Now Reading
Tips Membantu Anak Anda Supaya Tidak Berasa Sedih Sewaktu PKP

Tips Membantu Anak Anda Supaya Tidak Berasa Sedih Sewaktu PKP

sad children mco

Bagi majoriti kanak-kanak di Malaysia, pandemik coronavirus telah menghentikan sesi persekolahan mereka. Pada awalnya, penjejasan ini mungkin dilihat sebagai situasi yang sementara. Tetapi, setelah sebulan berlalu, ia mengganggu aktiviti persekolahan dalam tempoh tertentu.

Perubahan tiba-tiba ini menyukarkan semua individu, sama ada ibu bapa atau anak-anak yang bersekolah. Kanak-kanak yang tinggal di rumah pada hari minggu boleh menjejaskan keadaan di rumah. Malah, sebagai seorang ibu atau bapa, anda mungkin berfikir bagaimana untuk memainkan peranan ibu bapa yang bekerja di rumah pada waktu yang sama, menjadi seorang guru di rumah buat anak-anak anda.

Anak anda juga mungkin berasa keliru dan sedih terhadap situasi ini. Pada peringkat awal PKP, mereka mungkin berasa seronok kerana dapat ‘bercuti’ dari pergi ke sekolah. Tetapi, setelah satu atau dua minggu, mereka mungkin sukar untuk memahami mengapa mereka tidak boleh kembali ke sekolah dan kenapa semua aktiviti telah dirancang dibatalkan.

Adalah penting untuk menyokong mereka sementara mereka menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku tersebut, terutamanya apabila terdapat banyak kemungkinan dan ketidakpastian mengenai penyambungan semula aktiviti mereka.

1. Bercakap mengenai perkara yang berbeza sewaktu tempoh PKP

Kadangkala, ibu bapa berfikir “Anak saya tidak bercakap tentang lawatan sekolah yang telah dibatalkan, mungkin dia tidak mengingatinya,” atau “Dia mungkin tidak kisah tentang pertandingan bola sepak sekolah yang ditangguhkan kerana dia tidak membangkitkannya di rumah,”. Sebenarnya, walaupun anak anda tidak berkata mengenai sesuatu, itu tidak bermaksud perkara itu tidak menjejaskannya.

Jangan takut untuk menjadi orang pertama yang melakukannya. Anda bukannya bercakap berkenaan sesuatu yang mereka tidak tahu dan anda tidak akan menghampakan mereka dengan mengetengahkan isu tersebut.

2. Cipta ruang untuk berdialog

Bertanyalah soalan terbuka seperti, “Apakah perasaan kamu sekarang, setelah sekolah ditutup dan aktiviti yang telah dirancang dibatalkan?” atau “Bagaimanakah keadaan kamu apabila tidak dapat bermain dalam pertandingan bola sepak sekolah pada bulan ini?”.

Berbincanglah tentang perbezaan setiap perkara sewaktu tempoh sebelum dan selepas PKP dengan anak-anak anda. Kenalpasti perubahan yang anda lihat. Sama ada, “Tempoh ini, kita semua tidur lambat dan dapat makan sarapan bersama,” atau “Sekarang, kamu tidak berpeluang untuk makan dengan kawan-kawan, tetapi kamu dapat makan tengahari bersama adik-beradik pula,”

Anda mungkin boleh membantu mereka bercakap tentang perkara yang baik dan perkara yang buruk di sekolah. Anak anda mungkin akan menyatakan bahawa bersekolah adalah lebih baik kerana mereka dapat bertemu dengan kawan-kawan atau tidak baik kerana mereka perlu berada dalam kelas setipa masa di sekolah.

Disamping itu, bercakaplah juga tentang kebaikan dan keburukan tinggal di rumah sepanjang masa. Mereka mungkin akan berkata bahawa ia adalah lebih baik kerana mereka berpeluang menonton TV setiap masa tetapi tidak baik kerana tidak dapat bermain dengan kawan-kawan dan sebagainya.

Membantu mereka mengenalpasi perbezaan hidup antara tempoh PKP dan hari-hari biasa serta beberapa aspek perbandingan boleh menenangkan anak anda. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka memahami situasi yang mengelirukan ini.

3. Menjelaskan sebab mengapa perlu berada di rumah sewaktu PKP

Kanak-kanak tidak perlu melihat berita untuk mengetahui kes positif atau kes kematian baru akibat COVID-19. Namun, mereka boleh belajar melalui perbincangan tentang mengapa berada di rumah adalah pilihan yang paling selamat bagi semua individu.

Berbincanglah tentang bagaimana berada di rumah boleh mengelakkan semua individu daripada berkongsi kuman dan virus antara satu sama lain. Justeru itu, jumlah individu yang jatuh sakit juga akan berkurangan. Perbincangan seperti ini mungkin akan membantu mereka supaya tidak berasa keseorangan.

Jelaskan berkenaan kepentingan mengekalkan kesihatan bagi setiap ahli keluarga dan ia merupakan perkara baik untuk dilakukan oleh semua individu di seluruh dunia.

Walaupun agak menyedihkan kerana mereka tidak dapat melakukan kebanyakan aktiviti yang digemari, berada di rumah adalah perkara yang paling selamat dan terbaik yang boleh dilakukan untuk semua orang.

4. Gunakan bahasa yang positif dalam situasi PKP

Elakkan menggunakan ayat seperti “tersekat di rumah” atau “tidak boleh keluar”. Bahasa sebegini mengimplikasikan anda sebagai mangsa yang terperangkap dalam situasi yang tidak tertanggung.

Ia boleh menyebabkan anak anda berasa lebih terjejas akibat situasi dalam tempoh PKP.

Sebaliknya, gunakanlah bahasa yang positif. Bertuturlah ayat-ayat yang positif seperti “lebih selamat di rumah” dan “memilih untuk berada di rumah”. Dengan cara ini anda tahu bahawa anda telah membuat pilihan yang betul atas pilihan sendiri, bukannya paksaan.

Jika anda berasa hampa dan bimbang tentang keadaan sekarang, elakkan bercakap mengenainya dengan terlalu kerap di hadapan anak anda. Ini kerana perasaan anda mungkin akan mempengaruhi mereka.

Daripada berfikir tentang keburukan situasi sekarang, beri tumpuan kepada kebaikan setiap perkara sewaktu PKP. Beritahu mereka bahawa anda menantikan masa untuk melawat nenek atau datuk apabila keadaan sudah selamat. Ataupun, beritahu mereka anda tidak sabar untuk pergi ke taman permainan semula apabila penjarakan sosial ditamatkan.

5. Bantu anak melabelkan perasaan mereka

Anak anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk mengenalpasti perasaan mereka. Satu cara anda boleh melakukannya adalah dengan membantu mereka menamakan emosi mereka.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda mengenalpasti perasaan mereka:

  • Mencetak senarai wajah. Jika anda memiliki anak kecil yang masih belum boleh membaca dengan baik, senarai ‘wajah’ yang menunjukkan emosi seperti kecewa, marah, sedih, gembira dan takut boleh membantu mereka. Anda juga boleh menyuruh anak anda melukis wajah tersebut di atas sekeping kertas dan menyuruh mereka menunjukkan ‘wajah’ yang boleh dikaitkan dengan emosi mereka pada saat ini.

  • Mencetak perkataan yang menjelaskan perasaan. Kanak-kanak yang lebih berusia mungkin mendapat manfaat daripada senarai perkataan yang menggambarkan perasaan mereka. Perkataan yang lebih rumit seperti kecewa dan malu boleh membantu.

  • Menggunakan termometer perasaan. Segelintir kanak-kanak tidak suka meletakkan nama kepada emosi mereka. Sebaliknya, mereka lebih suka mengenalpasti nombor melalui skala dari 1 hingga 10. Mereka mungkin akan berkata “Saya berasa lebih kurang 4 hari ini” apabila mereka berada dalam keadaan yang sukar. Apabila mereka berasa gembira, mereka mungkin berasa di skala 8. Suruh mereka melukis termometer emosi/mood dan periksa mereka secara berkala tentang nombor mereka. Anda boleh melakukannya dengan hanya bertanya “Apa khabar kamu hari ini?”. Pada hari-hari yang penting, anda mungkin mengatakan sesuatu seperti “Saya tahu kamu sepatutnya menyertai aktiviti sajak di sekolah pada hari ini. Apakah perasaan kamu mengenainya?”.

SUMBER

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/peranan-ibu-bapa-terhadap-anak-semasa-pkp-236366

https://www.keluarga.my/ini-panduan-ibu-bapa-kena-alert-bila-uruskan-anak-waktu-pkp-di-lanjutkan-boleh-follow/

error: Content is protected !!