Seperti yang kita tahu, lonjakan dalam kes selesema telah diperhatikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan nampaknya virus selesema atau Influenza telah membuat kemunculan semula yang hebat. Sudah pasti ramai yang sedang risau akan kesihatan diri dan orang tersayang terutamanya anak-anak kecil. Namun, dengan menggunakan supplemen hebat ini, iaitu Imunguard-C, anda tidak perlu bimbang lagi.
Influenza atau Selesema
Penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Selsema berlaku sepanjang tahun di Malaysia dan terdapat wabak sekali-sekala, dan sesetengah wabak boleh menjadi besar. Virus influenza menyerang saluran pernafasan termasuk hidung, tekak dan paru-paru.
Influenza berkongsi simptom serupa yang dikaitkan dengan Covid-19 seperti batuk, sakit kepala, demam, dan sakit tekak.
Biasa Namun Memudaratkan
Influenza sangat menular dari hari sebelum gejala berkembang dan sehingga seminggu selepas seseorang itu sakit. Dalam kebanyakan orang yang sihat, influenza akan hilang dalam masa 7 hingga 10 hari dan gejala paling teruk biasanya berlangsung 3 hingga 4 hari dan anda akan sering terlepas kerja atau sekolah.
7 daripada 10 orang berumur >65 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi seperti Pneumonia (jangkitan paru-paru), keradangan otak, dan kegagalan pelbagai organ.
Namun, dengan adanya Imunguard-C, suplemen ini akan meningkatkan sistem imun terhadap Influenza dengan bahan-bahannya yang sangat bagus.
Badan manusia memang memerlukan makanan tambahan atau suplemen yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C untuk membantu kita melawan penyakit, dan menjadi antara cara yang mudah untuk mencegah influenza.
Imunguard-C: Bukan sekadar Vitamin C
Imunguard-C adalah supplemen yang dirumus dengan bahan-bahan khas yang sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun terhadap influenza. Ia adalah bentuk vitamin C yang sangat maju. Imunguard-C dibuat untuk penggunaan yang sangat mudah dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Bukan seperti vitamin C yang biasa di pasaran, Imunguard-C mempunyai banyak kebaikan untuk badan manusia seperti:
1. Sokong Imuniti Anda
Imunguard-C berfungsi untuk menyokong sistem imuniti di dalam badan kerana terdapat bahan khas iaitu Wellmune Yeast Beta Glucan. Beta glucan daripada yis ini boleh membantu menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selsema. Bahan ini juga membantu memulihkan URTI atau infeksi virus pada organ pernafasan kanak-kanak. Bahan ini terbukti selamat kerana keselamatan dan keberkesanan Wellmune® telah dinilai pada kanak-kanak.
Vitamin C di dalam Imunguard-C juga membantu untuk meningkatkan imuniti. Ia adalah nutrien penting yang tidak dapat disintesis oleh badan kita. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan imuniti terjejas & lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Pureway Vitamin C yang terdapat dalam Imunguard-C juga mempunyai antioksidan kuat. Ia membantu melindungi daripada tekanan oksidatif an kapasiti simpanan rendah kerana sifat keterlarutan airnya.
2. Memulihkan alergi
Imunguard-C juga membantu untuk memulihkan alergi atau mengurangkan alahan dengan bahan khas yang terdapat di dalam suplemen ini iaitu Wellmune Yeast Beta Glucan. Keselamatan dan keberkesanan Wellmune® di dalam Imungard-C telah dinilai dari individu dari umur 18 ke 53 tahun yang mempunyai alergi atau alahan dan ianya terbukti membantu mengurangkannya.
3. Menguatkan Kesihatan Paru-paru
Ekstrak Pelargonium di dalam Imungard-C berfungsi untuk menguatkan paru-paru. Ia adalah tumbuhan berbunga yang berasal dari Afrika Selatan yang biasanya dikenali sebagai Umckalaoba yang merupakan perubatan herba tradisional yang mempunyai ciri antibakteria, antivirus & imunomodulator. Akar pelargonium telah digunakan selama beberapa dekad untuk menyokong status imuniti dalam saluran pernafasan.
4. Kurangkan Kesan Stres yang Memudaratkan
Imunguard-C juga membantu untuk mengurangkan kesan stres yang boleh memudaratkan iaitu dengan bahan khasnya, Wellmune Yeast Beta Glucan. Keselamatan dan keberkesanan Wellmune® telah dinilai pada 150 orang dewasa berumur 18 hingga 65 tahun yang stres. Kajian mendapati terdapat 71% pengurangan dalam bilangan subjek yang melaporkan gejala URTI atau jangkitan saluran pernafasan selepas 4 minggu dan 42% subjek melaporkan berlaku peningkatan tenaga sambil mengurangkan keletihan, kekeliruan dan ketegangan berbanding plasebo.
5. Memperkayakan Kesihatan Usus
Inulin Serat Prebiotik di dalam Imunguard-C berfungsi untuk memperkayakan kesihatan usus. Prebiotik adalah sejenis serat makanan yang boleh digunakan oleh bakteria baik. Ia berfungsi sebagai sumber makanan untuk meningkatkan pertumbuhan bakteria berfaedah.
Inulin ialah prebiotik yang terkenal & diterima secara meluas. Inulin terbukti secara saintifik meningkatkan pertumbuhan bifidobakteria. Kesihatan usus yang lebih baik boleh membantu dalam penyerapan & imuniti yang lebih baik. Inulin juga membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik sementara terdapat peningkatan ketara dalam jumlah bakteria baik (bifidobakteria).
Bahan-bahan Imunguard C: Inovatif dan Berkualiti
Bahan-bahan yang terkandung di dalam Imunguard-C iaitu Wellmune Baker’s Yeast Beta Glucan, Ekstrak Pelargonium, Inulin Prebiotik, dan Pureway Vitamin C Super akan membantu untuk mengaktifkan kompleks imun! Kita perlu mengaktifkan kompleks imun untuk mengoptimumkan tindak balas selular kita, membantu sistem imun semula jadi dan adaptif kita bekerja lebih keras dan lebih pantas untuk kita.
Pureway Vitamin C Super
Pureway-C ialah satu-satunya vitamin C yang menggabungkan metabolit lipid dan bioflavonoid sitrus secara sinergistik. Oleh kerana sifat vitamin C yang larut dalam air, penggabungan metabolit lipid membolehkan vitamin C memasuki sel dengan mudah manakala penambahan bioflavonoid sitrus melindungi vitamin C penting daripada teroksida sebelum diserap sepenuhnya.
Sinergisme sempurna ini membolehkan Pureway-C mengatasi prestasi yang lain dengan pengekalan 233% lebih tinggi dan lebih cepat diserap oleh tubuh manusia.
Wellmune Baker’s Yeast Beta Glucan
Wellmune Baker’s Yeast Beta Glucan adalah beta 1,3/1,6 glukan yang sangat tulen yang diekstrak daripada dinding sel strain proprietari yis pembuat roti. Keberkesanan sokongan imun disokong oleh 16 kajian klinikal yang merangkumi lebih daripada 1000 subjek termasuk kanak-kanak, dewasa, warga emas dan atlet.
Ekstrak Pelargonium
Seterusnya, ekstrak pelargonium adalah herba tradisional yang telah digunakan dalam perubatan rakyat Afrika Selatan sebagai rawatan untuk jangkitan saluran pernafasan atas akut atau kronik (URTI). Ia adalah ekstrak pelargonium yang terkenal telah terbukti selamat dan berkesan untuk kanak-kanak (>1000 kanak-kanak tertakluk).
Keberkesanan adalah lebih baik dengan ketara dalam mengurangkan intensiti dan masa simptom sehingga pemulihan lengkap jika dibandingkan dengan plasebo. Suplemennya selama 28 hari didapati selamat dan menunjukkan peningkatan ketara dalam bilangan antibodi (Siga) yang dikaitkan dengan pengikatan patogen dan peneutralan daripada virus.
Inulin Prebiotik
Prebiotik ialah serat pemakanan unik yang bertindak sebagai sumber makanan untuk bakteria berfaedah dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. Inulin telah dibuktikan sebagai prebiotik yang berkesan dengan bukti klinikal untuk meningkatkan pertumbuhan Bifidobacterium.
Cara Pengambilan Imunguard-C
Cara pengambilan Imunguard-C terpulang kepada anda sama ada makan begitu sahaja atau bancuh di dalam air. Untuk keberkesanan yang baik, pengambilan untuk kanak-kanak ialah 1 sachet sehari manakala orang dewasa 2 sachet sehari.
Dapatkan Imunguard-C hari ini!
Kesimpulannya, Imunguard-C mempunyai banyak kebaikan seperti menyokong system imuniti, membantu memulihkan alergik, menguatkan kesihatan paru-paru, mengurangkan kesan stres yang boleh memudaratkan, dan dapat memperkayakan kesihatan usus.
Imunguard-C bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk orang dewasa yang tertekan bekerja, anak kecil, dan warga tua.
Anda boleh dapatkan Imunguard-C di farmasi terdekat atau layari laman web ini untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut >