JPJ Online telah beroperasi pada fasa 1 pelan pemulihan negara mulai 1 julai 2021 dan segala urusan di kaunter JPJ tidak dibenarkan secara Walk-in.
Pengoperasian Kaunter JPJ Dalam Tempoh PKP
Pengoperasian kaunter JPJ semasa tempoh PKP Fasa 1 adalah seperti berikut:
- Semua urusniaga yang tidak boleh dilakukan secara atas talian sahaja dibenarkan.
- Waktu beroperasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.
- Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor waktu operasi adalah pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 9.00pagi hingga 3.00petang)
- Kaedah pembayaran adalah Tunai/Cashless
- Semua urusan adalah secara temujanji berjadual dan walk-in tidak dibenarkan
Cara Membuat Temujanji JPJ Online
Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal, akan terbatal. Ini adalah Langkah-langkah untuk membuat temu janji JPJ online:
- Klik pada pautan temujanji online mengikut negeri anda:
- JPJ Negeri Pahang https://sto.iactims.my
- JPJ Negeri Kedah https://forms.gle/7J78wvvPwsqhANNd7
- JPJ Cawangan Sri Manjung: https://docs.google.com/…/1_zuedO-LozPHh…/closedform
- JPJ WP Labuan https://forms.gle/hwTdComr4WFA6Xh97
- Baca Terma dan Syarat dan klik pada checkbox yang disediakan.
- Klik pada pilihan butang Temujanji Baru, kemudian Temujanji Baru.
- Klik Pada Temujanji Individu
- Pilih Negeri, Cawangan JPJ, Bahagian / Unit dan Urusniaga yang hendak dilakukan.
- Sila pilih Tarikh dan Masa temujanji (Slot yang telah penuh tidak boleh dipilih), tekan butang biru di akhir paparan.
- Anda perlu memasukkan No Kad Pengenalan untuk pengesahan. kemudian klik pada butang Teruskan
- Masukkan semua butiran dibawah dan Klik pada butang “Buat Temujanji” untuk mengesahkan permohonan Slot Temujanji JPJ Online.
- Isikan Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
- Isikan Nombor Pengenalan (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
- Masukkan nombor telefon bimbit (Contoh: 0123456789).
- Sekiranya proses pendaftaran berjaya Maklumat Pemohon dan Maklumat Temujanji akan dipaparkan pada Slip Temujanji.
- Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sistem dalam talian, sila hubungi nombor telefon mengikut cawangan yang ingin dihadiri seperti yang terdapat pada pautan ini.
Soalan Lazim
Apakah urusniaga yang boleh diwakilkan melalui kiosk jpj?
- Pembayaran Saman
- Pembaharuan LKM/Roadtax (Persendirian)
- Cetakan Pertama LKM/Roadtax (Persendirian)
- Cetakan Pertama Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Apakah urusniaga yang tidak boleh diwakilkan melalui JPJ Online?
- Cetak Maklumat Kenderaan
- Cetak Maklumat Lesen
- Salinan LKM/Roadtax (Persendirian)
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Bagaimana cara penentuan giliran temujanji JPJ online?
Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
Sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia
Sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang bertindak mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.
Pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang pada sebelum tahun 1937. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.
Satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan mengantikan Enakmen Lalulintas 1937. Bahagian Penguatkuasaaan telah diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan seperti tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya terhadap kenderaan perdagangan.
Sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.
Objektif
- Mewujud dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.
- Mewujud dan mentadbir sistem latihan, pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.
- Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya.
- Mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap dan berintegriti bagi memenuhi keperluan pengguna alam sekitar serta industri automotif negara.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda jika ada urusian di kauter Jabatan Pengangkutan Jalan Raya.
Sumber: