Adakah anda bakal menjadi tunangan orang atau pun bakal bergelar raja sehari? Pastinya anda sedang buntu mencari idea untuk barang hantaran kahwin? Sudah menjadi trend dan kebiasaan masyarakat kini untuk menyediakan hantaran yang lebih classy dan moden.
Ada juga yang lebih memilih untuk memberi hantaran secara rahsia apabila segalanya terlitup dan dibalut rapi. Mari baca tips yang kami kongsikan untuk memilih barang hantaran untuk majlis bahagia anda.
- Bajet untuk hantaran
Sebelum memulakan pembelian barang hantaran, anda dan pasangan perlulah menetapkan bajet untuk pembelian barang hantaran tersebut. Menetapkan bajet adalah tips yang sangat penting, kerana dengan ini anda tidak akan terlebih berbelanja akibat datangnya perasaan curiga. Jika terlebih berbelanja untuk barang hantaran, khuatir akan mengganggu bajet untuk perkara lain.
Bagi menentukan bajet, fokuskan bajet anda untuk tiga perkara ini:
- Dulang
- Gubahan dulang dan upah penggubah
- Barang hantaran yang akan digunakan
- Jumlah dulang yang perlu disediakan
Setelah anda mengetahui bajet anda, bolehlah anda menetapkan pula jumlah dulang yang anda perlu dan hendak sediakan. Namun, mengikut adat tradisional kaum Melayu, jumlah dulang perlulah dalam angka ganjil. Misalnya jika pengantin perempuan mahu memberikan sebelas dulang kepada pengantin lelaki, pengantin lelaki pula akan membalas 9 dulang lebih sedikit berbanding jumlah dulang daripada pihak pengantin perempuan.
- Warna dan tema majlis
Sebelum membeli barang hantaran, pengantin perlulah peka dengan warna dan tema majlis. Hal ni bagi mengelakkan berlakunya lari konsep antara barang hantaran dan tema majlis, yang semestinya akan mengurangkan seri majlis.
Contoh warna dan tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan:
- Konsep klasik tradisional Melayu
Warna yang sesuai dengan konsep ini ialah warna kuning dan emas diraja, ungu manggis, hijau gelap dan merah gelap. Kebiasaannya, tepak sirih tradisional, bunga pahar, bunga telur, dan hiasan bunga segar akan dijadikan sebagai hiasan dulang. - Konsep perkahwinan Inggeris
Warna yang sesuai dengan konsep ini ialah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu dan hijau, dan perlu dalam tona warna lembut. Bunga hydrangea, lili, pot pori, kek cawan atau dulang moden adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dulang. - Konsep perkahwinan santai
Pilihan warna untuk konsep ini adalah lebih banyak dan cadangan hiasan untuk dulang pula sesuai digunakan seperti alas dulang bantal, kayu pallet, atau span. - Masukkan barang adat dalam senarai hantaran
Barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah dan telekung perlulah diberi keutamaan dalam penyediaan hantaran. Kurang manis pada pandangan orang yang lebih berusia jika melihat hantaran kita kurang dengan barang adat tradisional.
- Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli
Sebelum memulakan pembelian, sediakan satu senarai barang apa yang perlu anda beli. Barang yang perlu disenaraikan perlulah merangkumi barang hantaran dan juga aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Jika anda tidak mempunyai idea untuk gubahan dulang, anda boleh sahaja mengupah orang. Atau untuk lebih jimat, anda boleh sahaja mencari idea melalui majalah pengantin atau Google.
- Beli barang hantaran semasa jualan murah
Untuk lebih jimat, anda boleh membeli barang hantaran semasa jualan murah. Dari sini anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk barang hantaran. Seperti yang kita sedia tahu, terdapat banyak jualan murah di Malaysia, terutamanya semasa musim perayaan, hari raya, deepavali, tahun baharu cina, krismas dan jualan akhir tahun. Anda boleh membeli barang hantaran sedikit demi sedikit, tidak perlu membeli sekali harung.
- Masukkan barang wajib hantaran
Senarai barangan wajib dan klasik yang perlu ada ialah:
- Tepak sirih
- Tapak cincin
- Kotak mas kahwin/hantaran
- Sepasang telekung/mushaf Al-Quran/sejdah
- Makanan seperti kek, buah, coklat
Contoh barang di atas adalah barang yang telah dimasukkan ke dalam gubahan dulang sejak turun-temurun. Jadi eloklah jika anda juga memasukkannya dalam dulang hantaran anda. Bak kata pepatah, tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
- Jangan berlebih-lebihan
Semasa membeli atau menyediakan barang hantaran, diingatkan supaya anda tidak berlebih-lebihan. Barang hantaran hanyalah secebis perhiasan di dalam majlis perkahwinan anda. Terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan dan memerlukan kos yang banyak.
- Elakkan penyediaan dulang yang banyak
Elakkan menyedia dulang hantaran yang banyak, kelak anda akan memerlukan lebih ramai “dulang girls”, bermaksud lebih ramai kawan atau saudara untuk memegang dulang hantaran. Jika baju “dulang girls” adalah tajaan anda, jadi bertambahlah kos untuk menyediakan baju tersebut.
- Sesuaikan barang dengan dulang
Semasa memilih barang, anda perlu sesuaikan barang dengan dulang yang akan digunakan. Pastikan anda tahu saiz dulang, untuk disesuaikan dengan saiz barang hantaran yang perlu digubah. Untuk menampakkan lebih cantik dan kemas, pastikan semua dulang adalah sama, dari segi bentuk, saiz dan warna.
- Contoh hantaran daripada pengantin perempuan kepada pengantin lelaki
- Sirih junjung
- Kemeja/seluar
- Beg duit/tali pinggang
- Al-Quran
- Sejadah
- Jam tangan
- Set minyak wangi/ barangan peribadi seperti barangan mandian
- Kasut
- Buah-buahan
- Kek
- Coklat
- Gajet
- Contoh hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan
- Mas kahwin/duit hantaran
- Barang kemas
- Tepak sirih
- Telekung/sejadah
- Al-Quran
- Pot pori/bunga rampai
- Jam tangan
- Kasut
- Beg tangan
- Set wangian/mekap
- Makann seperti kek, coklat dan buah
- Idea jenis & jenama yang boleh dibeli untuk hantaran
- Pakaian
- Baju kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
- Baju wanita Gucci, blouse, seluar, night dress
- Set alat mekap
- Barang mekap Mac, Brown, Sobella
- Set minyak wangi
- Lelaki: Giorgia Armani, Polo, Hugo Boss
- Perempuan: Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY
- Set sembahyang
- Telekung Siti Khadijah, kain pelekat Gajah Duduk
- Al-Quran/ sejadah
- Kain meter untuk baju kurung/baju melayu
- Kain sampin/songket
- Set makanan
- Kek cawan/Kek Secret Recipe
- Buah-buahan
- Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone dan Kinder Bueno
Semoga dengan perkongsian ini, anda akan mendapat idea mengenai barang hantaran kahwin yang ingin anda pilih. Semoga ia memberi manfaat kepada anda dan pasangan anda.
Sumber: