuk pula di lorong lain yang bernama Street Art, beberapa minit saja dari lorong gerai-gerai tadi. Lukisan menghiasi dinding nampak seakan hidup, pergilah posing sikit pada mural tu. Confirm seronok!
Nampak macam anda menjadi satu dengan lukisan tersebut bila tengok dalam gambar. Tambahan lagi, gambar macam inilah patut anda muat naik di Instagram.
Lokasi: Ipoh, Perak.
4. Pulau Payar Cuti Cuti Malaysia
Percutian ke Taman Marin Pulau Payar, Langkawi, adalah satu cara untuk luangkan masa di hujung minggu bersama keluarga anda.
Lepas dengar benda-benda menarik dari penduduk setempat dan pekerja hotel, anda patut rancang percutian ke Pulau Payar pada kadar harga yang murah. Anda akan diambil dari hotel dan dipandu ke jeti, akan ada sebuah feri yang menunggu. Anda akan sampai ke taman marin satu jam kemudian.
Duit yang dibelanjakan dijamin berbaloi. Laut di sini sangat jernih anda boleh nampak ikan berenang-renang, siap boleh nampak dasar laut lagi. Jadi lagi seronok bila anak ikan jerung datang berenang di sebelah. Mereka kecil lagi, jadi tidak lah berbahaya.
Lokasi: Langkawi, Kedah.
5. Time Capsule Retreat
Resort ini merupakan perniagaan kecil sebuah keluarga dan terletak di tengah-tengah Sungai Lembing Kuantan, Pahang. Time Capsule Retreat berhadapan dengan hutan menghijau dengan pemandangan yang sedap mata memandang, suhu sejuk dan suasana yang tenang.
Lokasi: Kuantan, Pahang.
6. The Blue Mansion Cuti Cuti Malaysia
Rumah agam ini bertapak 4 kilometer dari persisiran laut Gurney Drive, telah berdiri teguh selama hampir satu abad berdasarkan binaan arkitek yang kukuh, budaya dan kisah sejarah yang banyak.
Halaman The Blue Mansion dilengkapi dengan teres yang cantik dan ruang makan. Menginap di sini rasa macam pergi balik ke zaman keindahan Pulau Pinang di abad 19.
Lokasi: George Town, Pulau Pinang.
7. Sekeping Serendah Retreat
Tempat berehat persendirian ini berada di Serendah, satu jam dari utara Kuala Lumpur yang mengkhususkan kepada keindahan alam semulajadi di sekelilingnya.
Struktur tempat ini sangat sederhana, dan ianya dikenali sebagai “khemah yang dibesar-besarkan”. Ia diperbuat daripada teratak khemah yang terapung di antara lantai kayuan bersebelahan dan berayun.
Lokasi: Serendah, Selangor.
8. The Dusun Cuti Cuti Malaysia
Resort alam semulajadi kecil di Negeri Sembilan ini mempunyai tujuh buah rumah, setiap darinya berbeza reka bentuknya. Tetamu boleh nikmati kesegaran alam sambil bantu memeliharanya dan mendapat sedikit waktu bersendiri.
Lokasi: Negeri Sembilan.
9. Tabin Wildlife Resort Cuti Cuti Malaysia
Tabin Wildlife Resort ada 20 buah kabin hutan hujan dan bertapak di Sabah. Sepuluh darinya adalah kabin sungai, setiap satu ialah kabin kayu-kayu asli Borneo yang boleh memuatkan sehingga tiga orang tetamu.
Sepuluh buah lagi ialah kabin bukit yang juga kabin kayuan asli dari Borneo.
Lokasi: Lahad Datu, Sabah.
Kalau nak borak pasal tempat-tempat menarik di Malaysia, takkan habis ya. Boleh kata bersepah, dan akan datang ada banyak lagi. Negara kita sama menakjubkan seperti negara-negara lain, kita je kena rajin teroka lebih sikit. Kalau kita penduduk tempatan tidak belajar untuk menghargainya, siapa lagi kan?
Cuti cuti Malaysia ini akan jadi sangat menyeronokkan bila anda melawat ke tempat-tempat di atas bila ada masa nanti. Tangkap gambar, rakam video banyak-banyak sebagai kenangan. Mata kita tidak cukup untuk kaut semua kenangan yang bakal dibina.
Selamat menghargai keindahan negara kita. Jaga diri.
Sources:
https://travelblog.expedia.com.my/asia/malaysia/best-places-visit-malaysia/#tabpanel27
20 Unique Places In Malaysia For You To Check Out During Your Next Staycation