Now Reading
Tiga Perkara Kafein Lakukan Pada Otak Anda

Tiga Perkara Kafein Lakukan Pada Otak Anda

Tiga Perkara Kafein Lakukan Pada Otak Anda

Sama ada anda menghirupnya untuk pergi ke kerja pada waktu pagi atau meminumnya untuk kekal berjaga pada waktu malam, Kopi merupakan ubat psikoaktif kegemaran hampir setiap individu di dunia dan sentiasa menjadi permintaan tinggi. Secara purata, 400 juta cawan kopi diambil setiap hari, namun begitu, anggaran ini belum termasuk kadar pengambilan minuman tenaga yang mengandungi jumlah kafein yang sama seperti beberapa cawan kopi dalam satu tin.

Apa sebenarnya yang Kafein lakukan pada otak anda? Melalui satu penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini, terdapat berita baik dan berita buruk mengenai tabiat meminum kopi, sama ada untuk otak dan kesihatan keseluruhan anda. Tetapi secara dasarnya, Kafein melakukan beberapa perkara yang menarik terhadap tubuh badan anda, sejurus sahaja ia melewati pintu saraf. Berikut adalah tiga kesan Kafein terhadap otak dan badan anda:

Menyamar sebagai pengawal

Kafein adalah sejenis peniru kimia dan ia berfungsi dengan baik apabila meniru biokimia tertentu yang dipanggil adenosin. Adenosin dikenali sebagai “neuromodulator” dan ia memiliki pelbagai fungsi, termasuklah mengawal aliran darah dan membantu mengekalkan kestabilan dalam kepala dengan cara menyeimbangkan tahap kimia lain, termasuklah kimia ‘’gembira’’ (neurokimia). Ia dihasilkan sepanjang hari seiring dengan neuron dan sistem saraf bekerja untuk memantau tahap adenosin dalam tubuh anda.

Tab adenosin yang dipantau oleh sistem saraf anda tetap bekerja keras pada setiap hari. Oleh kerana adenosin melakukan tugasnya sebagai pengimbang kimia dengan memasuki setiap reseptor dalam otak dan seluruh badan, tahap tab adenosin semakin bertambah sehinggalah sistem saraf anda menghentikan pengeluarannya dengan menidurkan anda.

Bakat luar biasa Kafein adalah untuk meniru bentuk dan saiz adenosin dan memasuki reseptor tanpa mengaktifkannya. Kemudian, ia mengakibatkan reseptor disekat dan mendorong kepada kesan seterusnya.

Merangsang Kimia ‘Gembira’

Apabila kafein menghalang reseptor adenosin dan menjejaskan sistem saraf yang memantau tab adenosin, beberapa perkara menarik berlaku. Kimia ‘’gembira’’ muncul berserta dengan neurotransmitter dopamin dan glutamate, yang dibebaskan untuk merangsang keseronokan. Kesan tambahan lain adalah berkaitan dengan pembebasan neurotransmitter adrenalin dan serotonin. Keadaan ‘keriuhan’ kimia ini memberikan kejutan euforia yang dijangka akan anda alami selepas 30 minit meminum secawan Kopi Americano.

Dalam erti kata lain, kafein menyekat sistem badan anda yang lain sementara kimia perangsang, kimia gembira, dan kimia amaran melakukan kerja mereka dengan intensiti tinggi serta dimudahkan oleh ‘ubat’ pilihan pertama anda – kafein.

Anda sudah tentu akan menyukai kesan ini dan berharap agar ia berterusan, tetapi sudah tentu anda tahu bahawa ia hanyalah sementara. Dengan masa, anda memerlukan lebih banyak kafein untuk memberikan kejutan tersebut kepada anda, satu keadaan yang digelar sebagai toleransi dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk keadaan ini terjadi.

Mencetuskan Kekacauan

Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini, Kafein memberi kesan kepada otak dalam jangka masa panjang, yang mungkin pada mulanya kedengaran menakutkan, iaitu, entropi otak. Walaupun gelarannya kedengaran seperti keadaan yang mengancam nyawa, sebenarnya ia merupakan sesuatu yang baik.

Dalam kajian tersebut, telah terbukti bahawa Kafein yang bertindak sebagai perangsang psiko yang hebat boleh mempercepatkan tahap pemprosesan maklumat. Maksudnya, ia membantu otak berhubung dengan lebih laju dan efisien, melalui proses yang diamakan ‘entropi otak’, walaupun apabila otak tidak berada dalam keadaan aktif. Para penyelidik telah menemui bahawa Kafein meningkatkan aktiviti rehat otak, yang mendorong kepada peningkatan pemprosesan maklumat ketika otak berehat. Jadi, Kafein mungkin boleh memberikan lonjakan kepada pemprosesan otak melebihi kesan sementara yang diberikannya.

Kesan ini telah mengukuhkan lagi kajian yang pernah dilakukan sebelum ini yang mendapati bahawa kesan jangka pancang Kafein adalah meningkatkan keupayaan kognitif, termasuklah memori verbal dan melindungi otak daripada pengurangan kognitif.

Kajian kedua yang dijalankan baru-baru ini juga telah menemui kaitan antara entropi otak yang lebih besar dan IQ verbal yang tinggi serta keupayaan pertimbangan. Namun begitu, kajian tersebut tidak menjelaskan mengenai pengambilan Kafein dan faedahnya kepada entropi otak, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk sebarang kajian lanjutan mengenai hubungan kedua-duanya.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat mengenai apa yang berlaku sekiranya anda meminum Kopi, Teh atau minuman berkafein lain. Kesimpulannya, Kafein bertindak sebagai perangsang otak yang kuat dengan kesan saintifik yang masih lagi dikaji. Walau bagaimanapun, Kafein tetap mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Seeloknya, setiap apa yang kita letakkan ke dalam badan kita, haruslah diambil secara berserdehana. Renungkanlah mengenai maklumat yang anda baru pelajari ini, tatkala menghirup secawan kopi hangat yang segar.

Fakta Menarik Mengenai Kopi

Tahukah anda? Bukti terawal yang boleh dipercayai mengenai minuman kopi pertama atau pengetahuan tentang pokok kopi muncul pada akhir abad ke-15 oleh seorang pedagang Muslim bernama Sufi Imam Muhammad Ibn Said Al Dhabhani. Beliau dikenali sebagai pedagang yang mengimport barang dari Ethiopia ke Yaman. Biji kopi pertama kali dieksport keluar dari Ethiopia ke Yaman oleh pedangang Somalia dari Berbera. Sehingga kini, pokok kopi ditanam di lebih daripada 70 buah negara, kebanyakannya di Afrika, Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin dan menjadi minuman yang terkenal di seluruh pelosok dunia.

Sumber

https://www.healthline.com/health/caffeine-effects-on-body#3

https://www.verywellmind.com/what-are-the-effects-of-caffeine-on-the-brain-21842

https://www.sciencealert.com/what-caffeine-does-to-your-body-and-brain

https://www.healthline.com/nutrition/coffee-brain

error: Content is protected !!