Now Reading
Tips Mendidik Anak Daripada Instagram Ibu Bapa Dan Bayi Selebriti Di Instagram

Tips Mendidik Anak Daripada Instagram Ibu Bapa Dan Bayi Selebriti Di Instagram

Tips Mendidik Anak Daripada Instagram Ibu Bapa Dan Bayi Selebriti Di Instagram
https://www.instagram.com/p/B6UhnDuFrdz/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B4Ev7TulYbd/?utm_source=ig_web_copy_link

Mendidik anak boleh menjadi satu perkara yang sukar. Apa kata anda pelajari tips mendidik anak yang dikongsi oleh selebriti terkenal di Instagram ini.

Ajar anak anda mengemas mainan sendiri – Zizie Ezette

https://www.instagram.com/p/B8SswKpFI6m/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut Zizie Ezette, ibu bapa mendisiplinkan anak kerana kasih sayang kita terhadap anak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Beliau telah berkongsi tips mendidik anak supaya mengemas mainan sendiri, buang sampah dalam bakul sampah, buang air atau ‘potty train’ dan beberapa perkara lain. Tidak ketinggalan juga, adab yang penting seperti mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan sebagainya.

Tips anak petah bercakap – Syeriv Samheizy

Menurut ibu dan bapa Syeriv Samheizy, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, walaupun umur Syeriv baru mencecah 2 tahun setengah, namun anak mereka petah bercakap dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka telah berkongsi tips mendidik anak, Syeriv di laman Instagram anaknya:

  • Jaga tutur kata anda, biasakan bercakap menggunakan bahasa penuh (jangan pelat). Sekiranya tidak, anak anda akan bercakap dengan kurang jelas.
  • Sembang bersama anak seperti anda bersembang dengan individu dewasa yang lain, walaupun dia mungkin tidak memahami cara anda berkomunikasi.
  • Selitkan lawak ketika bercakap dengan mereka, supaya tidak begitu serius.
  • Bawa anak-anak anda bergaul dengan kanak-kanak yang lain.

Luangkan masa dengan anak-anak – Farid Kamil

Farid Kamil dan anaknya Muhammad bagaikan teman akrab sejak azali lagi. Mereka berkongsi minat terhadap ‘motorcross’ bersama. Menurut Farid Kamil, jika kita ingin anak kita rapat dengan ibu bapa, ibu bapa perlu mencari hobi yang sesuai yang boleh dikongsi bersama. Misalnya, beliau dan anaknya Muhammad sangat suka motosikal jadi perkara inilah yang mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.

error: Content is protected !!