Tentang Kami

Anda ingin menjadi lebih cemerlang. Kami sedia bersama anda.

Di CeriaSihat.com, kami menyedari bahawa gaya hidup sihat adalah suatu perjalanan dan bukannya destinasi. Matlamat kami adalah untuk menggalak dan menyokong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih berjaya, lebih bermakna dan lebih ceria.

Kami harap anda memanfaatkan semua kandungan kami – samada artikel, video atau komuniti kami.

Terima kasih,
Pasukan CeriaSihat.com

Tentang kami

Bukanlah senang untuk melangkaui batasan hidup, lebih-lebih lagi dalam hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Tetapi, untuk mereka yang ingin membaiki diri dalam pelbagai aspek hidup, kami sentiasa disini. CeriaSihat akan terus menulis kandungan bermanfaat dan memberi maklumat baru. Ini seperti apa yang baik dimakan, macam mana bersenam, bagaimana melabur dan banyak lagi.

Sekiranya maklumat untuk membaiki diri lebih mudah didapati, lebih ramai akan digalakkan dan mempunyai ilmu untuk menjalani gaya hidup yang cemerlang dan lebih memuaskan.

Inilah impian kami di CeriaSihat.com untuk membekalkan portal sehenti ini.

 

Dapatkan yang terkini

Dapatkan pendidikan dan inspirasi dengan video, artikel, dan banyak lagi yang membawa anda berita terkini dan semua yang anda perlu ketahui dalam kehidupan holistik dan kesejahteraan di Malaysia.

Juga, sertai program kesihatan dalam talian kami yang diusahakan untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan anda.

Pendekatan

Kami percaya yang penjagaan kehidupan memerlukan cara yang holistik merangkumi makanan, senaman, kewangan, perhubungan, kediaman atau pertumbuhan rohani.

Ketepatan

Kami memastikan kandungan yang dipaparkan adalah selaras dengan nilai-nilai kami serta pengetahuan perubatan saintifik yang sahih dan terkini.

Komitmen

Aktiviti oleh pengasas dan pasukan kami didukung oleh semangat untuk memberi impak positif dalam kehidupan orang ramai.

Laman ini didedikasikan untuk membantu pembaca meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Dasar Iklan dan Penajaan

CeriaSihat menerima dana dari iklan atau kandungan yang ditaja. Pembiayaan dari pengiklan kami membolehkan kami beroperasi memberikan lebih banyak maklumat termasuk video, animasi, dan artikel dari pelbagai pakar.

Kami mengikuti garis panduan iklan dan tajaan khusus untuk memastikan iklan tidak mengganggu integriti terbitan kami.

Terma & Syarat Penggunaan

Kandungan kami hanya untuk tujuan maklumat dan tidak bukanlah untuk menjadi pengganti nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan profesional.

Anda sentiasa hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau pembekal perkhidmatan kesihatan lain yang berkelayakkan dengan sebarang pertanyaan yang anda ada mengenai keadaan perubatan.

Sekiranya anda fikir anda mungkin mengalami kecemasan perubatan, segera hubungi talian kecemasan 999.

Sila baca Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.

 

Polisi Peribadi

CeriaSihat berusaha melindungi keperibadian pembaca dan pelanggan. Oleh kerana perlindungan pelanggan adalah keutamaan kami, kami secara proaktif memastikan keselamatan laman web kami.

CeriaSihat tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pemasar pihak ketiga.

Kami komited untuk memajukan inisiatif privasi pelanggan.

Sila baca Polisi Peribadi kami untuk maklumat lanjut.