Tepung jagung merujuk kepada serbuk halus yang terhasil daripada biji jagung.
Anda mungkin melihat tepung jagung di kebanyakan bahagian pembakaran roti dan sebagainya di kedai runcit, tetapi anda mungkin tidak tahu apakan fungsi lain yang harus boleh dilakukan dengannya.
Apa yang mungkin anda tidak sedari adalah bahawa tepung jagung mempunyai banyak kegunaan lain di sekitar rumah bukan hanya digunakan di dapur sahaja.
Oleh itu, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai tepung jagung seperti di bawah.
Apakah itu tepung jagung?
Tepung jagung adalah sejenis tepung yang digiling dari biji jagung kering. Ia mengandungi sekam, kuman dan endosperma jagung serta dianggap sebagai tepung bijirin penuh.
Selain itu, tepung jagung biasanya berwarna kuning, tetapi boleh juga berwarna putih atau kebiruab bergantung pada jenis jagung yang digunakannya. Teksturnya halus, serupa dengan tepung gandum.
Seterusnya, ia bukan hanya bebas gluten yang dapat menjadi alternatif bagi tepung putih atau tepung gandum, tetapi juga digunakan untuk memekatkan kuah atau membuat tortilla serta makanan panggang lain tanpa menggunakan gluten. Ia juga mudah dicerna dan baik untuk sistem pencernaan.
Sebelum memilih tepung jagung, pilih jenis tepung jagung tanpa gumpalan atau dengan warna yang sekata. Serta, lihat pada tarikh luputnya juga.
Cap Bintang Corn Starch 400g
RM 1.85
Tepung jagung jenama Star Brand mempunyai tekstur lembut dan halus. Ia sering digunakan sebagai agen pemekat untuk kuah, sos, sup dan lain-lain, dan dicampurkan dengan tepung lain untuk membuat kuih, kek, biskut dan pencuci mulut.
Sekarang, apakah kegunaan tepung jagung?
1. Masakan
Tepung jagung boleh digunakan sebagai pengikat untuk potongan daging atau makanan serupa, atau sebagai pemekat bagi sos, hidangan stu dan sup. Pastikan anda sentiasa campurkan tepung jagung dan air sejuk menjadi seperti pes sebelum menambahkannya ke dalam makanan yang dipanaskan untuk mengelakkan ketulan. Apabila pes tepung jagung ditambahkan, masak dengan api kecil dan didihkan selama kira-kira satu minit. Jangan masak terlalu lama kerana ia akan mula pecah dan menipis. Kacau secara berterusan tetapi secara lembut. Malah, pukulan yang kuat juga akan menyebabkan berlakunya kehilangan tekstur.
2. Pembakaran roti
Tepung jagung adalah alternatif yang bebas gluten berbanding tepung biasa untuk proses menggoreng, membakar serta bagi pembuatan sos dan kuah. Antara resepi roti bebas gluten yang boleh anda sediakan di rumah dengan hanya menggunakan ramuan yang sedikit adalah seperti roti tepung beras, ‘buckwheat’ dan roti quinoa.
3. Mengeluarkan kesan daki/ kotoran
Tepung jagung juga dapat membantu menghilangkan kesan kotoran yang sukar dihilangkan. Pertama, gunakan kain bersih untuk menghilangkan kekotoran. Kemudian, tutup selaputi setiap bahagian kotoran tersebut dengan tepung jagung, biarkan selama 10 minit agar ia menyerap kekotoran itu. Seterusnya, buang tepung jagung berlebihan dalam singki. Akhirnya, gunakan kain bersih bersama cuka untuk mengelap sisa kekotoran yang ada dan basuh seperti biasa.
JALEN ARTIFICIAL VINEGAR 325ML
RM 2.55
Cuka buatan Jalen adalah penyelesaian ekonomi untuk setiap hidangan masakan. Produk ini jernih, tidak berwarna dengan rasa asetik yang bersih dan bebas dari bau dan perisa dan produk tersebut tidak mengandungi bahan asing. Sesuai untuk pelbagai tujuan memasak.
4. Menghilangkan kesan darah
Menghilangkan kesan darah daripada kain boleh menjadi satu perkara yang sukar. Tetapi, anda sebenarnya boleh membersihkannya jika anda merawatnya dengan betul sebelum mencucinya. Ianya sudah mencukupi untuk mencampurkan tepung jagung bersama air untuk membentuk pes yang pekat. Gosokkan pes ke bahagian kesan darah itu, gantung kain sehingga kering di bawah sinar matahari. Kemudian, buang pes tambahan dan basuh seperti biasa.
5. Berfungsi sebagai deodoran
Tekstur halus tepung jagung adalah sangat baik untuk menjaga bau badan yang tidak menyenangkan memandangkan ia boleh menyerap kelembapan pada badan. Cairkan 2 hingga 3 sudu minyak kelapa hingga cair, campurkan 1/8 cawan tepung jagung dan 1/8 cawan soda penaik. Masukkan bahan kering ke dalam minyak kelapa untuk membentuk pes. Ia kemudian boleh disimpan di dalam balang dan digunakan seperti losyen atau di dalam peti sejuk bagi kesan seperti deodoran jenis ’stick’.
Kokonut Coconut Oil Cooking
RM 37.00
Minyak Masak Kelapa dikatakan paling sihat dari semua minyak yang boleh dimakan. Ia kaya dengan asid lemak bermanfaat yang diperlukan oleh badan anda untuk pertumbuhan dan perkembangan. Minyak Masak Kelapa Kokonut tidak mempunyai rasa atau aroma kelapa dan anda bebas menggunakannya untuk semua jenis masakan.
6. Menghasilkan mandian susu jenis DIY
Gabungan susu, tepung jagung dan soda bi-karb bersama beberapa minyak pati adalah kaedah terbaik untuk mencegah kulit kering terutama pada musim sejuk. Campurkan 2 cawan susu tepung, cawan tepung jagung, cawan soda bi-karb bersama-sama dalam balang. Setelah dicampur dengan baik, tambahkan 10 titis minyak pati seperti lavender. Biarkan selama 24 jam sebelum menggunakannya. Tambahkan 1 hingga 2 cawan campuran mandian susu ke dalam air suam untuk mendapatkan mandian yang tenang.
7. Membersihkan bulu haiwan peliharaan
Kegunaan ini pada dasarnya berfungsi sebagai syampu kering bagi haiwan kesayangan anda. Sapu bulu haiwan peliharaan dengan tepung jagung, sikat serta sisirnya dengan rapi dan anda akan mendapati bahawa ia dapat menghilangkan semua kotoran dari bulu haiwan kesayangan anda.
8. Membersihkan tingkap
Bagi mendapatkan hasil tingkap bersih berkilau, tambahkan 1/2 cawan tepung jagung ke dalam larutan pembersih tingkap biasa anda. Ini akan menambahkan kualiti baik yang membantu menghilangkan kotoran daripada tingkap anda. Bagi pencuci tingkap alternatif secara DIY, gabungkan 1/4 cawan ‘rubbing alcohol’, 1/4 cawan cuka putih, 1 sudu tepung jagung dan 2 cawan air. Goncangkan dengan baik sebelum menyemburkannya di tingkap anda, kemudian lap tingkap dengan kain yang bersih.
9. Hilangkan Bau Hancing
Sekiranya anda pencinta haiwan dan memiliki haiwan peliharaan kadang anda mungkin berhadapan dengan masalah kesan atau sisa air kencing si bulu anda tersebut. Tepung jagung boleh menyelesaikan masalah anda. Untuk membersihkan sisa dan kesan najis tersebut anda perlulah lapikkan permukaan kawasan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan air. Kemudian setelah kering anda boleh bersihkan kawasan tersebut dengan air. Antara bahan alternatif yang selamat digunakan untuk haiwan anda adalah bahan yang tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang mungkin memberikan kesan sampingan kepada anda.
10. Hilangkan contengan
Kalau anda memiliki anak kecil yang sedang seronok meneroka rumah ini pastinya tips yang anda nanti-nantikan. Kanak-kanak pada peringkat dunia imaginasi mereka pastinya banyak idea dan kadang-kadang meluahkan segalanya melalui lukisan mereka di dinding rumah. Jangan marah dulu! Jangan bantutkan kreativiti anak anda. Anda boleh hilangkan kesan contengan krayon pada dinding dengan menggunakan sebatian tepung jagung yang dicampur air. Sapukan campuran tersebut pada kawasan yang terbabit setelah kering anda hanya perlu lap. Selesai.
11. Menggilap perabot.
Anda hanya perlu tambahkan tepung jagung dengan bahan cecair penggilap untuk membersihkan atau menggilap perabot kayu anda. Kesannya perabot kayu anda akan jadi lebih berkilat.
12. Pelembut Kain
Alamak pelembut kain habis, tak sempat nak pergi beli! Jangan risau anda hanya perlukan 2 sudu tepung jagung, baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential dan jadilah pelembut home made anda.
MERIAH Pure Baking Soda (500 g)
RM 7.00
Serbaguna:
- Baking
- Membersihkan
- Menghilangkan bau
- Disahkan halal
Banyakkan kegunaan tepung jagung? Apa kata anda try uji keberkesanannya, selamat mencuba!
pembersih tingkap biasa anda. Ini akan menambahkan kualiti baik yang membantu
SUMBER
https://www.allrecipes.com/article/what-corn-flour/
https://www.tarladalal.com/glossary-cornflour-112i
https://homehacks.co/10-uses-cornflour-never-crossed-mind-will-simplify-life/