Now Reading
Terokai Alam Taman Rama-Rama di Bandar Kuala Lumpur

Terokai Alam Taman Rama-Rama di Bandar Kuala Lumpur

rama-rama

Rama–rama adalah serangga yang dianggap sebagai mahkluk yang cantik dan menjadi kegemaran sesetengah peminat landskap dan pemandangan indah.Kewujudan rama-rama membuktikan keindahan dan ketenangan sesuatu kawasan bagi mereka. Dikerumuni oleh rama-rama sesaat berjalan di taman nan menghijau bagai di alam fantasi saja.

Di tengah bandar Kuala Lumpur ini terdapat sebuah Taman Rama-rama yang agak lama dibuka semenjak pada tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi tentang rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk saiz dan warnanya, kemudian bertukar menjadi kepada kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Maka, mengunjungi Taman Rama-rama Kuala Lumpur bersama keluarga dan kanak-kanak sememangnya destinasi yang wajar kerana anda bukan saja boleh melihat rama-rama tetapi dapat juga menambah ilmu pengetahuan mengenai serangga yang cantik ini.

Waktu operasi

Ia terletak di Taman Tasik Perdana, taman rama-rama ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Harga tiket

Harga yang dikenakan kepada warganegara Malaysia untuk barangan dan perkhidmatan berbeza daripada yang dikenakan kepada bukan warganegara. Jika anda warganegara Malaysia, harga tiket untuk dewasa ialah RM11 dan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 11 tahun RM6. Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung bukan warganegara ialah RM24 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, khususnya warganegara Malaysia, anda boleh membeli pakej keluarga untuk dua dewasa dan tiga kanak-kanak pada harga RM34 sahaja. Pastikan anda membawa MyKad dan MyKid anda apabila anda datang ke kaunter, kerana kakitangan mungkin meminta mereka untuk mendapatkan harga istimewa.

Apakah tarikan di dalam Taman Rama-Rama Kuala Lumpur?

Taman ini dibina dengan lanskap tanam-tanamTaman ini mempunyai landskap yang indah dengan tumbuhan dan hidupan liar yang menarik.Terdapat air pancut, kolam ikan koi dan kolam penyu air tawar, semuanya senang dilihat. Nak beli makanan ikan untuk beri makan ikan koi jinak di kaunter tiket pun boleh. Hanya makanan untuk ikan disediakan di kaunter tiket. Oleh itu, pastikan anda membeli tiket anda sebelum memberi makan ikan supaya anda tidak membazir wang anda. Terdapat juga pondok kecil untuk pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan taman yang indah.

Di beberapa sudut di sini juga terdapat kuntum-kuntum bunga yang disembur larutan madu sebagai makanan tambahan rama-rama (jika berlaku kekurangan manisan dari bunga hidup). Ia sebenarnya bukan sahaja untuk menamabahkan kecantikan taman in, malah ia bertujuan untuk rama-rama yang memerlukan makanan tambahan.

Selain itu, jikalau anda melihat di celah-celah rimbunan pokok secara terperinci, anda mungkin turut berpeluang melihat ulat beluncas dan kepompong yang menjadi komponen penting dalam kitaran hidup rama-rama. Ketika di sini, barulah anda dapat mengetahui bahawa bergantung kepada spesis, rata-rata jangka hayat rama-rama dewasa tidak lama. Rama-rama yang biasa dilihat di taman atau halaman rumah biasanya hanya hidup selama kira-kira satu atau dua minggu. Tidak ada satu spesies rama-rama pun yang hidup lebih dari setahun.

Galeri rama-rama dan serangga

Seperti taman-taman biasa, di sini juga terdapat galeri rama-rama dan serangga yang terletak di laluan keluar taman ini. Walaupun tidaklah begitu besar, terdapat juga kepelbagaian spesis rama-rama dari negara lain yang dipamerkan. Tambahan juga dengan serangga-serangga lain yang menarik, terutamanya leaf dan stick insect yang pakar ‘menyamar’ bersesuaian dengan persekitaran habitat mereka. Sungguh mengagumkan.

Pusat Sains Negara

Selain serangga-serangga yang mengagumkan ini, di galeri ini juga terdapat info-info menarik. Salah satu info menerangkan perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu. Jika sebelum ini kebiasaannya anda mungkin menyangka rama-rama merujuk kepada serangga jenis ini yang lebih cantik berbanding kupu-kupu, rupa-rupanya pengetahuannya adalah lebih dari itu. Sekurang-kurangnya dapatlah anda menambah ilmu baharu semasa anda berkunjung di sini. Di penghujung galeri ini, seperti kebiasaan, terdapat kedai yang menjual barangan cenderahati untuk dibawa pulang seperti barang perhiasan atau alatan tulis yang dihiasi dengan gambar rama-rama cantik.

Keadaan di dalam Taman Rama-rama adalah memang cantik bagi mereka yang tidak pernah pergi. Secara jujurnya ianya boleh di kategorikan cantik dan menarik. Difahamkan Taman Rama-rama Kuala Lumpur ini adalah 80,000 kaki persegi keluasannya, dan terdapat lebih daripada 5,000 spesis rama-rama dan unggas di dalamnya.

Source :

http://1duniaanakku.blogspot.com/2018/08/tempat-menarik-di-kuala-lumpur-taman-rama-rama.html

http://www.blogger2u.com/2013/07/seharian-di-taman-rama-rama-kuala-lumpur.html

error: Content is protected !!