Menjadi seorang ibu bapa bukan satu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ilmu yang cukup untuk memastikan anak anda berkembang dengan baik. Mari baca tips mendidik anak yang dikongsikan oleh blog keibubapaan ini.
Semai Sifat Bersyukur Pada Anak Anda – Tanya H @ Hip Homeschool Moms
https://hiphomeschoolmoms.com/3-ways-to-encourage-thankful-hearts-in-your-children
Jadi bagaimana untuk anda melakukannya? Membesarkan anak-anak yang sentiasa bersyukur kelihatan sukar dan seperti cabaran yang besar. Tetapi, menurut artikel yang dikongsikan di laman keibubapaan Hip Homeschool Mom, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk memupuk sifat itu.
- Memperkenalkan anak anda kepada individu yang kurang bernasib baik.
Selalunya, dengan cara bertemu dengan individu yang lebih kurang daripada kita atau menghadapi kesulitan hidup akan membuatkan kita berasa bersyukur dengan hidup kita. Tidak mengira siapa, dari mana kita berasal, atau apa sahaja keadan semasa kita, mungkin ada individu yang mengalami lebih banyak kesulitan dari kita.
Kadangkala, apa yang diperlukan hanyalah dengan menyertai program sukarelawan cilik di tempat perlindungan gelandangan. Selain itu, lawatan ke rumah perlindungan, wad kanser atau rumah kebajikan wanita juga boleh membuka mata seseorang akan segala kelebihan dan kemewahan dimiliki yang membuatkan mereka bersyukur dengannya.
Namun begitu, aktiviti sebegini mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan walaupun sebagai seorang dewasa. Kadangkala ia juga memerlukan kita melangkah keluar dari zon keselesaan kita dan pergi ke tempat yang tidak pernah kita terokai. Tetapi pada akhir hari, kita mendapat manfaat dari pengalaman tersebut di samping mengajar anak-anak tentang sifat bersyukur.
- Tekankan rasa bersyukur di luaran
Ia mungkin kelihatan seperti perkara kecil, tetapi nilainya amat besar walaupun anda hanya mengajar anak-anak anda untuk mengucapkan terima kasih. Strategi mudah ini mengutamakan sifat bersyukur dan secara tidak langsung akan dijadikan tabiat oleh anak anda sehingga melampaui ucapan terima kasih! Menulis kad ‘terima kasih’ mungkin keengaran seperti remeh atau tradisional, tetapi ia mengajar anak untuk mengakui perkara yang mereka bersyukur dengan cara yang bijak dan konkrit. Anak anda perlu mengakui tentang perkara yang mereka bersyukur, justeru itu, dapat mengajar mereka nilai menunjukkan rasa bersyukur tersebut (atau terima kasih) kepada individu lain yang mereka hargai.
- Galakkan sifat bersyukur dengan menunjukkannya.
Sebenarnya, tiada apa yang akan mengajar anak-anak kita untuk memiliki hati yang bersyukur selain diri kita sendiri.
Sekiranya kita mahu anak-anak mempunyai sifat bersyukur, kita tidak boleh menghabiskan masa kita dengan merungut mengenai perkara-perkara yang kita tidak mampu atau mengeluh tentang keadaan hidup yang tidak diingini. Sebagai ibu dan bapa, tidak mengira betapa lelah dan bersungguh-sungguhnya anda untuk mendidik anak-anak, sudah pasti aka nada satu masa anda berasa tidak puas hati akan sesuatu. Kehidupan tidak selalunya berjalan seperti yang kita harapkan, dan jarang sekali kita dapat memiliki segala perkara yang kita mahukan.
Sepatutnya, sebagai ibu bapa kita haruslah menunjukkan contoh yang baik melalui kata-kata dan tindakan kita kepada anak-anak. Ini kerana, anak melihat dan meniru setiap tingkahlaku ibu bapa mereka. Hentikan rungutan, sebaliknya jadilah contoh yang baik, jika anda ingin mendidik anak menjadi seorang yang sopan dan bersyukur terhadap segala sesuatu, dengan menunjukkan penghargaan terhadap semua orang dan semua yang dimiliki.
Cara memberitahu perasaan sayang kepada anak anda dengan cara yang difahami – Joyce Hue @ Story.Motherhood.com
https://story.motherhood.com.my/blog/languages-of-love-to-your-child/
Menurut Joyce Hue yang merupakan seorang pengarang di laman Story.Motherrhood.com, Dr Gary Chapman dan Dr Ross Campbell dalam buku mereka yang berjudul ‘The 5 Love Languages of Children’, pernah menulis bahawa terdapat lima “bahasa cinta” atau cara kasih-sayang didefinisikan, dikehendaki dan diberikan oleh ibu bapa untuk “memberitahu” kanak-kanak itu bahawa beliau sayang akan mereka dengan cara yang anak fahami. Berikut merupakan “bahasa cinta” tersebut yang dikupas oleh Joyce Hue:
1. Kata Pengesahan
Bahasa cinta pertama adalah Kata Pengesahan, di mana individu berkomunikasi dengan kata-kata untuk mempengaruhi ahli keluarga mereka. Kata-kata pujian sangat berkesan pada individu yang memahami bentuk bahasa ini sebagai bahasa cinta. Sebaliknya, kata-kata yang negatif atau tidak sopan mungkin menyakitkan hati mereka. Berikanlah kata-kata pengesahan mudah seperti “Saya sangat berbangga dengan anda”, atau “Anda begitu pintar hari ini”, akan membuatkan anak anda berasa bahagia dan disayangi.
2. Penghargaan Tingkahlaku
Bahasa cinta kedua ialah Penghargaan Tingkahlaku. Tindakan adalah lebih lantang daripada kata-kata”. Individu yang mempunyai mempunyai ini sebagai bahasa sayang utama, mereka lebih suka bahawa cinta dinyatakan dalam tingkah laku. Sebagai contoh antara ibu dan anak, ibu-ibu bermain dengan anak-anak mereka, memandikan atau memasak makanan untuk mereka. Perlu ditegaskan bahawa, penghargaan tingkahlaku bermaksud melakukan “tindakan perkhidmatan” sama ada seperti memasak pencuci mulut berperisa coklat kegemaran mereka apabila mereka menunjukkan adab yang baik. Bukanlah tindakan yang kita lakukan pada setiap hari seperti mencuci pakaian anak-anak dan sebagainya.
3. Menerima Hadiah
Satu lagi bahasa cinta ialah Menerima Hadiah. Ini melibatkan individu yang memberi hadiah dan barang kepada penerima yang dimaksudkan. Jika ini adalah bahasa cinta utama anak anda, maka ibu bapa boleh memberi mainan atau makanan kegemaran mereka. Tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai materialistik tetapi betapa bermakna hadiah adalah untuk kanak-kanak itu lebih penting daripada seberapa banyak wang yang habis dalam mendapatkan hadiah itu. Sekiranya anak anda suka kereta dan anda menghadiahkannya edisi terhad kereta biru, ia lebih bernilai daripada membeli permainan video mahal.
4. Masa Berkualiti
Kanak-kanak yang memiliki bahasa cinta ‘Masa Berkualiti’ ingin menjadi pusat perhatian ibu bapa mereka. Aktiviti yang dilakukan boleh menjadi pasif (ibu dan anak tidur bersama) atau aktif (seorang ibu membaca buku cerita kepada anaknya). Kanak-kanak dengan Masa Berkualiti sebagai bahasa cinta utama mereka akan suka menjadi pusat perhatian ibu bapanya.
5. Sentuhan Fizikal
Bahasa cinta kelima ialah Sentuhan Fizikal. Bagi individu seperti ini, hubungan fizikal adalah cara yang paling penting untuk menunjukkan cinta. Hubungan fizikal boleh bermakna ciuman, urutan atau pelukan. Kanak-kanak dengan Sentuhan Fizikal sebagai bahasa cinta utama mereka boleh diberi hadiah atau pujian, tetapi ia tidak akan begitu berkesan dan bermakna kerana mereka lebih membutuhkan hubungan fizikal dengan ibu mereka.
Jadi, apakah bahasa cinta yang sesuai dengan anak anda?
Menurut Joyce Hue, walaupun bahasa cinta ini bertujuan untuk membantu dalam hubungan lain seperti antara pasangan romantik, antara rakan sekerja dan rakan-rakan, idea-idea cinta ini dapat membantu anda bersosial dengan lebih baik antara satu sama lain dan memupuk hubungan kasih-sayang dan sihat antara ibu bapa dan anak-anak mereka.
Mengajar anak anda berkongsi – Prof Madya Dr Alvin Ng Lai Oon @ Makchic.com
https://mypositiveparenting.org/2015/10/21/teaching-your-child-about-sharing/
Perkongsian adalah salah satu aspek utama hubungan harmoni, yang boleh diadaptasi bukan hanya dalam kalangan manusia, tetapi juga haiwan. Pro Madya Dr Alvin Ng menegaskan bahawa perkongsian adalah kemahiran yang sangat penting dan diperlukan untuk terus hidup. Beliau telah menulis cara untuk mengajar anak anda untuk berkongsi:
- Melalui pendedahan berulang pemodelan
- Melalui akibat tindakan
- Dengan perhubungan
- Tunjukkan tingkah laku perkongsian yang baik di hadapan anak-anak anda
Pemodelan menggunakan mekanisme ‘monyet lihat, monyet lakukan’. Kerana kanak-kanak cenderung meniru orang dewasa, terutama sekali ibu bapa mereka. Jadi, tingkah laku berkongsi anda mungkin ditiru oleh anak anda. Anda boleh menunjukkan tingkah laku perkongsian bukan hanya ketika bermain atau makan tetapi dalam banyak aspek kehidupan sehari-hari yang mungkin.
- Beri tindak balas positif terhadap tingkah laku perkongsian
Selain itu, apa yang anda boleh lakukan ialah memastikan bahawa setiap tingkah laku perkongsian yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda, berilah ganjaran yang setimpal. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan anda, cuba menyatakan kegembiraan dan terima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama apabila anak anda berkongsi sesuatu dengan anda atau memuji mereka apabila mereka berkongsi apa-apa dengan kanak-kanak atau individu lain.
- Berkongsi kegembiraan
Perkongsian akan memberi kesan yang baik kepada individu yang murah hati. Ini mengajar anak anda bahawa kemurahan hati adalah sesuatu yang sangat bagus kerana ia tidak hanya memberi manfaat kepada penerima, tetapi pemberi juga. Anda boleh menguatkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak-anak anda tentang berkongsi kebahagiaan dengan orang lain adalah ganjaran yang tidak ternilai kerana mereka sebenarnya boleh bergembira dan berkongsi kebahagiaan bersama penerima.
- Kesan positif
Anda juga boleh mengajar mereka bahawa apabila orang lain gembira dengan kemurahan hati anda, mereka akan menjadi baik dan berkelakuan baik terhadap anda, oleh itu mereka akan lebih cenderung untuk melindungi anda dari bahaya kerana mereka menghargai anda.
Sebaik sahaja tabiat perkongsian ini menjadi kerap dan semakin bertambah pengalaman yang baik, anak anda akan mengaitkan perasaan yang menyenangkan ini apabila berkongsi sesuatu dengan orang lain. Ini seterusnya, mendorong anak anda untuk berkongsi lebih banyak mainan, atau barangan lain yang mereka miliki dengan kawan-kawan mereka.
- Kawan yang baik
Mengajar anak anda untuk berkongsi dan mengambil berat terhadap individu lain akan membantunya menjadi seorang yang sangat berharga.
Seperti yang dinyatakan, perkongsian mewujudkan perhubungan dan memupuk sifat kasih-sayang antara satu sama lain. Ia merupakan perkara penting dalam persahabatan. Apabila anak anda mempunyai sifat berkongsi yang baik, anda tidak perlu risau bahawa dia tidak mempunyai kawan.
- Apa yang anda berikan, akan dikembalikan
Sesetengah individu berhujah bahawa anda mungkin kehilangan perkara berharga jika anda berkongsi terlalu banyak. Itu tidak benar: tidak apabila anda berkongsi dengan bijak, serta memilih rakan anda dengan teliti. Jika anak anda diambil kesempatan oleh orang lain, anda boleh mengajar anak anda belajar dari kesilapan itu dan kemudian membantu mereka meneruskan sifat murni dengan mengingatkan mereka untuk memilih rakan-rakan mereka dengan lebih bijak.
Tambah Prof Madya Dr Alvin Ng lagi, menjadi seorang yang murah hati dan senang berkongsi adalah sikap positif yang penuh dengan faedah dan kelebihannya. Ia menjamin keselamatan kepada masyarakat dan mengurangkan hasad dengki, persaingan yang tidak sihat atau keperluan untuk mencuri. Jadi, ajarlah anak anda untuk berkongsi bagi menggalakkan masa depan yang lebih baik dan harmoni.
Sumber
https://hiphomeschoolmoms.com/3-ways-to-encourage-thankful-hearts-in-your-children
https://story.motherhood.com.my/blog/languages-of-love-to-your-child/
https://mypositiveparenting.org/2015/10/21/teaching-your-child-about-sharing/