Now Reading
Tempoh haid tidak teratur – Punca, Komplikasi, Pandangan dan Rawatan

Tempoh haid tidak teratur – Punca, Komplikasi, Pandangan dan Rawatan

tempoh haid tidak teratur

Terdapat pelbagai julat “normal” apabila kita bercakap berkenaan kitaran haid. Namun begitu, tempoh haid anda tidak sepatutnya menjadi satu masalah dari bulan demi bulan. Sekiranya ia terlalu berat atau tidak dapat diramalkan serta menghalang anda melakukan beberapa aktiviti atau membuat anda terlepas kerja atau sekolah, anda mungkin mempunyai keadaan perubatan yang harus dirawat.

Doktor akan memeriksa perkara ini apabila mendiagnosis pendarahan rahim yang tidak normal:

  • Berapa kerap anda mendapat haid: haid anda mestilah berlaku agak kerap dengan tempoh setiap kitaran biasanya tidak boleh berubah lebih dari seminggu. Jika ia lebih pendek daripada 3 minggu atau lebih lama daripada 5 minggu, itu boleh menjadi tanda adanya masalah dengan rahim anda.
  • Berapa lama haid berlaku: haid biasa berlangsung selama 4 atau 5 hari. Sekiranya anda sering mendapat haid kurang dari 2 hari atau lebih lama daripada seminggu, itu boleh bermakna adanya suatu masalah.
  • Berapa banyak darah haid: Kebanyakan wanita hanya kehilangan kira-kira 2 sudu makan darah setiap kali haid. Lebih daripada 5 sudu itu dianggap terlalu banyak, tetapi hal itu sukar untuk diadili. Pastikan doktor anda tahu jika anda memerlukan lebih daripada satu tampon atau pad dalam masa satu jam. Pendarahan haid luar biasa dipanggil sebagai ‘menorrhagia’.
  • Anda mempunyai tompok-tompok antara haid.
  • Anda mengalami pendarahan selepas seks.
  • Jika anda hamil atau sudah menopaus tetapi mengalami sebarang pendarahan, hubungi doktor anda.
  • Sesetengah tompokan adalah biasa pada awal kehamilan, tetapi pendarahan boleh menjadi tanda keadaan serius yang disebut kehamilan ektopik. Ia terjadi apabila implan telur disenyawakan di luar rahim terutamanya di dalam tiub fallopian. Ia juga boleh bermakna bahawa anda mengalami keguguran.
  • Selepas menopaus, wanita yang mengambil terapi penggantian hormon mungkin masih mempunyai haid. Namun, apa-apa pendarahan yang berlaku perlu diperiksa.

 

Punca-punca Tempoh haid tidak teratur (pendarahan rahim yang tidak normal)

Istilah perubatan bagi pendarahan antara haid adalah ‘metrorrhagia’. Ia juga dikenali sebagai tompokan atau pendarahan pelepasan.

Kitaran haid merujuk kepada tempoh masa antara hari pertama haid dan hari pertama haid yang seterusnya. Di samping itu, kitaran ini biasanya berlangsung antara 25 dan 30 hari tetapi boleh menjadi lebih lama atau lebih pendek.

Haid merujuk keadaan apabila seorang wanita mengalami pendarahan setiap bulan. Ia biasanya berlangsung antara 2 dan 7 hari. Haid juga adalah berbeza untuk setiap wanita.

Terdapat pelbagai sebab pendarahan antara haid berlaku seperti:

– Kontraseptif hormon

Kontraseptif hormon adalah punca biasa pendarahan faraj yang berlaku antara tempoh haid. Jika faktor ini menyebabkan pendarahan yang tidak teratur, ia biasanya hanya berlaku untuk 3 bulan pertama selepas individu menggunakan kontraseptif.

Beberapa contoh kontraseptif hormon termasuk:

  • Peranti intrauterin.
  • Pelekat kawalan kelahiran.
  • Gegelung faraj.
  • Pil kontraseptif.
  • Implan kontraseptif.

Sekiranya pendarahan antara haid adalah terlalu banyak atau bertahan selama lebih dari 3 bulan, ianya mungkin idea yang baik untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan. Bertukar kepada bentuk alternatif kontraseptif mampu menghentikan pendarahan pelepasan ini.

Seterusnya, pendarahan antara haid boleh berlaku jika seseorang tidak mengambil kontrasepsi hormon mengikut arahan. Sebagai contoh, seorang wanita mungkin melangkau pengambilan pil kontraseptif, atau mempunyai masalah dengan tampalan kawalan kelahiran. Ini kadangkala boleh menyebabkan penompokan.

– Kontraseptif kecemasan

Menggunakan kontraseptif kecemasan juga boleh menyebabkan pendarahan. Ini berlaku bagi kedua-dua bentuk kontraseptif kecemasan yang melibatkan pil selepas pagi dan peranti intrauterin.

– Pendarahan implan

Sesetengah wanita mengalami penompokan tidak lama selepas mengandung dan ini menandakan keadaan apabila telur yang disenyawa dimasukkan ke dalam lapisan rahim. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Wanita yang terlibat juga mungkin merasakan sedikit kekejangan di bahagian rahim mereka.

– Keguguran

Pendarahan antara haid adalah satu tanda awal keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa semasa mengandung dan mungkin berlaku sebelum seorang wanita menyedari bahawa dia sedang hamil.

– Pendarahan selepas keguguran

Ramai orang mengalami pendarahan selepas mengalami pengguguran. Penompokan boleh berlangsung selama beberapa minggu selepas menjalani prosedur klinik atau selepas mengambil pil pengguguran. Jika pendarahan berlaku dengan sangat banyak dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera.

– Jangkitan seksual

Sesetengah jangkitan seksual boleh menyebabkan pendarahan faraj seperti Chlamydia. Sama seperti penompokan antara haid, Chlamydia boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas hubungan seks.

– Kecederaan

Jika kulit atau tisu faraj rosak, ia boleh menjadi berdarah. Cara paling biasa keadaan ini berlaku adalah semasa melakukan hubungan seks. Ia lebih berpotensi untuk berlaku sekiranya faraj dalam keadaan kering.

Badan menghasilkan pelincir semula jadi yang menyediakan faraj untuk hubungan seks. Kekeringan faraj boleh berlaku disebabkan banyak faktor termasuklah kekurangan rasa ghairah, perubahan tahap hormon akibat menopaus, diabetes atau rawatan kanser.

– Menopaus atau perimenopaus

Menopaus biasanya berlaku antara umur 45 dan 55 tahun. Ia merupakan satu tempoh di mana seorang wanita sudah tidak mempunyai haid selama 1 tahun.

Perimenopaus adalah haid yang mendorong kepada menopaus. Keadaan ini boleh bertahan sehingga 10 tahun sementara tahap hormon dalam badan berubah-ubah.

Seterusnya, tahap hormon biasanya dalam keadaan tidak stabil semasa tempoh perimenopaus. Ini boleh menyebabkan keadaan haid yang tidak teratur, tompokan dan pendarahan yang banyak.

– Polip dalam serviks atau faraj

Polip adalah pertumbuhan kecil yang boleh boleh berkembang pada rahim atau pada serviks yang merupakan struktur antara vagina dan rahim. Dalam sesetengah kes, polip boleh menyebabkan pendarahan dan mungkin perlu dikeluarkan.

– Kanser tertentu

Dalam kebanyakan kes, pendarahan antara haid tidak menjadi satu kebimbangan. Walau bagaimanapun, pendarahan faraj yang berlaku antara haid adalah satu simptom yang mungkin mendorong kepada jenis kanser tertentu. Kanser serviks boleh menjejaskan wanita dari pelbagai usia. Ia biasanya berlaku pada wanita yang aktif secara seksual di antara umur 30 dan 45 tahun.

Pendarahan antara haid atau selepas hubungan seks biasanya merupakan simptom pertama kanser serviks. Simptom awal lain termasuklah kesakitan atau ketidakselesaan semasa melakukan hubungan seks atau pelepasan faraj yang tidak menyenangkan.

Seterusnya, kanser rahim lebih cenderung berlaku pada wanita berumur lebih 50 tahun. Pendarahan faraj juga merupakan simptom awal kanser jenis ini, terutamanya jika pendarahan itu berlaku selepas menopaus.

Kanser rahim kebanyakannya memberi kesan kepada wanita yang telah mencapai tahap menopause yang bermakna mereka tidak lagi mempunyai haid. Disebabkan itulah sebarang pendarahan faraj selepas menopaus perlu dianggap sebagai luar biasa.

Jika wanita belum mencapai tahap menopaus, pendarahan mungkin berlaku disebabkan haid. Kadangkala pendarahan adalah lebih banyak daripada biasa. Simptom yang kurang biasa termasuklah rasa sakit semasa melakukan hubungan seks atau sakit di bahagian perut.

– Sindrom ovarium polisistik

Sindrom ovarium polisistik adalah keadaan yang boleh menyebabkan haid tidak teratur, serta beberapa pendarahan yang berlaku antara haid. Simptom lain termasuklah masalah kesuburan, berat badan dan kulit berminyak atau berjerawat.

– Endometriosis atau adenomiosis

Keadaan kronik yang menjejaskan rahim seperti endometriosis atau adenomiosis boleh menyebabkan berlakunya pendarahan atau tompokan antara haid. Keadaan ini juga boleh menyebabkan haid yang banyak atau menyakitkan di antara haid.

 

Komplikasi Tempoh haid tidak teratur (pendarahan rahim yang tidak normal)

Pendarahan vagina antara haid boleh menyebabkan kebimbangan atau tekanan. Ia juga mungkin menyakitkan atau menjadi tidak selesa bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini.

Sesiapa sahaja yang mengalami masalah ini kerana faktor kesihatan, seperti jangkitan seksual, harus mendapatkan rawatan secepat mungkin. Dalam kes-kes yang serius, jangkitan ini boleh menimbulkan masalah dengan tahap kesuburan individu.

Diagnosis kanser yang awal boleh meningkatkan peluang rawatan yang dibuat untuk berjaya dan dapat menyembuhkan seseorang.

 

Pandangan tentang Tempoh haid tidak teratur (pendarahan rahim yang tidak normal)

Sebab-sebab paling biasa berlakunya pendarahan faraj antara haid adalah kontraseptif hormon atau perubahan yang berkaitan dengan proses menopaus.

Pemeriksaan serviks secara teratur adalah bahagian penting sebagai langkah pencegahan kesihatan yang dapat membantu mencari sel-sel luar biasa dengan lebih awal.

Dengan menyedari apa-apa simptom lain serta mendapatkan nasihat perubatan boleh membantu doktor untuk mendiagnosis atau menolak sebarang kemungkinan masalah kesihatan lain.

 

Rawatan Tempoh haid tidak teratur (pendarahan rahim yang tidak normal)

Ini bergantung kepada punca berlakunya pendarahan rahim yang tidak normal. Jika penyakit kronik atau gangguan darah adalah punca yang menyebabkan simptom anda, membuat rawatan boleh membantu. Rawatan ini juga bergantung kepada sama ada anda merancang untuk mempunyai anak atau tidak kerana ia mungkin tidak selamat untuk hamil selepas melakukan beberapa rawatan. Namun begitu, ada juga individu yang masih boleh hamil semasa melakukan rawatan yang sama. Sekiranya anda hampir mencecah tempoh menopaus, doktor mungkin akan mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat sahaja kerana simptom anda biasanya akan menjadi lebih baik dengan sendiri.

– Ubat-ubatan

Ubat-ubatan ini biasanya menjadi perkara pertama yang dicuba oleh doktor anda seperti:

  • Hormon. Pil kawalan kelahiran dan rawatan hormon lain mungkin dapat memberi anda kitaran haid yang tetap dan pengaliran darah yang lebih ringan.
  • Agonis hormon Gonadotropin-pelepasan. Ini akan menghentikan tubuh anda daripada menghasil hormon tertentu. Mereka boleh mengecutkan fibroid buat sementara, tetapi biasanya digunakan bersama dengan rawatan lain.
  • NSAIDS. Jika anda mengambil ubat anti-radang seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum haid anda bermula, mereka boleh membantu untuk meringankan pendarahan.
  • Asid Tranexamic. Ini adalah pil yang membantu dalam pembekuan darah anda dan boleh mengawal pendarahan rahim yang banyak.

Bagi sesetengah wanita, IUD yang melepaskan hormon dipanggil sebagai progestin boleh menghentikan pendarahan yang banyak. Ramai wanita yang telah menggunakannya tidak mendapat haid sama sekali.

– Pembedahan

Kadangkala pembedahan juga diperlukan untuk menghentikan pendarahan:

  • ‘Ablation Endometrial’. Kaedah ini menggunakan haba, sejuk, elektrik, atau laser untuk memusnahkan lapisan rahim. Ia mungkin menamatkan haid anda secara sepenuhnya. Anda juga mungkin tidak akan dapat hamil selepas melakukannya, dan ia boleh menjadi sangat berbahaya jika anda melakukannya. Anda perlu menggunakan ubat kawalan kelahiran sehingga menopaus.
  • Embolisasi arteri myomektomi atau rahim. Sekiranya anda mempunyai fibroid, doktor anda boleh mengeluarkannya atau memotong saluran yang membekalkannya dengan darah.
  • Histerektomi. Ini berlaku ketika rahim anda dikeluarkan. Anda mungkin memerlukan histerektomi jika fibroid anda adalah sangat besar atau jika anda mempunyai kanser endometrium atau rahim. Jika tidak, ia adalah usaha terakhir sekiranya rawatan lain tidak berfungsi.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/178635

https://www.webmd.com/women/why-is-my-period-so-random

https://www.healthline.com/health/menstrual-periods-heavy-prolonged-or-irregular

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186#:~:text=Your%20periods%20become%20erratic%20after,more%20than%2035%20days%20apart

error: Content is protected !!