Penjagaan rutin kulit gaya Korea benar-benar dilihat sebagai bentuk rawatan diri, ia melindungi kulit dan organ, dari kerosakan dan menjaga kesihatan anda secara fisikal dan mental. Terdapat pelbagai jenis produk yang ada perlu dapatkan untuk melengkapkan rutin anda, antaranya adalah dari The Face Shop Malaysia.
Pada dasarnya, rutin kecantikan Korea tidak dilihat sebagai rejim untuk menjadi lebih cantik akan tetapi ia di lihat sebagai langkah-langkah untuk menjaga kulit anda sebagai satu ganjaran untuk diri sendiri.
Disini terdapat produk pembersih muka dari The Face Shop Malaysia untuk membantu anda untuk memulakan rutin penjagaan kulit anda mengikut gaya Korea.
Kami kongsikan buat anda 10 produk penjagaan kulit muka untuk anda manjakan wajah anda dari The Face Shop Malaysia.
The Face Shop Malaysia Rice Water Bright Rice Bran Foaming Cleanser 150ml
RM36.55
Pembersih muka Rice Bran yang berbuih dengan dedak padi yang mencerahkan kulit anda dan juga menghilangkan sel kulit mati. Produk ini diformulasikan dengan Rice Bran yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati secara menyeluruh. Pembersih muka yang berbuih ini membantu mengembalikan kulit yang cerah dan menjadikan kulit terasa lembut, lembab dan licin. Pembersih muka ini mempunyai Rice Water, Moringa Oil, and Soapwort.
Garnier Light Complete Whip Foam
RM14.90
Pembersih muka ini diformulasi dengan Limau Yuzu dan Vitamic C menghasilkan buih halus yang lebih kecil dan lembut untuk membersihkan liang pori dengan efektif. Buih yang padat dan kaya tanpa alkohol ini senang dibilas dan tidak mengeringkan kulit muka. Ekstrak lemon yang tulen akan membantu kulit menjadi cerah selepas muka dicuci, kulit menjadi lembut seperti kulit bayi dan ia juga boleh menghapuskan kulit kusam
The Face Shop Malaysia Dr Belmeur Amino Clear Bubble Foaming Cleanser
RM55.25
Pembersih berbuih yang mendalam dengan gelembung kaya untuk lawan jerawat di kulit anda, diformulasikan dengan pembersih ringan kompleks dan asid Salisilik yang berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan dan menghilangkan kotoran pada kulit secara menyeluruh. Ia juga mengandungi Betaine sejenis asid amino yang fungsinya untuk melindungi kulit anda daripada tekanan luar dan Gliserin satu komponen semula jadi untuk kulit yang sihat, membantu menjaga tahap kelembapan kulit, melindungi kulit dari tekanan persekitaran dan kerengsaan.
Hada Labo AHA/BHA Foaming Wash
RM35.00
Hada Labo cleanser ini mempunyai Double Action Exfoliating Formula – AHA (asid glikolik) dan BHA (asid salisilik) untuk membantu melembutkan kulit, menghilangkan bintik hitam dan kekotoran yang terperangkap di dalam liang roma, meningkatkan penyerapan kulit dan mencerahkan kulit kusam dan kulit yang kasar semakin halus dan berseri. Formula Anti Pencemaran Triple – Membantu membersihkan dan melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran. Mengurangkan kotoran melekat pada kulit, menghilangkan bahan pencemar logam berat dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran. Bebas dari alkohol, pewarna, wangian & minyak mineral.
The Face Shop Malaysia White Seed Exfoliating Cleansing Foam 150ml
RM45.90
Pembersih muka ini adalah buih scrub yang mengandungi biji lupin putih, ekstrak dari bunga daisies, quinoa dan kulit willow, berfungi untuk menjadikan kulit bersih dan mencerahkan dengan lulur halus dan busa putih. Selepas penggunaan pembersih muka ini kulit akan terasa lembut, bersih dan segar. Selain itu, lulur yang terdapat di dalam pembersih muka ini mempunyai kesan pengelupasan pada kulit anda, dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Biore Skin Caring Facial Foam
RM17.94
Pembersih muka ini menggunakan rahsia Bare Skin Porcelain Jepun ia adalah penjagaan kulit siri premium dari Jepun yang sesuai untuk pengelupasan pori harian. Di buat dengan inovasi dari Jepun, pembersih muka ini boleh menjaga keseimbangan pH semula jadi kulit sambil membersihkan kulit. Produk ini akan menghasilkan buih penyerap berkrim yang kaya dengan manik larut lembut yang berfungsi sebagai pengelupasan kulit yang lembut untuk membersihkan kotoran tersembunyi di dalam pori muka. Ia juga meningkatkan keberkesanan tekstur kulit dengan pembersihan mendalam untuk mengurangkan ketidaksempurnaan kulit dan mengelupas liang yang tersumbat dengan sel kulit mati
The Face Shop Malaysia Dr Belmeur Daily Repair Foam Cleanser
RM50.15
Dr Belmeur Daily Repair Foam Cleanser ini adalah busa pembersih jenis gel yang lembut dan mempunyai tahap pH yang hampir serupa dengan lapisan kulit yang membantu untuk mengurangkan kerengsaan pada kulit sensitif, sambil mengelakkan kekeringan kulit setelah digunakan. Produk ini mengandungi tahap pHyang rendah iaitu 6.0 maka ia senang untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit anda. Produk ini adalah bebas dari bahan wangian tidak termasuk 26 jenis wangian dengan kemungkinan alergen untuk kerengsaan kulit yang minimum.
Eucerin Mild Cleansing Milk
RM37.90
Pembersih muka ini bagaikan losyen berkrim yang kaya dan efektif dalam menanggalkan solekan. Ia jugak boleh membantu kulit bernafas dengan lebih baik. Ia terbukti amat sesuai untuk digunakan ke atas kulit yang sensitif. Permbersih muka ini sangat berfaedah untuk kulit kering dan sensitif kerana ia mengandungi gabungan bahan aktif yang inovatif iaitu kompleks APG. Kompleks APG ialah pembersih ringan yang amat berkesan dengan Gluco-gliserol, iaitu pelembap semulajadi yang aktif. Produk ini juga mengandungi Asid hyaluronik yang dapat memberi kelembapan yang tinggi untuk kulit. Oleh itu, kulit lebih bersih, lembut dan lembab.
The Face Shop Malaysia The Therapy Essential Foaming Cleanser
RM56.10
Buih pembersih yang sangat lembap ini berfungsi untuk memberikan kelembapan yang mendalam ke atas kulit anda. Formula pembersih muka ini menggabungkan biji oat yang berkhasiat, bunga marigold, daun laurel, dan buah zaitun melalui kaedah buatan tangan yang dibuat dengan teliti untuk jangka masa yang panjang iaitu selama 6 minggu. Produk ini juga akan membersihkan sisa kulit dengan hypoallergenicity, ole itu kulit anda tidak akan berasa tegang atau kering selepas digunaka. Produk ini mempunyai aroma bunga.
NUTOX Cleansing Foam
RM25.90
Pembersih muka ini mempunyai buih yang banyak yang juga berfungsi untuk mencerahkan dan melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan. Kulit kelihatan lebih muda, terasa terhidrat, segar dan lebih halus dengan serta-merta. Sesuai untuk semua jenis kulit dari kulit normal sehingga berminyak. Ia juga membersihkan sisa-sisa pori dan anda dapat merasakan kesegaran di atas kulit anda. Produk ini mengandungi kelebihan multi scrub hitam dan putih dengan sensasi ekstra sejuk. Scrub hitam mempunyai kemampuan dalam penyerapan minyak yang tinggi dan dapat menghilangkan kotoran dan bintik hitam, terutamanya di kawasan hidung, sementara scrub mikro putih akan memecah menjadi scrub halus yang menembusi jauh ke dalam liang dan mengelupas sel kulit kusam & mati.