Makanan sihat boleh memberi pelbagai kebaikan kepada diri anda. Namun begitu, anda juga perlu memiliki ilmu pengetahuan yang betul dalam mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Artikel kali ini kami bawakan beberapa perkongsian daripada influencers kesihatan yang pakar dalam aspek makanan sihat.
5 Snek Ringan Yang Boleh Anda Makan Ketika Diet – Vkeong
https://www.vkeong.com/5-guilt-free-snacks-you-can-bring-with-you-anywhere/
Bagi kalian yang sedang berdiet, pasti teruja apabila membaca topik ini. Memakan makanan ringan atau ‘snacking’ merupakan perkara pertama yang perlu dielakkan dalam rancangan diet yang sihat. Setiap kali, jika anda termakan makanan ringan atau snek, anda pasti berasa menyesal kerana ia telah menjejaskan pelan diet anda. Namun begitu, bagi VKeong, beliau menganggap ‘snacking’ tidak perlu dielakkan secara menyeluruh. Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah terdapat pelbagai pilihan makanan ringan atau snek yang bagus yang tidak menyebabkan anda berasa menyesal selepas memakannya. Apakah snek-snek yang tersebut? Baca senarai yang dikongsi oleh beliau di bawah:
- Keto Bars
Pilihan ini dijamin untuk memuaskan keinginan mengunyah ‘manisan’ anda. Ia snek yang sihat dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya. Keto bar megandungi serat semulajadi yang tinggi dan mempunyai jumlah protein yang berpatutan. Ia didatangkan dalam perisa manis, dan kadangkala sangat lazat seperti bar snek yang biasa. Keto bar boleh dijadikan sebagai pengganti bar dan biskut coklat yang mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi.
- Chips Buah dan Sayuran
Jika anda seorang peminat chips dan suka perisa buah-buahan, jadi ini mungkin pilihan terbaik buat anda untuk ‘snacking’! Chips buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengenyangkan anda dan tidak akan menjejaskan diet anda. Kandungan kalorinya adalah rendah dan dipenuhi dengan nutrisi. Ia juga merupakan sumber antioksidan terbaik buat anda. Masa ‘snacking’ anda kini bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia juga memberikan manfaat kesihatan yang baik kepada anda.
- Popcorn
Sekiranya anda bercadang untuk menonton filem bersama kawan-kawan, jangan takut untuk memakan popcorn. Menurut VKeong, selagi popcorn tersebut rendah garam dan dibuat dengan sedikit minyak, anda boleh makan sesuka hati anda. Selain itu, anda juga perlu mengelakkan perasa tambahan yang tidak sihat dan hanya tumpukan pada makanan ringan tanpa lemak.
- Kacang panggang
Secara umum, ramai individu yang takut dengan kacang kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Tetapi, VKeong menjelaskan jika kacang dimakan dalam jumlah yang sederhana, lemak yang berada dalam kacang sebenarnya adalah sihat. Mengapa? Ia disebabkan oleh keperluan utama badan anda yang memerlukan lemak untuk beroperasi dan membekalkan tenaga kepada anda untuk bergerak dan sebagainya. Oleh itu, lemak semulajadi seperti yang terdapat dalam kacang adalah lebih bagus berbanding produk perindustrian lain yang diproses.
- Biji Bunga Matahari
Snek sihat yang terakhir dicadangkan oleh VKeong ialah, Biji Bunga Matahari atau Kuaci. Ia boleh menjadi makanan ringan yang sempurna untuk anda jika anda hanya mengidam snek yang enak pada hari malas anda. Kuaci adalah satu snek yang menyeronokkan boleh dikunyah selama berjam-jam tanpa rasa menyesal selepas itu. Kuaci juga sihat kerana ia berasal daripada sumber semula jadi yang tinggi dengan kandungan selenium. Bukan itu sahaja, Kuaci juga sangat murah dan boleh didapati di kebanyakan kedai di mana sahaja di seluruh dunia.
Tambah VKeong lagi, snek yang sihat boleh menjadi satu perkara yang baik untuk badan anda jika diambil dengan betul. Anda tidak perlu merasa bersalah atau menyesal selepas mengunyah beberapa makanan dengan syarat, anda memilih makanan yang betul untuk dimakan. Cara terbaik adalah dengan memilih makanan ringan yang mempunyai nutrien semula jadi dan tinggi dengan serat dan protein. Pesan beliau, seeloknya elakkan makanan kaya dengan lemak dan tinggi kalori.
Kelebihan Memakan Daging Lembu Yang Diberi Makan Rumput – Keto Jules
Keto Jules telah berkongsi mengenai tips ini dalam blog beliau yang dikhususkan bagi individu yang menjalani Diet Keto. Tetapi ia juga boleh diamalkan oleh semua individu.
Menurut beliau, daging lembu yang diberi makan rumput sahaja mengandungi lebih banyak faedah pemakanan berbanding daging lembu konvensional. Salah satu manfaatnya adalag membantu anda menyembuhkan badan dalam Diet Keto.
Bagi Keto Jules, tidak ada definisi umum mengenai daging yang diberi makan rumput tetapi anda boleh melihat label ini (grass-fed) pada daging yang anda beli di pasar raya yang bermaksud lembu tersebut hanya diberi makan rumput.
Walau bagaimanapun, dalam ladang konvensional, lembu biasanya diberi makan dengan bijirin, yang mungkin boleh mendatangkan masalah kerana:
Biji-bijian tidak membentuk sebahagian daripada diet mereka
Bijian ini biasanya berasaskan makanan yang diubah secara genetik(GMO – Genetically Modified Organisms) seperti jagung dan soya
Daging khas ini adalah lebih mahal berbanding daging konvensional, tetapi Keto Jules mengukuhkan lagi alasan mengapa melabur dalam daging lembu yang diberi makan rumput sangat membantu apabila anda menjalani Diet Keto:
1. Ia mengandungi lemak yang lebih sihat
Daging lembu yang diberi makan rumput mengandungi kadar asid linoleik konjugat (CLA) lebih tinggi. Asid ini adalah asid lemak berfaedah yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti peningkatan kepekaan insulin, mengawal berat badan anda serta membantu melawan beberapa jenis kanser.
Selain itu, daging lembu yang diberi makan rumput juga mengandungi lebih daripada 5 kali jumlah asid lemak omega-3 berbanding daging lembu yang diberi makan bijirin. Omega-3 adalah nutrien penting untuk kesihatan menyeluruh dan mesti dimakan secukupnya kerana tubuh anda tidak menghasilkan omega-3.
2. Kurang toksik berbanding daging konvensional
Lembu konvensional selalunya berada dalam situasi yang tertekan dan tempat yang sempit. Keadaan ini menghasilkan toksin yang terkumpul di dalam badannya. Toksin cenderung mengikat sel lemak. Apabila memakan lemak daripada daging lembu konvensional, tanpa anda sedari, anda turut memakan semua toksik yang terkandung dalam daging tersebut!
Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan adalah bahawa lembu yang dibiakkan secara konvensional akan diberi makan makanan berasaskan bijirin yang diproses dan anda akan mendapat semua kesan pemakanan negative ini melalui daging yang anda makan.
Cara Membuat Salad Yang Sihat – Davina Da Vegan
Salad adalah sama seperti sup kerana anda tidak perlu mengikut sebarang aturan untuk menyediakan kedua-duanya. Hasilnya bergantung pada anda. Menurut Davina, menghasilkan salad yang sihat dan memuaskan bukanlah sains roket, tetapi ia merupakan pengetahuan asas yang beliau ingin tahu sejak awal perjalanan pemakanan berasaskan tumbuhan beliau.
Berikut adalah beberapa cadangan yang dikongsikan oleh beliau mengenai cara membuat salad anda sendiri. Anda boleh menggabungkannya berdasarkan pilihan anda sendiri:
1. Pilih sayur-sayuran anda
Cadangan: Bayam, daun salad, kobis ungu
2. Pilih karbohidrat anda
Cadangan: Pasta, keledek, barli, labu
3. Pilih protein
Cadangan: Tempe, kacang buncis panggang, edamame, kacang kuda, brokoli, quinoa, kacang hitam, biji labu.
4. Pilih lemak anda
Cadangan lain: Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Minyak Grapeseed, Sos Kacang (Sos satay)
5. Pilih ‘jazz’ anda
Bagi pilihan bahan tambahan (jazz), Davina menggalakkan anda menggunakan imaginasi sendiri. Antara cadangan beliau adalah timun, mangga dan kepingan lobak putih. Menurutnya lagi, salad adalah sejenis hidangan yang menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah lebihan. Malah, anda juga boleh menambah kekeacang dan buah kering, buah zaitun, cendawan dan rumpai laut. Ia membuatkan salad anda menjadi lebih menarik dan sedap.
Manfaat Buah Kiwi – Getfitkl
Menurut Getfitkl, walaupun Kiwi bukanlah buah yang berasal dari Malaysia, tetapi ia sering kali dilepas pandang dalam senarai buah-buahan yang paling berkhasiat yang boleh anda dapati di Malaysia.
Kiwi mengandungi kalori yang rendah dan ia merupakan makanan ringan yang paling disukai kerana rasanya yang manis dan masam. Buah Kiwi merupakan pilihan yang sesuai bagi pelan diet yang sihat. Mereka turut menjelaskan bahawa, selain mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, buah kiwi juga boleh melindungi DNA anda dan juga meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Tip untuk Memanfaatkan Buah Kiwi
- Jangan biarkan kiwi terlalu lama selepas memotongnya kerana ia mengandungi enzim yang bertindak sebagai penawar makanan. Menambahnya ke salad selepas anda memotongnya dalam waktu yang lama akan membuatkan salad anda menjadi basah. Oleh kerana enzim yang sama ini, kiwi sangat baik apabila dimasukkan ke dalam perapan daging untuk melembutkannya.
- Satu perkara yang menarik ialah, walaupun buah-buahan lain akan kehilangan kandungan vitamin selepas beberapa hari dipotong, kiwi hanya kehilangan 12% kandungan vitamin C walaupun selepas 6 hari dipotong dan tiada kekurangan dalam jumlah karotenoid.
- Jadi, ia akan menjadi mudah untuk menyimpan kiwi dalam peti sejuk, dengan cara memotongnya terlebih dahulu tanpa bimbang mengenai kehilangan nilai pemkanannya.
Bagaimana Untuk Menyimpan Bahan-bahan Segar – Dish By Ili
https://dishbyili.com/how-to-keep-ingredients-fresh
Secara umumnya, bahan-bahan segar adalah sangat baik untuk dimakan pada setiap hari tetapi oleh kerana kerja dan komitmen lain, kadangkala kita tidak mempunyai masa untuk pergi ke pasar setiap hari. Jadi, kita bergantung sepenuhnya kepada peti sejuk untuk menyimpan makanan segar. Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsi oleh Ili tentang cara menyimpan dan membekukan bahan-bahan mentah supaya tetap segar.
Ikan dan Makanan Laut
- Untuk ikan yang berasaskan minyak – (sardine, tuna, ikan kembung) Beliau berkongsi petua neneknya yang membekukan bahan-bahan ini bersama insang dan perut sekali. Ia membantu memelihara kesegaran ikan dan memastikan dagingnya manis.
- Udang – Apa yang beliau lakukan ialah membersihkannya kemudian memasukkannya ke dalam gula sebanyak beberapa kali dan meletakkannya dalam beg. Gula membantu memelihara udang dan isinya.
- Sotong – Menurut Ili, beliau suka membersihkan dan memakan sotong sebelum membekukannya kerana beliau mendapati ia akan menjadi hanyir selepas itu, jadi adalah lebih baik untuk membersihkan dan memakan sotong sebelum pembekuan.
* NOTA: Bagi semua makanan laut, untuk menghilangkan bau hanyir tambahan, beliau mencadangkan mencuci makanan laut anda dengan beberapa pes asam untuk menyingkirkan sebarang bau yang tidak menyenangkan ketika memakan makanan laut
Salad tempatan (ulam)
Menurut Ili, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah bilas daun salad atau ulam dan kemudian keringkan dengan menggunakan tuala bersih sebelum membalutnya dengan tuala dapur basah atau daun pisang. Sekarang kelembapan dalam tuala basah atau daun pisang akan memberikan kelembapan yang mencukupi untuk daun ‘minum’ agar tetap segar!
Ayam
Penyimpanan ayam perlu dilakukan dengan betul, jika tidak, ia boleh membuatkan anda sakit. Oleh itu, apabila membeli ayam pastikan ia tidak berbau pelik. Cuba tepuk ayam anda hingga kering sebelum memotongnya, air sebenarnya membantu menyebarkan bakteria di seluruh ayam anda. Sekiranya anda perlu membilas ayam anda, lakukan tetapi pastikan anda menepuknya hingga kering, perasakan dengan garam sebelum anda menyimpannya di dalam beg penyejuk beku
Kambing/Itik
Bagi teknik penyimpanan bahan menta ini, Ili berkongsi petua neneknya lagi. Menurut neneknya, jangan cuci kambing selepas dibeli. Sebaliknya, perasakan dengan garam terlebih dahulu sebelum membekukannya.
Kami harap tips yang dikongsi ini boleh membantu anda.