Vitamin C time-release dan Effervescent, 2 cara untuk mengambil suplemen atau tambah nutrien vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
Walaupun tiada perbezaan dari segi penyerapan dan kandungan bio antara vitamin C semula jadi dan juga sintetik, jenis formulasi atau bentuk dos vitamin ini di mana cara ia akan dihantar ke tubuh boleh mempengaruhi penyerapannya.
Bentuk lain Vitamin C sebagai makanan tambahan yang tersedia boleh didapati di pasaran adalah dalam bentuk kapsul, tablet, tablet effervescent, tablet kunyah, serbuk dan masih banyak lagi yang dihasilkan.
Pelbagai bentuk penyediaan vitamin C yang banyak ini memberi pengguna pilihan tetapi ia juga boleh menimbulkan kekeliruan mengenai pemilihan bentuk yang terbaik dan sesuai dengan keperluan mereka.
Walau bagaimanapun, dua jenis bentuk suplemen yang utama ini adalah dalam bentuk tablet effervescent atau time-release. Perbezaan kedua-dua bentuk ini adalah dalam cara nutriennya diserap ke dalam badan.
Effervescent adalah dalam bentuk tablet yang akan larut dalam air ketika dimasukkan dalam air. Manakala bentuk time-release adalah tablet yang secara automatiknya akan melepaskan sendiri nutrien dan semua kandungan Vitamin C secara perlahan mengikut masa ketika ia dimasukkan ke dalam tubuh kita dan bukannya diserap secara segera sebaik sahaja ia dimakan.
Jadi, apakah perbezaan antara dua bentuk ini secara terperinci? Penjelasan selanjutnya sedemikian.
Vitamin C Effervescent
Berbeza dengan bentuk slow-release, dan kerana effervescent larut dalam air, ia dapat diserap dengan lebih mudah secara sekali gus.
Seseorang yang mempunyai kekurangan Vitamin C dan memerlukan dos yang tinggi mungkin mendapat manfaat terbaik dalam mengambil bentuk ini kerana ia bukan sahaja lebih mudah dan cepat diserap tetapi juga mempunyai kesan segera.
Vitamin C Time-release
Tablet atau kapsul slow-released dihasilkan untuk melepaskan vitamin C secara beransur-ansur. Oleh itu, ia akan mengekalkan tahap Vitamin C yang optimum dan bersesuaian dalam jangka masa yang lebih lama.
Di samping itu, bentuk ini berguna jika anda mempunyai kepekaan terhadap makanan tambahan berlebihan di mana ia membolehkan tubuh anda untuk menerima sumber makanan ini sedikit demi sedikit.
Effervescent Lebih Mudah Ditelan Dan Sedap
Anda tidak perlu menelannya dalam sekali gus kerana ia berada dalam bentuk cair. Malah, bukan sahaja mudah untuk menelannya, tetapi juga mendapat tindakan yang cepat.
Kandungannya stabil di mana toleransi perut dan usus terhadap tablet effervescent ini juga baik. Bentuk ini adalah alternatif yang baik untuk orang yang mempunyai kesukaran dalam menelan tablet samada kerana sakit yang khusus atau usia.
Orang tua juga diketahui untuk mengalami kesukaran dalam menelan, tetapi pada masa yang sama mereka khususnya perlu mendapat pertolongan ubat atau suplemen dalam masa berkala.
Vitamin C Time-Release Menyumbangkan Pembaziran Yang Lebih Kurang
Akhir sekali, tablet time-release menghilangkan keperluan untuk mengambil beberapa bantuan suplemen sepanjang hari.
Dengan pelepasan nutrien tablet slow released, ia akan diserap dengan perlahan dan stabil, di mana tubuh anda dapat menyerap dan menggunakan lebih banyak nutrien daripada pemakanan anda. Ini bermakna anda akan lebih cenderung untuk kurangkan pembaziran.
Effervescent Mungkin Mampu Menyebabkan Hakisan Pada Gigi
Asid askorbik effervescent didapati mempunyai sifat yang sama dengan Vitamin C yang dapat dikunyah tentang kesannya terhadap gigi. Kedua-dua bentuk Vitamin C ini mengurangkan pH rongga mulut menjadi sekitar pH 2, yang menyebabkan demineralisasi atau hakisan enamel gigi.
Kesan hakisan ini terutamanya diperhatikan pada mereka yang mengalami aliran air liur yang berkurangan atau mereka yang meletakkan tablet berdekatan dengan gigi untuk jangka masa yang panjang.
Bentuk Suplemen Time-Release Mempunyai Risiko Dos Yang Berlebihan
Pengambilan vitamin C time-release yang berlebihan boleh menyebabkan batu karang, jadi elakkan memakan dos harian yang berlebihan daripada yang disyorkan untuk setiap usia dan jantina anda. Telah diperhatikan bahawa pengambilan vitamin C yang lebih daripada 200 mg dalam satu dos meningkatkan perkumuhannya dalam air kencing berbanding dengan dos yang lebih rendah atau ketika serapan dos disebarkan sepanjang hari.
Ringkasnya, jika dibandingkan dengan bentuk slow-release, effervescent mungkin lebih baik untuk memulihkan keseimbangan tahap vitamin yang berlebihan.
SUMBER:
www.netdoctor.co.uk/healthy-living/wellbeing/a28651/liquid-vitamins-vs-tablets-pills-supplements/
www.livestrong.com/article/548170-why-is-time-released-vitamin-c-better/
www.chicnutrix.com/2020/05/06/why-effervescent-tablets-are-better-than-regular-tablets/